Tuesday, October 12, 2010

Fokus Karangan Bahan Rangsangan SPM 2010 – Amalan Gaya Hidup Sihat



Dengan berdasarkan Soalan Percubaan Bahagian A (Karangan Bahan Rangsangan) beberapa buah negeri, antara isu yang perlu difokuskan ialah amalan gaya hidup sihat.

Antara negeri yang memfokuskan isu tersebut ialah Terengganu dan Negeri Sembilan. Di samping itu, soalan negeri Pahang turut memfokuskan isu yang sama tetapi dalam bahagian B iaitu soalan 2 yang berkaitan dengan peranan ibu bapa untuk melahirkan keluarga yang sihat (berformat ceramah).

Soalan contoh (Rujuk Soalan Karangan Kertas 1 Bahagian A, Peperiksaan Percubaan Bahasa Melayu negeri Terengganu 2010).

Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka Karangan

Pendahuluan
- kepentingan amalan gaya hidup sihat

Isi-isi
- amalan pemakanan seimbang
- bersukan dan beriadah
- Pemeriksaan kesihatan

Penutup
- amalan tersebut perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat
Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.

Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.

Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.

Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah.

Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Fokus Karangan Bahan Rangsangan SPM 2010 – Amalan Gaya Hidup Sihat




Dengan berdasarkan Soalan Percubaan Bahagian A (Karangan Bahan Rangsangan) beberapa buah negeri, antara isu yang perlu difokuskan ialah amalan gaya hidup sihat.

Antara negeri yang memfokuskan isu tersebut ialah Terengganu dan Negeri Sembilan. Di samping itu, soalan negeri Pahang turut memfokuskan isu yang sama tetapi dalam bahagian B iaitu soalan 2 yang berkaitan dengan peranan ibu bapa untuk melahirkan keluarga yang sihat (berformat ceramah).

Soalan contoh (Rujuk Soalan Karangan Kertas 1 Bahagian A, Peperiksaan Percubaan Bahasa Melayu negeri Terengganu 2010).

Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka Karangan

Pendahuluan
- kepentingan amalan gaya hidup sihat

Isi-isi
- amalan pemakanan seimbang
- bersukan dan beriadah
- Pemeriksaan kesihatan

Penutup
- amalan tersebut perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat
Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.

Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.

Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.

Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah.

Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Friday, August 20, 2010

Soalan Percubaan BM 11 SPM JOHOR 2010

Sila layari laman web di bawah :

http://www.4shared.com/get/ynMiyo4G/JOHOR_BM2_2010.html

Soalan Percubaan BM 11 SPM SABAH 2010

Sila layari :

http://www.4shared.com/document/VmoUlLHn/SABAH_BM2_2010.html

MEMUPUK MINAT MEMBACA

SYARAHAN: MEMUPUK MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis. Yang Arif lagi bijaksana, panel penilai dan rakan-rakan yang dihormati. Assalamualaikum dan selamat pagi.

Tajuk syarahan yang menjadi pilihan saya pada pagi ini ialah “Ke Arah Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Masyarakat”. Mengapakah saya memilih tajuk ini dan apakah yang ingin saya kupas daripada tajuk ini? Sebenarnya, beberapa hari yang lepas, saya baru selesai mengikuti jerayawara ke lima buah daerah di Johor untuk mengajar pelajar mengaplikaskan maklumat dalam karangan. Daerah terakhir yang saya kunjungi ialah daerah Pasir Gudang iaitu pada 3 Julai yang lalu. Di setiap daerah, saya akan bertanya kepada pelajar-pelajar, siapakah yang membaca surat khabar pada setiap hari? Tuan-tuan dan puan-puan tahu apakah jawapannya? Jawapannya amat mendukacitakan. Daripada lebih 100 orang peserta di setiap daerah, tidak sampai 10 orang yang membaca surat khabar pada setiap hari! Kalaupun ada yang membaca, mereka akan hanya membaca ruangan tertentu seperti ruangan sukan atau hiburan. Mereka juga tidak mengetahui nama-nama pemimpin negara apalagi isu semasa yang melanda negara. Inilah gambaran budaya membaca masyarakat kita yang sebenar. Oleh itu, tidak hairanlah jika, Perpustakaan Negara Malaysia mengumumkan bahawa purata membaca setiap rakyat Malaysia hanyalah dua buah buku setahun. Keadaan ini amat menyedihkan, tetapi itulah hakikatnya! Oleh sebab remaja hari ini merupakan pemimpin masa depan, maka usaha-usaha untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu dilakukan oleh semua pihak. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, pada hari ini saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memupuk budaya membaca dalam masyarakat.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu lebih agresif dalam menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Sebelum ini, banyak usaha dijalankan namun tahap pembacaan masyarakat masih rendah. Malahan, Kampung Buku di Langkawi yang diharapkan dapat menjadi daya tarikan untuk memupuk budaya membaca, dilaporkan terbiar dan tidak dimanfaatkan walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk membinanya. Oleh itu, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas, yang mahu menjadikan Malaysia sebagai “Negara Pembaca” perlulah disambut baik oleh semua pihak. “Negara Pembaca” yang dihasratkan ialah negara yang bukan sahaja memiliki rakyat yang suka membaca dan berasaskan ilmu pengetahuan, malahan diharapkan agar rakyat mempunyai kemampuan berterusan untuk belajar, membuat penyelidikan dan melakukan penemuan baru. Tuan-tuan dan puan-puan, dengan terealisasinya hasrat ini, maka terealisasilah juga “Dasar Buku Negara” yang berhasrat untuk menjadikan masyarakat Malaysia, bukan sahaja suka membaca malah berupaya untuk menghasilkan dan menerbitkan banyak buku yang sesuai dan berkualiti.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Selain dasar dan polisi kerajaan, prasarana yang sesuai dan mesra pengguna hendaklah dibangunkan. Kerajaan boleh membangunkan perpustakaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai dan mudah dikunjungi. Selain itu, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak juga perlu diperbanyak supaya gerakan ini dapat sampai ke seluruh ceruk rantau. Selain kerajaan, pihak swasta dan orang persendirian juga boleh membangunkan perpustakaan. Di Amerika Syarikat, lending library atau circulating library ini dibangunkan dan dijadikan sumber perniagaan, iaitu dengan menjadikannya sebagai perpustakaan pinjaman berbayar. Usaha ini telah pelopori oleh William Rind sejak tahun 1762 dan telah mendatangkan impak yang amat besar terhadap pembudayaan membaca dalam kalangan rakyat Amerika selepas itu. Oleh itu, jelas bahawa pembinaan prasarana yang banyak dan meluas, membantu masyarakat kita membudayakan membaca.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pihak swasta juga perlu memainkan peranan untuk memupuk masyarakat membaca. Selain syarikat penerbitan menerbitkan banyak judul menarik dan mengusahakan penterjemahan buku-buku yang berkualiti dari negara, media massa turut memainkan peranan yang penting. United Kingdom, merupakan sebuah negara yang sememangnya berbudaya membaca dan keadaan itu bukanlah sesuatu yang terbina dalam sekelip mata. Pada tahun 2004, mereka telah mengadakan program BigRead yang merupakan satu program untuk mencari 100 buah buku paling popular di United Kingdom. Yang terpenting ialah program ini telah dilakukan secara bersepadu oleh pihak-pihak media, seperti TV, radio, Internet dan juga usaha sama dengan beberapa buah kedai buku. Caranya mudah sahaja. TV UK, misalnya BBC 1, telah menyiarkan program yang mengulas 100 buah buku yang tersenarai pada setiap minggu. Pada masa yang sama, orang ramai akan mengundi buku-buku kegemaran mereka menerusi Internet. Toko-toko buku pula akan menjual buku yang tersenarai itu dengan melabel dan meletakkannya pada rak-rak khas yang tercetak BigRead di muka depannya. Cara ini umpama carta muzik di kaca TV kita. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, jika kita boleh menciplak banyak program tv realiti berbentuk hiburan dari negara Barat, apalah salahnya jika kita menciplak idea yang sangat membina ini? Jika semua pihak swasta menggembleng tenaga, saya yakin dan percaya, di samping mendapat keuntungan, akan terlunaslah satu daripada tanggungjawab sosial mereka kepada negara iaitu memupuk budaya membaca. Inilah yang dikatakan situasi menang-menang, tuan-tuan dan puan-puan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’. Apakah maknanya kata-kata itu, tuan-tuan dan puan-puan? Maknanya, Erasmus melebihutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan datang kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar masyarakat negara maju yang lain, membaca itu amat penting buat santapan minda. Oleh itu, sebagai langkah yang ke-4, kita perlulah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bahan bacaan. Masyarakat kita bukannya tidak mempunyai wang, mereka ada wang. Hampir setiap rumah, mempunyai radio dan televisyen, malah melanggan Astro. Bagi yang berkemampuan sedikit, mereka tidak lokek untuk berbelanja bagi memiliki produk penjagaan diri dan kesihatan, dan sebagainya. Cuma mereka tidak terbudaya untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku. Oleh itu, suatu gerakan besar-besaran perlulah dilakukan supaya, masyarakat kita, terbudaya untuk merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk pembelian buku. Diharapkan dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan masyarakat yang walaupun tidak kaya tetapi berminda kelas pertama. Sebenarnya, inilah modalnya untuk kita menjadi negara yang maju dan kaya menjelang tahun 2020 ataupun 2058 sebagaimana yang disasarkan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Akhirnya, ialah peranan ibu bapa. Bagaimana acuan begitulah kuihnya manakala melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita. Berdasarkan kajian, 80 hingga 88% ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca. Ibu bapa bukan sahaja menjadi penggalak, malah perlu menjadi suri teladan. Mereka mestilah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan tabiat membaca. Sebagai permulaan, anak-anak boleh dibacakan “bed time story” sebelum mereka tidur. Apabila usia bertambah, belikan buku-buku cerita yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik perhatian mereka. Menjelang usia remaja pula, ajaklah anak-anak berbincang tentang bahan bacaan yang dibaca oleh mereka atau yang dibaca oleh ibu bapa. Jika ini dilaksanakan, saya yakin dan percaya, anak-anak ini akan terus menghargai buku dan ilmu seterusnya merealisasikan gagasan pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama yang mampu menggegarkan dunia dengan tahap keilmuan yang tinggi.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Ini bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun! Bermakna, setiap hari, begitu banyak ilmu yang ditemukan lantaran ilmu tersebut semakin berkembang dari hari ke hari. Oleh itu, jika tidak disemaikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, kita akan ketinggalan dan menjadi masyarakat seperti katak di bawah tempurung. Bertepatan dengan bulan Julai iaitu Bulan Membaca Negara, marilah sama-sama kita menyemai budaya membaca supaya cabaran Wawasan 2020 yang ke-6 iaitu ”mewujudkan masyarakat yang maju dan progresif..” bukan fatamorgana semata-mata.
Sekian, terima kasih.

