Wednesday, May 6, 2009

Karya: Uma Mageswary (T4)

Seorang ibu
adalah wanita yang sejati
membelai manja penuh kasih
anak-anakmu
penyambung generasi

Bertarung dengan kesakitan
bergelumang pahit manis
walau diri dilambung badai
walau diri dihempas ombak
nurani kental lagi utuh

Mampukah engkau hargaipengorbanan seberat ini
walau diri lesuter
senyum mesra melayani
rengekan dan pekikan

Anak-anak dakaplah kebahagiaan ini
seakrab bumi dengan langit
sehangat panas mentari
sedingin salju memutih
kasih rela dan redha sampai hujung nya
wacinta kukuh berpadu

Anak-anak yang dikasihijadikanlah mimpi ibu- ibumu
realiti berertibiar nanti pemergianmu
tidak sia-sia
kerana syurga ada di telapak kaki
seorang yang bergelar ibu

No comments:

Post a Comment