Sumber : Portal Pn Zanariah Abdol.

Dipetik daripada blog Cikgu Abd Razak Bin Hassan
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan

KELESTARIAN HUTAN

KEPENTINGAN HUTAN :

1. Habitat flora dan fauna
2. Mengimbangi suhu bumi
3. Kawasan tadahan air
4. Ekopelancongan
5. Sumber bahan mentah perubatan tradisional
6. Asas industri hiliran seperti perabot
7. Medan penyelidikan oleh saintis
8. Sumber makanan orang asli
9. Sumber ekonomi - aktiviti pembalakan yang dirancang.

PUNCA KEMUSNAHAN HUTAN:
1. Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal/ dilakukan secara haram.
2. Bencana alam - kebakaran hutan
3. Membuka kawasan petempatan dan industri
4. Membuka kawasan pertanian seperti ladang.
5. Pembinaan empangan
6. Hakisan ombak - pokok bakau di tepi laut
7. Peperangan

KESAN KEMUSNAHAN HUTAN
1. Perubahan suhu di suatu kawasan.
2. Bencana alam - tanah runtuh, banjir kilat dan sebagainya
3. Kemusnahan habitat flora dan fauna
4. Kehilangan daya tarikan ekopelancongan
5. Kehilangan punca pendapatan dan sumber makanan orang asli
6. Negara kehilangan sumber hasil seperti balak.
7. Industri hiliran akan terjejas.

LANGKAH MENGAWAL KEMUSNAHAN HUTAN
1. Menguatkuasakan undang-undang dengan tegas.
2. Memberi latihan yang berkesan kepada pasukan penguatkuasa.
3. Pendidikan mengenai hutan dalam kurikulum sekolah.
4. Pertubuhan bukan kerajaan, contoh : Sahabat Alam Malaysia
5. Media massa- elektronik dan cetak.
6. Tanam semula hutan secara terancang dan berterusan.
7. Mengehadkan lesen dan kawasan pembalakan.
8. Wujudkan taman negara.

Soalan contoh : Karangan berformat.
1. Anda menerima sepucuk surat daripada sahabat dari luar negara yang meminta diterangkan langkah-langkah proaktif kerajaan Malaysia untuk memulihara hutan.

2. Anda diminta menyampaikan ucapan bersempena hari bumi yang bertemakan,"Hutan Sebagai Warisan Sejagat yang Perlu dipelihara"

3. Anda dipilih sebagai wakil sekolah untuk menyertai pertandingan syarahan di peringat daerah. Tajuk syarahan, "Kepentingan Memelihara Hutan".

4. Anda menyertai satu pertandingan perbahasan ala parlimen sebagai pihak pencadang. Usul yang ditetapkan ialah, "Keperluan Terhadap Pembangunan Menyebabkan Hutan Semakin dimusnahkan".

5. Anda telah menonton satu filem rencana yang memaparkan kesan kemusnahan hutan. Anda ingin mencadangkan idea tertentu kepada penerbit filem tersebut supaya menerbitkan sebuah filem rencana yang memaparkan langkah-langkah berkesan untuk memulihara dan memelihara hutan. Tulis surat kepada penerbit tersebut.

6. Sebagai editor sebuah akhbar arus perdana, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk, " Punca-punca Kemusnahan Hutan". Tulis rencana itu selengkapnya.

7. Anda telah mewawancara seorang tokoh dalam bidang perhutanan berkaitan punca dan kesan kemusnahan hutan. Tulis wawancara itu selengkapnya.



Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 23:44 0 ulasan

MENANGANI JENAYAH SIBER

Artikel milik asal Tuan Hj Samat Buang
Disiarkan dengan izin pemilik asal karya

Kewujudan undang-undang siber yang sedia aria masih belum mampu untuk menampung atau membanteras jenayah siber yang semakin bijak dan berleluasa. Berdasarkan maklumat Pusat Keselamatan ICT dan Tindak balas Kecemasan Kebangsaan (MISER), bagi tempoh tahun 1998 hingga 2007, ancaman dan serangan siber itu menunjukkan trend meningkat, iaitu daripada kira-kira 340 aduan kepada hampir 40 ribu aduan oleh pengguna Internet. Jenis ancaman boleh berbentuk pencerobohan, serangan penyahan perkhidmatan, penggodam, serangan kod berbahaya, dan spam. Serangan siber yang paling kerap ialah menerusi spam. Spain meliputi bahan lucah, ucapan benci, pesanan fitnah, hasutan, dan judi yang semakin berleluasa di Internet. Pada tahun 2007, kira-kira 38,600 aduan spam dilaporkan kepada MISER, diikuti dengan pencerobohan (385 aduan), penipuan (364 aduan), dan kod berbahaya (182 aduan). Internet Security Threat Report yang diterbitkan oleh Symantec Corporation menyatakan Malaysia adalah antara negara sasaran yang paling disukai oleh penyerang siber. Bagi tempoh Julai-Disember 2005, Malaysia berada pada kedudukan kelapan daripada 10 buah negara di wilayah Asia Pasiflk yang kerap diserang oleh penyerang siber.
Ancaman terbesar di negara ini sekarang ialah Jenayah siber yang melibatkan serangan terhadap laman-laman sesawang (web) kerajaan. Penjenayah yang menggunakan peralatan teknologi maklumat seperti komputer dan pencetak bagi memalsukan dokumen seperti pasport, kad pengenalan, mata wang, dan cek juga boleh dikategorikan sebagai Jenayah siber. Selain Itu, penipuan juga melibatkan e-dagang dan penipuan dalam talian telefon. Masalah-¬masalah ini jika tidak ditangani dengan baik dan bersungguh-sungguh akan menjejaskan pembangunan dan ketenteraman negara pada masa depan. Pada masa ini banyak kes yang dilaporkan kepada pihak polls melibatkan penyalahgunaan dan penipuan melalui e-mel. Jenayah siber terdedah kepada banyak cabaran seperti sukar diselesaikan dan teknologi yang semakin berkembang membolehkan penjenayah melakukan jenayah terancang. Biasanya jenayah terancang menggunakan propaganda politik bagi mengelakkan mereka dikenali polls. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang berkembang setiap hari menjadikan penyiasatan bertambah rumit.
Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang perlu berubah selaras dengan perkembangan teknologi yang ada sekarang. Biasanya penjenayah siber terdiri daripada bekas kakitangan yang diberhentikan dan berniat untuk membalas dendam terhadap bekas majikan mereka. Mereka mungkin juga terdiri daripada vendor yang tidak setuju dengan kontrak yang diberikan, kakitangan penyelenggaraan atau penggodam yang menggunakan pengetahuan mereka untuk membuat keuntungan atau individu yang mendapat akses daripada kakitangan yang tidak jujur. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang ditubuhkan pada 1998 merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab memberikan laporan kepada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi dalam membantu siasatan Jenayah siber dari segi Jenis, kesan, dan sifatnya.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika merasmikan Sidang Kemuncak Keselamatan Siber Sedunia anjuran Perkongsian Multilateral Antarabangsa Menentang Keganasan Siber (IMPACT) berkata, ancaman Jenayah siber boleh membawa padah besar, termasuk meruntuhkan sistem ekonomi, prasarana dan institusi, serta menyebabkan kecederaan atau maut. Menurutnya, ancaman siber bukan lagi sesuatu yang boleh diambil mudah oleh masyarakat moden atau kerajaan. Semakin tinggi pergantungan dan hubungan sesebuah negara terhadap Internet, semakin terdedah kepada ancaman siber seperti yang terjadi kepada Estonia, yang mengalami tiga siri gelombang serangan siber sehingga menjejaskan loji rawatan air, sistem perbankan, dan agensi kerajaan negara itu. Jika kita mahu mengetepikan risiko kehilangan nyawa atau kerugian ekonomi daripada atau serangan siber, kita perlu leblh peka dan memberi perhatian sewajarnya terhadap risiko perkara berkenaan.
Menyedari akan implikasi ancaman siber, kerajaan telah mengambil langkah keselamatan ICT semenjak tahun 1997 dengan menubuhkan MyCERT dan NISER pada tahun 1998 untuk memberi perkhidmatan pakar runding berkaitan dengan keselamatan rangkaian sistem ICT kepada sektor awam dan swasta. Jaminan keselamatan seperti ini amat diperlukan kerana perbelanjaan dalam rangkaian sistem ICT adalah tinggi mencecah berbilion ringgit. Kesedaran mengenai ancaman siber di peringat global pula telah mendorong kerajaan untuk menubuhkan Institut Kerjasama Pelbagai Hala Antarabangsa Memerangi Keganasan Siber (IMPACT) pada tahun 2006. IMPACT, yang disokong oleh Symantec Coproration (Amerika Syarikat), Tren Micro (Jepun) dan Kapersky (Rusia), akan membolehkan kerajaan di seluruh dunia untuk bertukar maklumat dan idea Bagi memudahkan perkongsian kemahiran dan amalan terbaik dengan objektif bagi membanteras ancaman siber di peringkat global. IMPACT akan menumpukan aktivitinya kepada tiga bldang utama, iaitu latihan dan pembangunan kemahiran, persijilan keselamatan dan penyelldikan, serta penubuhan Pusat Tindakan Kecemasan Global. Kerajaan juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM42 juta sebagai geran kepada IMPACT baru-baru ini untuk menangani ancaman dan serangan siber dan bukti komltmen kerajaan dalam keselamatan ICT global.
Mimos Berhad (Mimos) memperkenalkan Kit FIRST (Forensic Investigation and Recovery System Tools) Bagi membantu melicinkan operasi pihak berkuasa menyiasat kes-kes jenayah siber. Kit yang terdiri daripada sekeping cakera padat perisian FIRST Imager itu merupakan alat untuk membantu menyelamat dan memulihkan bukti digital yang telah dipadamkan daripada komputer atau sebarang alat simpanan data elektronik. Kit tersebut dapat mengesan kehilangan semua jenis fail komputer yang dilakukan oleh individu bermotifkan jenayah. Maklumat yang diperoleh melalul kit ini dapat digunakan di mahkamah sebagai bukti digital. Satu kumpulan kerja melibatkan beberapa agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah dibentuk bagi membangunkan penggunaan kit tersebut. Hal ini juga merupakan sebahagian daripada usaha Mimos membangunkan teknologi forensik komputer untuk mencapai e-kedaulatan, iaitu perlindungan terhadap maklumat-maklumat negara yang kritlkal. Selain Kit FIRST, turut dlperkenalkan hari Ini lalah Dokumen Elektronik Terpelihara (SEDS), Sistem Amaran Awal Siber (CEWS), dan Teknologi Keaslian Imej (IAA) yang dibangunkan sendiri oleh Mimos bagi melindungi keselamatan dokumen penting negara.

Selain itu, undang-undang siber turut dicipta di beberapa buah negara di seluruh dunia Bagi menangani masalah jenayah siber yang berleluasa dalam Internet. Negara kita tidak terkecuali daripada mengadakan undang-undang siber sendiri. Walau bagaimanapun, ibarat seperti melepaskan syarat untuk membuktikan negara mempunyai prosedur tertentu untuk menapis aktiviti negatif penjenayah siber. Kewujudan undang-undang siber yang sedia ada masih belum mampu untuk menampung atau membanteras jenayah siber yang semakln bijak dan berleluasa. Undang-undang siber Malaysia kelihatan belum cukup meluas dan merangkumi semua aspek. Kejadian seperti membuat sabotaj dengan menyebarkan gambar-gambar berunsur porno yang menjatuhkan maruah seseorang merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Pencurian wang melalui transaksi pemindahan elektronik, pencurian nombor pin, nombor kad kredit, mencuri data-data dari pangkalan data merupakan aktiviti yang sedang bergiat cergas. Tetapi undang-undang siber negara sedia ada tidak mampu untuk membendung kes-kes seperti Ini. Sehingga kini, Malaysia telah mempunyai undang-undang siber seperti Akta Tandatangan Digital 1997 yang telah diperbaharui pada tahun 2002. Akta ini bertujuan untuk melindungi syarikat¬syarikat korporat daripada penipuan dalam perniagaan. Tegasnya, undang-undang siber dan yang berkaitan dengannya perlu dikaji dari semasa ke semasa mengikut tahap ancaman global yang selalu berubah-ubah.
Sebenarnya, tidak ada jalan pintas dalam menangani ancaman siber. Jalan yang terbaik ialah setiap individu perlulah memainkan peranan masing-masing dalam lingkungan kuasa dan kemampuan yang ada. Pihak pengurusan atasan syarikat atau organisasi perlulah menangani risiko ancaman siber dari perspektif yang menyeluruh serta mengeluarkan polisi-polisi yang berkesan untuk diikuti oleh pekerja syarikat. Sumber kewangan dan staf yang mahir perlu diadakan dan mencukupi. Bagi individu pula, perlu ada tahap kesedaran yang tinggi tentang risiko daripada ancaman siber ini, terutamanya ketika menggunakan komputer masing-masing. Setiap daripada kita perlulah ada rasa tanggungjawab untuk menentukan komputer kita terjamin selamat. Selain itu, setiap individu perlulah mempunyai etika kerja yang murni dan tidak menyalahgunakan sumber yang diberi dengan melayari laman-laman web yang tidak produktif, lucah, dan bertentangan dengan undang-undang dan nilai sejagat. Di pihak kerajaan pula, kerajaan perlu mengadakan dan menentukan prasarana ICT yang selamat dengan melaksanakan polisi-polisi yang efektif, terkini, dan praktikal. Kerajaan juga perlu menentukan wujudnya organisasi bebas yang mempunyai kepakaran dalam keselamatan maklumat yang boleh memberi khidmat dan nasihat tentang cara yang betul dan sesuai untuk menangani ancaman siber. Organisasi ini kelak diharapkan dapat dirujuk oleh semua golongan masyarakat di Malaysia secara mudah.

Dipetik daripada blog Cikgu Abd Razak Bin Hassan
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan

INDUSTRI KRAFTANGAN DI MALAYSIA

Soalan :
1. Kepentingan memajukan industri kraftangan di Malaysia
2. Cara-cara memajukan industri kraftangan di Malaysia

Karangan Berformat :

1. Surat kiriman tak rasmi
Balas surat daripada rakan yang tinggal di luar negara yang meminta maklumat berkaitan usaha kerajaan dan pihak swasta untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia.

2. Rencana akhbar
Kepentingan strategik industri kraftangan di Malaysia.

3. Syarahan (pertandingan)
Peranan institusi kewangan dan agensi kerajaan untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia.

4. Ucapan (perasmian karnival/ ekspo produk kraftangan)
Kekangan yang membantutkan usaha untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia

5. Perbahasan ala-parlimen
Usul- Agensi kerajaan dan GLC lebih berperanan untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia.

6. Wawancara
Temu bual dengan tokoh dalam industri kraftangan berkaitan pengalaman memajukan perniagaan berbentuk kraftangan.

Tajuk karangan berdasarkan dimensi.

Dimensi individu dengan individu
Persiapan fizikal dan mental individu untuk menjadi usahawan kraftangan yang berjaya.

Dimensi individu dengan keluarga.
Peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menceburi bidang keusahawanan kraftangan.

Dimensi individu dengan masyarakat/ negara.
Peranan kerajaan dan pihak swasta untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia.

Dimensi individu dengan masyarakat antarabangsa.
Usaha-usaha untuk mengembangkan perniagaan karaftangan ke luar negara.

Dimensi komsas
Tulis sebuah cerpen yang bertemakan kegigihan seorang usahawan untuk memajukan perniagaan kraftangan.

FAKTA AWAL.
1. Apakah maksud kraftangan?
2. Mengapakah kraftangan dikategorikan sebagai sebuah industri?
3. Nyatakan penjenisan produk kraftangan di Malaysia.
4. Adakah anda bersetuju bahawa industri kraftangan mempunyai masa depan yang cerah? Sila kemukakan alasan.
5. Mengapakah industri kraftangan ini sukar untuk dimajukan?
6. Apakah keistimewaan produk kraftangan Malaysia?
7. Apakah kesan mengembang jika industri kraftangan dimajukan?
8. Nyatakan usaha proaktif untuk penjenamaan semula produk kraftangan di Malaysia agar dapat bersaing di persada antarabangsa.

PERIBAHASA DALAM KARANGAN
TAJUK : INDUSTRI KRAF TANGAN NEGARA.Tajuk karangan :

1. Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang usahawan untuk berjaya dalam bidang perniagaan.
2. Cara-cara untuk memajukan industri kraf tangan negara.
3. Halangan dalam memajukan industri kraf tangan negara.
4. Kepentingan industri kraf tangan negara.

Peribahasa yang sesuai digunakan :
1. Acuh tak acuh
2. Ada nama
3. Ada bakat
4. Akal Panjang
5. Dalam tangan
6. Ambil bahagian
7. Ambil berat
8. Ambil hati
9. Angkat bendera putih
10. Asam garam
11. Banyak tangan
12. Batu loncatan
13. Batu penghalang
14. Bekas tangan
15. Beralih angin
16. Ringan tulang
17. Berat tulang
18. Buah tangan
19. Buka mata
20. Buka mulut
21. Buka pintu
22. Cari akal
23. Hangat-hangat tahi ayam
24. Gulung tikar
25. Harga mati

Maksud peribahasa dan penggunaan :
1. Acuh tak acuh (sikap tidak ambil peduli terhadap sesuatu perkara)
Usahawan dalam bidang kraf tangan tidak boleh bersikap acuh tak acuh ketika merekabentuk hasil kraf tangan.

2. Ada nama (terkenal)
Usahawan bidang kraf tangan perlu berusaha gigih untuk mempastikan produk keluaran mereka ada nama bukan sahaja di dalam negara bahkan ke persada antarabangsa.

3. Ada bakat. (Berkebolehan)
Usahawan bidang kraf tangan perlu berkebolehan dalam pelbagai bidang termasuk merekabentuk produk, memasarkan produk dan mengurus kewangan.

4. Akal panjang. ( berfikiran matang )
Usahawan bidang kraf tangan ini perlu mempunyai akal panjang dalam menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.

5. Dalam tangan. (Sesuatu yang pasti akan dimiliki)
Usahawan bidang ini akan menikmati untung dalam tangan jika sentiasa gigih dan tabah dalam mengusahakan perniagaan.


Dipetik daripada blog Cikgu Abd Razak Bin Hassan
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 08:33 0 ulasan

RASUAH.

Sejajar dengan ledakan globalisasi yang sedang mewarnai dunia ini, roda pembangunan dan kemajuan bergerak begitu pantas di negara kita. Malangnya dan sedihnya, masih ada lakaran suram yang terpahat dalam tamadun dan peradaban masyarakat kita. Gejala rasuah yang saban hari dipaparkan di dada akhbar dan kaca televisyen bagai barah dalam masyarakat yang memang akan meranapkan keutuhan bangsa dan peradaban tamadun manusia. Persoalannya, apakah itu rasuah? Adakah gejala rasuah boleh membantutkan pembangunan dan kemajuan negara kita yang kita kecapi sekarang?

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Bank dunia mendefinisikan rasuah sebagai ‘menyalahgunakan kuasa pejabat am untuk kepentingan sendiri’, sementara Ketelusan Antarabangsa (Transparency International) mendefinisikannya sebagai ‘menyalahgunakan kuasa yang dipertanggungjawabkan untuk kepentingan diri sendiri’. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya. Mengikut Transparency International , pada tahun 2003, Malaysia menduduki tempat ke-37 dari segi tahap amalan rasuah- satu kedudukan yang kurang selesa sedangkan negara kita sedang melaksanakan modus operandi untuk merealisasikan Wawasan 2020 sebagai status sebuah negara maju yang mampu bersaing di seantero antarabangsa. Kita harus ingat bahawa gejala rasuah memang seperti api dalam sekam yang akan membantutkan wawasan generasi masa hadapan negara dan sekaligus meruntuhkan tamadun bangsa kita.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, amalan rasuah mahupun di peringkat rendah ataupun di peringkat tinggi dalam pembangunan negara, boleh membawa kepincangan dalam sistem sosial, ekonomi dan politik sesebuah masyarakat dan negara. Mengikut Datuk Shafee Yahaya, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, penyalahgunaan rasuah dalam kalangan pemimpin politik dan pegawai kanan kerajaan melibatkan jumlah setinggi RM80 juta. Rasuah walaupun melibatkan jumlah yang kecil tetap merupakan pengkhianatan terhadap amanah dan juga harapan negara dan masyarakat. Apatah lagi jikalau hal ini sudah melibatkan jumlah wang yang begitu banyak sehingga boleh meranapkan keutuhan bangsa dan meruntuhkan sistem dan budaya pentadbiran negara. Pemimpin politik dan pegawai kanan kerajaan yang sanggup menerima rasuah ini memang menepati pepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ dan senario yang dipaparkan ini bagaimana menimbulkan kepercayaan dalam masyarakat? Lama-kelamaan apabila kepercayaan masyarakat hilang, kerajaan akan menghadapi masalah dalam mengembalikan kepercayaan tersebut kerana integriti penjawat awamnya sentiasa dicurigai. Segala dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan akan cundang malah memperlahankan dan membantutkan pertumbuhan ekonomi negara.

Selain menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap kerajaan, rasuah juga merupakan gejala sosial yang akan menghalang pencapaian, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi,sosial dan politik sesebuah negara. “Rasuah merupakan penghadang utama perkembangan dan pertumbuhan ekonomi sedang membangun mahupun ekonomi dalam peralihan, dan fenomena serta puncanya ialah institusi birokratik, sosial dan politik sesebuah masyarakat,” kata Dr.Mohd Yaakub Haji Johari, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Pembangunan (Sabah), IDS. Dalam konteks ini, perbincangan ekonomi rasuah ini termasuklah kesan rasuah ke atas pelaburan negara. Rasuah cenderung mengakibatkan pengurangan dalam pelaburan domestic dan pelaburan asing langsung. Jika negara kita telah dilabelkan sebagai negara rasuah, para pelabur asing akan kehilangan kepercayaan kepada negara kita dan kemungkinan menarik pelaburan mereka dari negara kita kerana khuatir wang akan diseleweng atau keuntungan berkurangan. Selain itu, dalam keadaaan sesebuah ekonomi negara yang mengahadapi urus tadbir yang teruk serta tahap rasuah yang kronik, kos pelaburannya selalunya meningkat. Akibatnya pelaburan akan berkurangan dan imej negara kita di persada antarabangsa akan terjejas.

Di samping itu, rasuah juga kerap mengakibatkan herotan dalam perbelanjaan dan pelaburan awam serta kemerosotan kualiti infrastruktur fizikal. Rasuah mengakibatkan perbelanjaan awam melebihi daripada yang diperlukan. Para pegawai tinggi kerajaan yang tidak jujur memanipulasikan keadaan dan meminggirkan pembangunan luar bandar. Golongan yang paling teruk dijejas oleh amalan rasuah ini ialah golongan minoriti, miskin dan terpinggir, “lebih-lebih lagi apabila bantuan yang patut disalurkan kepada mereka dikebas oleh segelintir pihak berkepentingan,” kata Dr Denis Osborne, seorang pakar pengurusan awan dan etika. Matlamat kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar seperti yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) seolah-olah menemui jalan buntu sekiranya gejala rasuah ini tetap melonjak secara liar dan ganas! Akibat sesetengah pihak yang sanggup mengkhianati amanah dan kepercayaan untuk menerima rasuah, golongan minoriti ini tidak dapat menikmati kemudahan dan infrastruktur yang berkualiti dan akan sentiasa dibelenggu dalam kemiskinan serta tertinggal dalam arus perdana pembangunan negara.

Tidak ketinggalan juga, sesetengah ahli politik juga menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa memenangi pemilihan jawatan dalam politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya. Rasuah yang berlaku antara ahli politik ini juga mengundang musibah kepada pembangunan negara. Kemajuan negara kita bergantung pada kewibawaaan pemimpin. Kegiatan rasuah yang berlaku akan menghakis kepercayaan orang awam terhadap ahli politik negara kita sekiranya gejala sosial yang kian menjadi parah ini tidak dibanteras dari akar umbinya. Selain itu tidak hairanlah pemerintahan dan pentadbiran negara kita menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cukai terhadap sesuatu barang yang telah ditentukan, maka pemberi rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. Pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir sehingga menghancurkan pencapaian dan pertumbuhan ekonomi, sosial dan politik negara seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos daripada tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

Gejala rasuah juga mengakibatkan kesalahan mengagihkan kemahiran dan bakat termasuklah masalah guna tenaga tidak penuh beberapa golongan kemahiran yang penting dalam sesuatu masyarakat. Melalui rasuah seseorang diberikan jawatan kanan atau tugasan yang lumayan di samping menyekat peluang yang sama kepada individu lain yang lebih berkebolehan dan berkelayakan. Akibatnya hasil kerja yang diperoleh selalunya lebih inferior jika dibandingkan hasil kerja yang dilakukan oleh individu yang lebih cekap dan berkebolehan. Rentetan itu individu yang lebih berbakat dan berpengetahuan hanya dipendamkan akibat persaingan yang tidak adil ini. Apalah yang lebih menyedihkan ialah individu tersebut mungkin mampu menyumbang tenaga dan mendominasi arus perdana pembangunan negara tetapi telah ditinggalkan kerana menghadapi persaingan yang tidak adil akibat amalan rasuah yang keji ini. Jangan kita lupa, pembangunan negara kita memang bergantung pada pakar professional dan cerdik pandai ini. Amalan rasuah yang berleluasa ini memang seperti berludah ke langit menimpa batang hidung sendiri kerana akhirnya roda pembangunan negara kita akan berhenti bergerak dan mengakibatkan rakyat hidup dalam keadaan susah.

Di samping itu, kesan yang dibawa oleh rasuah bukan sahaja terikat dalam pembangunan fizikal negara, malah membawa kesan yang lebih memburukkan kepada pembangunan rohani dan mental seluruh masyarakat dan negara. Masyarakat yang mengamalkan rasuah tidak mempunyai kejujuran dan keikhlasan dalam tindak-tanduk mereka. Sikap prasangka, prejudis dan benci-membenci akan menular serta merosakkan keamanan dan keharmonian masyarakat. Amalan rasuah ini hanya menguntungkan pihak yang menerima faedah dan golongan yang memberi akan berasa teraniaya. Ketidakadilan sosial ini akan menjejaskan integrasi nasional yang diimpikan oleh pucuk pemimpin kita serta menggagalkan usaha kerajaan untuk mencorakkan kedaulatan negara tercinta ini dengan mengukuhkan lagi ikatan perpaduan antara kaum. Adakah keadaan sosial masyarakat ini menguntungkan atau memajukan pembangunan negara? Jawapannya ‘tidak’ . Sebaliknya pemimpin negara kita terpaksa menanggung tanggungjawab yang lebih membebankan untuk memulihkan masyarakat yang aman, harmoni dan damai serta membanteras amalan rasuah dalam kalangan anggota masyarakat.

Di samping itu, individu yang terlibat dalam jenayah rasuah akan dikenakan hukuman dan tindakan undang-undang melalui Akta Pencegahan Rasuah 1997. individu yang didakwa dan terbukti kesalahannya boleh dipenjara, didenda atau diisytiharkan muflis. Selain hukuman penjara yang mengaibkan diri dan keluarga, trauma emosi dan psikologi yang dilalui oleh pesalah dan keluarganya juga sangat tinggi. Anggota keluarga yang tidak bersalah juga akan merasai kesan akibat perbuatan buruk ini kerana segala hak milik mereka dikaitkan dengan hasil haram wang rasuah. Individu dan anggota keluarga menghadapi trauma yang meninggalkan kesan berpanjangan dan mendalam. Impak ini menjadi lebih serius sekiranya pesalah merupakan seorang yang memegang jawatan dalam organisasi sosial, ekonomi dan politik. Jika seorang pemimpin terbukti bersalah, rakyat akan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka yang seterusnya mengancam penbangunan dan pencapaian dalam pelbagai bidang.

Tegasnya, amalan rasuah berpunca daripada perasaan tamak haloba yang terdapat dalam kalangan manusia. Rasuah sering dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Mereka tidak memikirkan kesan buruk yang bakal menimpa diri, keluarga, bangsa atau negara. Mengikut satu kajian dengan mengawal rasuah, sesebuah negara yang korup mampu menarik sejumlah pelaburan asing yang sama tanpa memberikan pelepasan cukai yang lumayan hanya dengan mengawal amalan rasuah. Satu peluang yang begitu menguntungkan kepada pembangunan sekiranya negara kita berjaya membanteras rasuah. Oleh itu, amalan rasuah, perbuatan yang meracuni sifat-sifat bersih, cekap dan amanah dan berteraskan jiwa murni, harus diperangi sehabis-habisannya.

“Kemelut rasuah merupakan satu peperangan yang mesti diteruskan dan BPR ( Badan Pencegah Rasuah) tidak berduduk berdiam diri,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi selepas melancarkan persidangan pelaburan Invest Malaysia 2005 di Kuala Lumpur. Jelas melihat iltizam Perdana Menteri kita dari hari pertama beliau mengambil alih tampuk kerajaan negara adalah untuk mencegah dan seterusnya membasmi amalan rasuah di negara ini. Rasuah boleh membantutkan pembangunan negara, menjejasjan kehidupan rakyat jelata dan menjejaskan imej negara merupakan hakikat dan kenyataan yang tidak dapat dinafikan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kita yakin dengan komitmen sehati sejiwa dan sebulat suara, mekanisme yang kukuh dapat difikirkan dan usaha yang padu lagi berterusan dapat dilaksanakan seberkesannya untuk memerangi gejala rasuah. Dengan ini, barulah negara kita dapat membangun menuju ke arah menzahirkan Wawasan 2020 yang diidam-idamkan dan seterusnya menjayakan agenda negara agar negara kita mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, bersaing sama hebat dan bertanding sama kuat di mata dunia. Semangat ‘ Malaysia Boleh!’ yang menjadikan intipati pembentukan bangsa Malaysia terus berkobar-kobar dan laungan ini akan terus menyinarkan, mengharumkan dan memartabatkan nama Malaysia.

Ditulis oleh : Jurulatih Utama Bahasa Melayu, JPNJ

AYAT CONTOH PERENGGAN PENGENALAN (PENGGUNAAN PERIBAHASA)

1. Sektor pelancongan merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara pada masa kini.
2. Sektor pelancongan jika diushakan dengan ringan tulang mampu menjadi periuk nasi yang lumayan kepada usahawan tempatan.
3. Negara kita mampu menawarkan banyak gula-gula yang menarik dalam sektor pelancongan termasuk keindahan alam semula jadi, pelbagai makanan tradisi pelbagai kaum dan kesenian tradisional dan moden yang memikat hati.


Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 21:41 0 ulasan

SEKTOR PELANCONGAN DI MALAYSIA

[AR] "Bersyukur kita kerana industri pelancongan Malaysia kini menjadi penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi negara seterusnya menjadikan Malaysia destinasi yang terunggul, terutama sekali untuk percutian dan pelancongan insentif." [AH1] Kenyataan yang disuarakan oleh YB. Dato' Seri Dr.Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia dalam laman web rasmi kementerian beliau memperlihatkan bahawa Malaysia merupakan syurga pelancongan yang kian popular dan tersohor di rantau ini. [AH2] Menurut beliau, negara kita kaya dengan kebudayaan, makanan yang menyelerakan, destinasi pelancongan yang menarik, pelbagai bentuk pelancongan, warisan sejarah, keindahan alam semula jadi, dan sebagainya. [AH3] Tidak ketinggalan juga, kita mempunyai perkhidmatan hospitaliti yang bertaraf antarabangsa, infrastruktur pelancongan yang moden, serta sistem pengangkutan yang selesa. [AA] Jadi, pelbagai langkah proaktif, kontruktif, dan pragmatik telah, sedang dan akan diambil oleh kementerian beliau demi merancakkan industri pelancongan negara kita jika hendak bersaing dengan negara-negara yang lain dalam industri ini.

Sumber : http:sites.google.com/site/munsyibmspm

PERPADUAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA

Keutuhan perpaduan etos bangsa Malaysia
Oleh Teo Kok Seong

ANTARA matlamat utama Gagasan 1Malaysia adalah untuk memupuk dan memperkukuh lagi perpaduan kaum. Perpaduan kaum adalah prasyarat penting yang boleh menjamin kestabilan, yang amat diperlukan untuk kemajuan negara.

Selepas 53 tahun pembentukan negara bangsa Malaysia, tidak dapat dinafikan wujud suasana muhibah antara kumpulan etnik utama Melayu, Cina dan India di Semenanjung. Sabah dan Sarawak yang mempunyai pelbagai suku peribumi, selain kumpulan etnik Melayu dan bukan Melayu, khususnya Cina, memperlihat hal yang sama. Malah hubungan etniknya lebih harmoni berbanding di Semenanjung.
Dalam hubungan etnik, faktor kaum didapati menjadi elemen utama untuk sama ada menyatupadukan atau memecahbelahkan penduduk multietnik. Hal ini tidak terkecuali di Malaysia. Cara Malaysia menanganinya adalah unik sekali, dengan membenarkan wujudnya kemajmukan etnik dan kepelbagaian budaya.

Kemajmukan etnik dalam bentuk saling kebergantungan antara kelompok Melayu dan bukan Melayu bukan saja menjadi asas penting untuk masyarakat Malaysia bergerak ke hadapan. Tetapi yang lebih penting lagi ialah ia menandakan penerimaan hakikat bahawa Malaysia sebuah negara majmuk dengan kelompok Melayu/Bumiputera sebagai kelompok majoriti/dominan, dan kelompok bukan Melayu sebagai minoriti yang penting.

Dalam kerangka politik begini, kelompok bukan Melayu yang tidak pun menikmati status lebih rendah, bebas mengamalkan cara hidup masing-masing. Mereka dibenarkan mengekalkan budaya masing-masing dalam bentuk utuh, sambil pada masa sama diterima menyertai secara aktif dalam semua institusi politik, ekonomi dan pendidikan negara.

Kebebasan inilah yang menjadi ciri demokratik unggul, selain sifat hidup bermasyarakat istimewa dalam sebuah negara majmuk. Sebetulnya, sukar sekali ditemui negara majmuk seunggul Malaysia apabila sifat kemajmukan etnik dan dasar kepelbagaian budaya begini diambil kira.
Sehubungan ini, pendidikan vernakular, baik dalam bahasa Mandarin mahupun Tamil, diterima sebagai sebahagian penting dalam sistem pendidikan kebangsaan. Urus tadbir negara ikut menganjurkan representasi tulen kedua-dua kelompok Melayu dan bukan Melayu, dengan pelantikan perwakilan semua kumpulan etnik baik dari Semenanjung, Sabah atau Sarawak.

Walaupun sudah lama bermastautin di Malaysia, kelompok bukan Melayu belum bersedia berasimilasi, dan memohon agar perbezaan bahasa, budaya dan agama mereka terus diiktiraf. Dengan ini, mereka mahu terus wujud sebagai minoriti etnik dan bersatu dengan kelompok Melayu/Bumiputera hanya sebagai Bangsa Malaysia dalam bentuk kemajmukan etnik dan tidak sekali-kali asimilasi.

Gagasan 1Malaysia bukan saja menghormati, malah menghargai kehendak mereka. Ini dilakukan dengan membenarkan setiap kumpulan etnik dan suku terus mengekalkan identiti masing-masing. Kepelbagaian identiti ini adalah aset serta kelebihan yang disanjungi di luar negara.

Sehubungan ini, pengurusan etnik secara bersatu dalam kepelbagaian, dengan pelbagai kumpulan etnik dan suku bertutur dalam bahasa berbeza, mengamalkan budaya yang tidak sama, serta menganuti berlainan agama, adalah kisah kejayaan yang dikagumi oleh banyak negara.

Dalam konteks ini, masyarakat Malaysia yang kelihatan ingin terus mengekalkan pengasingan, sebetulnya disatukan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Perlembagaan Persekutuan yang digubal bersama itu ikut memasukkan Pakatan Kemerdekaan sebagai antara prinsip asasnya.

Pakatan Kemerdekaan adalah persetujuan bersama mengenai isu kewarganegaraan dalam kelompok bukan Melayu dan bahasa, agama serta hak kelompok Melayu/Bumiputera.

Dalam corak pengurusan etnik sebebas ini di Malaysia, kelompok bukan Melayu perlu memastikan dalam apa-apa jua cara sedar bahawa mereka tidak boleh sekali-kali mengabaikan kewajipan dan tanggungjawab. Antaranya adalah untuk lebih mempamerkan jati diri kebangsaan daripada jati diri etnik.

Dalam konteks Malaysia sebagai tanah asal kumpulan etnik Melayu, yang juga kaum majoriti, jati diri kebangsaan tidak dapat lari daripada teras Melayu.
Sesungguhnya teras Melayu, sama ada secara benar mahupun simbolik, sudah lama wujud dalam landskap politik dan budaya tanah air. Ia wujud pada bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama Persekutuan, dan sistem beraja.

Jati diri kebangsaan perlu wujud dalam bentuk semangat kebangsaan berasaskan aspirasi yang dikongsi bersama, yakni kemajmukan etnik dan kepelbagaian budaya, selain penerimaan teras Melayu. Dengan kata lain, semangat ini selain berbentuk majmuk, yakni terdiri daripada pelbagai jati diri etnik dan suku, tidak boleh sekali-kali meninggalkan teras Melayu. Antaranya adalah kecekapan berbahasa Melayu.

Dalam konteks perpaduan kaum, Gagasan 1Malaysia tidak menganjurkan sebarang perubahan sosial, sama ada drastik atau beransur-ansur, yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada, sama ada kelompok Melayu mahupun bukan Melayu. Perpaduan kaum yang diformulasikan dalam Gagasan 1Malaysia, sebetulnya kaedah lama untuk meneruskan kemajmukan etnik yang disenangi selama ini oleh semua kaum.

Bagaimanapun, tekad untuk menyatupadukan pelbagai kaum di Malaysia dalam Gagasan 1Malaysia, perlu diakui sebagai luar biasa, jika dibandingkan dengan sebelumnya. Ini antaranya dapat dilihat pada penggunaan ‘penerimaan’ yang menggantikan ‘toleransi’ dalam kempen sebelum ini. Dengan menerima bahasa, budaya dan agama kaum lain dengan fikiran terbuka sebagai keunikan, kita sebetulnya menerima hakikat Malaysia dulu, kini dan selama-lamanya adalah negara majmuk.

Ini adalah antara destini yang perlu diterima. Justeru hubungan etnik di Malaysia perlu dipupuk dengan penuh kesederhanaan, akomodasi, penerimaan dan permuafakatan. Sehubungan ini, perpaduan kaum yang harmoni bukan saja satu etos yang perlu terus dipupuk, tetapi satu keperibadian nasional yang perlu dibentuk, untuk mendukung jati diri kebangsaan.

Penulis ialah Felo Penyelidik Utama/Profesor Sosiolinguistik Bahasa Melayu UKM

Dipetik daripada blog Cikgu Razak b Hassan
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 08:47 0 ulasan

Thursday, August 19, 2010

Contoh karangan B: Tema Patriotisme

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat

Sumber: http://anelyza.blogspot.com/2009/09/usaha-usaha-untuk-meningkatkan-semangat.html

Monday, July 19, 2010

Karangan Pelajar - Kertas 1 Bahagian A

KARANGAN BAHAGIAN A (30 MARKAH)
GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA
Oleh : Kamaleshwaran.G (5 Omega)


“Berikan saya sepuluh remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia”, begitulah kata-kata Presiden Pertama Indonesia, Soekarno yang jelas memberikan gambaran peri pentingnya remaja dalam mengukir nama merentas merentas arus globalisasi dan modenisasi. Walau bagaimanapun, dalam meritis segala kemungkinan ibu pertiwi, modal insan yang tidak terhingga nilai ini kian merosot dari segi bilangannya. Hal ini kerana remaja negara kita kian terjerumus ke dalam gejala sosial. Oleh itu, kita sebagai khalifah Allah harus mengupas isu ini hingga ke akar umbi agar impian kerajaan melahirkan “pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara” dapat direalisasikan. Namun, sebelum kita mengambil modus operandi yang dominan, pragmatik dan perdana, kita harus mengenali terlebih dahulu punca, ibarat kata peribahasa, “kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang”. Persoalannya kini, apakah kebobrokan sosial yang kian menular sehingga aset remaja kian terjerumus ke lembah hina?

Salah satu gejala sosial termasuklah gejala melepak. Senario yang kian berleluasa ini selalunya melibatkan golongan remaja dalam lingkungan 13 hingga 21 tahun. Selalunya, golongan remaja sentiasa melakukan perbuatan “bagai melepaskan batuk di atas tangga” pada alam persekolahan. Hal ini kerana pihak sekolah tidak menyediakan persekitaran yang kondusif untuk kalangan pelajar mereka menelaah pelajaran. Oleh itu, remaja yang hilang minat ke sekolah akan mencari alternatif yang mampu menarik minat mereka, misalnya, gejala melepak. Antara contoh tempat yang digunakan untuk melepak termasuklah kafe siber, kedai mamak, pusat beli belah dan kedai makan. Akibatnya, aset remaja nusa ini kian berkurang dan semakin kepupusan. Oleh itu, pihak sekolah, khususnya seyogia membanteras gejala ini. Guru dan badan pengawas dapat memantau gerak-geri remaja yang cuba ponteng sekolah. Natijahnya, gejala melepak wajarlah ditangani sebelum “nasi sudah menjadi bubur”.

Di samping itu, kancah dadah turut menyebabkan golongan remaja kian terjebak ke dalam kebobrokan hina. Statistik yang sahih lagi tepat menunjukkan peningkatan sebanyak 25% remaja yang terlibat dalam najis dadah berbanding tahun lepas, iaitu satu angka yang mengejutkan dan merunsingkan. Hal ini disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Anasir rakan menyebabkan remaja terikut-ikut “bagai kerbau dicucuk di hidung” mengambil dadah. Hal ini kerana pada usia yang muda, jiwa remaja rapuh dan mudah terpersona dengan idola mereka. Sekiranya, idola mereka adalah rakan yang mangambil dadah, maka terikut-ikutlah remaja dengan kawannya itu. Oleh itu, ibu bapa wajar mangambil tindakan menasihati anak mereka sejak kecil lagi mencari rakan yang berpengaruh positif, persis kata mutiara “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Tamsilannya, “sudah terang lagi bersuluh” dadah haruslah dijauhi daripada anak dengan pengaruh ibu bapa.

Akhirnya, gejala buli turut mengakibatkan aset penting negara kita kian merosot. Gejala buli dalam kalangan remaja memang menular. Hal ini dapat dibuktikan dengan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Antropologi dan Sosiologi menunjukkan sebanyak 30 peratus remaja terlibat dalam gejala buli. Remaja negara kita kian terikut-ikut dengan aksi menerusi media massa yang mentayangkan aksi negatif dan budaya kuning yang mempersonakan remaja. Aksi-aksi ini akan dipraktikkan oleh golongan remaja di sekolah. Oleh itu, kerajaan wajarlah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk menyedarkan masyarakat, terutamanya remaja yang hidup “bagai katak di bawah tempurung” tentang gejala buli. Misalnya, kempen “Hentikan Buli, Tak Nak!” yang baru dilancarkan oleh kerajaan perlu dihadiri oleh pelbagai pihak. Ironisnya, gejala buli haruslah ditangani.

Konklusinya, terdapat pelbagai jenis gejala sosial yang kian menular dalam kalangan remaja. Oleh itu, semua pihak haruslah bijak menggembleng tenaga “bagai aur dengan tebing” untuk mengekang kebobrokan ini dalam kalangan remaja negara kita agar impian kerajaan melahirkan modal insan berminda kelas pertama dapat dijadikan realiti, persis kata peribahasa, “menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak”. Insya-Allah, aspirasi kerajaan untuk menjana modal insan yang mampu menjalankan tampuk pemerintahan negara. Ingat, “Lampu tidak bernyala dengan sendiri, Aladdin menggosoknya terlebih dahulu”. Sebagai tinta mengakhiri kata, hayatilah syair ini:

Tenaga pemuda kalau diasuh,
Pimpin dan didik kotor dibasuh,
Tidaklah ia menjadi lusuh,
Amat berguna menentang musuh.

Friday, July 16, 2010

JADUAL PERBANDINGAN



Sumber daripada : score A+

Dipetik daripada buku "Gerbang Masteri Bahasa Malaysia Tingkatan 5" terbitan Longman (Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.) Dapatkan buku ini di pasaran untuk memperoleh nota-nota ringkas dan padat serta latihan yang sesuai untuk latih tubi menjelang peperiksaan SPM.

Saturday, January 23, 2010

KEKUATAN SESEBUAH KARANGAN

Isu remaja

1. Keluarga
- Kedangkalan (kekurangan) kasih sayang daripada ibu bapa terhadap remaja juga menyebabkan remaja mudah….
- Dalam menempuh arus globalisasi ini, ibu bapa semakin alpa (lupa) terhadap tanggungjawab mereka kerana mereka terlalu obses(asyik) mengejar arus modenisasi.
- Hadis nabi ada menyebut bahawa, anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Nasrani atau Majusi.
-Setiap remaja Islam hendaklah memastikan tidak meninggalkan solat lima waktu sehari kerana Allah S.W.T berfirman bahawa, “Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”
- Mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah berkata bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk cahaya mata mereka.
- Albert Einstein iaitu orang yang paling bijak di dunia ini telah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh.
- Memetik kata-kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kewujudan keluarga penyayang akan menyebabkan seseorang anggota keluarga tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa lapangnya di rumah.
- Kajian daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati kebanyakan rakyat yang terlibat dengan gejala negatif terutamanya golongan remaja yang terdiri daripada mereka yang mempunyai konflik keluarga.
- Kempen yang dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi bertemakan ‘Keluarga Penyayang Aspirasi Negara’.
- Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa benih yang bernas apabila jatuh kelaut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan jatuh ke bumi menjadi penawar. Demikainlah betapa besarnya peranan sesebuah keluarga dalam menentukan kesinambungan masyarakat madani.

2. Sekolah
- Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye, 40 peratus daripada golongan pelajar kita pada hari ini terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh, perogol, merompak dan sebagainya.
- Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang syumul dengan ilmu pengetahuan dan tepu dengan nilai-nilai moral.

3. Kerajaan
- Menerusi Kementerian Belia dan Sukan, banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan remaja memanfaatkan hidup remaja dengan aktiviti berfaedah.
- Program Rakan Muda perlu dimanfaatkan oleh remaja untuk menentukan hala tuju bagi memastikan remaja menjadi warganegara yang berguna.
- Pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia perlu bertindak tegas terhadap unsur negatif yang berleluasa dalam masyarakat kita terutamanya apabila melibatkan remaja kita.
- Kerajaan menerusi Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi perlu mengawal penyebaran gambar, maklumat dan berita yang dibawa oleh anasir-anasir yang negatif.

Ungkapan menarik tentang isu remaja
- “Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan yang dilontarkan oleh Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa depan.
- Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
- Janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. Sekiranya masa depan remaja kita tidak dipelihara, negara akan kehilangan mutiara yang paling berharga untuk menjadi pelapis kepimpinan negara.
- Berdasarkan salah satu falsafah pemikiran Imam al-Ghazali yang menyebut bahawa seseorang kanak-kanak yang diajarkan erti berkasih sayang, dia akan berlatih mengasihi orang lain.


ISU KERAJAAN / NEGARA

Amalan Gaya Hidup Sihat
- Mantan Perdana Menteri, Tun Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pernah melancarkan kempen ‘Tak Nak’ dan ‘Setiap Sedutan Membawa Padah’ pada tahun 2005.
- Berdasarkan petikan hadis yang berbunyi, “Jagalah masa sihat kamu sebelum datang masalah sakit…” jelas menyatakan bahawa kesihatan merupakan aset yang paling bernilai dalam hidup.

Integrasi Nasional/ Perpaduan
- Tun. Dr. Mahathir juga pernah berkata bahawa kita hendaklah mengetepikan emosi yang menimbulkan perpecahan, sebaliknya bersatu-padu membuat kegiatan-kegiatan yang boleh membangunkan negara.
- Mantan Perdana Menteri, Tun Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah julung-julung kali melancarkan kempen ‘Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni’ pada akhir tahun 2004.
- Pada 31 Oktober 2006, dilaporkan bahawa mantan Timbalan Perdana Mentari Britain, John Prescott menyatakan keinginan Britain mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan amalan tolak ansur agama.

Jenayah Negara
- Menurut sejarah dunia, kejatuhan Empayar Rom disebabkan oleh banyaknya kes jenayah dan keruntuhan akhlak berlaku.
- Rakyat perlu menghayati pesanan mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohammad, iaitu seseorang yang lupa akan sejarah pasti akan mengulanginya.
- Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyeru orang ramai agar bersama-sama menggembleng tenaga untuk membanteras jenayah yang berlaku di kawasan kediaman seperti kes pecah rumah, kes culik, kes rogol dan beraneka kes jenayah lagi.
Posted by Cikgu Anelyza WMS at 5:26 PM 0 comments

A. PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN·

A. PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN·

- Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …

- Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….

-Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.

- Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

- Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …

- Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …


B. PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN·

-Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

- Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

- Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.

- Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….·

- Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.


C. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN·

-Kita dapat menyaksikan betapa…·

-Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…·

-Lazimnya, dalam keadaan …·

-Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …·

-Pada hemat saya …/ Pada pandangan saya …·

-Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …·

-Sebagaimana yang kita ketahui /Sebagaimana yang kita maklumi

- Sejak awal lagi / Kebelakangan ini

- Selain itu, pada masa ini juga

D. PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN·

-Bagi sesetengah orang …·

- Begitu juga dengan …/Begitu juga halnya dengan …·

-Bertitik tolak daripada itu …·

-Bukan itu sahaja …·

-Dalam hal ini …/ Dalam konteks ini ..·

-Dalam zaman yang serba canggih ini …·

-Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …·

-Dengan adanya … /Dengan berbuat demikian …/ Dengan perkataan lain ..·

-Disebabkan hal itu /Disebabkan keistimewaan inilah kita ..·

-Hal ini berlaku disebabkan / Hal ini penting dalam / Hal ini serupa dengan / Hal yang serupa berlaku apabila...

- Jadi kita perlu / Jadi kita hendaklah

-Keadaan ini tentunya

- Lantaran itu sehingga kini

- Kesemua ini menyumbang kepada

- Kita mengakui hakikat bahawa·

- Kita sering menonton di kaca televisyen / Kita sering membaca di dada-dada akhbar

- Memandangkan keadaan yang sedemikian

- Namun sejak belakangan ini

-Oleh itu, bolehlah dikatakan

- Secara logiknya masa yang

- Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita

- Yang paling nyata ialah /Yang perlu kita pastikan ialah


E. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK·

-Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak

- Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan

- Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………


F. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH·

-Sebagai contohnya

- Biar kita lihat/ Biar kita ambil contoh

- Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah

- Sebagai analoginya,

- Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah


G. PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN·

-Intihanya,

- Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas

- Konklusinya,

- Dengan ini diharapkan

- Mudah-mudahan perkara ini

- Dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa, kita yakin dan percaya bahawa

- Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insya-Allah perkara ini akan …

- Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

Daripada blog : Cikgu Anelyza WMS

PANDUAN MENULIS KARANGAN

ASSALAMUALAIKUM
MARI MENDEKATI KEMAHIRAN MENULIS BERSAMA-SAMA DENGAN SAYA
DATIN MARIAM BINTI MEHAD
SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN
PAHANG

KEMAHIRAN MENULIS ( KM )

 Kemahiran aras tinggi selepas mendengar, bertutur dan membaca.
 Peringkat menengah atas, kemahiran menulis jelas dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

OBJEKTIF KM TINGKATAN 4

 Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ungkapan dan ayat yang betul dan gramatis. Ceraian (viii)

OBJEKTIF KM TINGKATAN 5
 Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas. Ceraian (viii)

JENIS KARANGAN BUKAN KREATIF
 Syarahan
 Ceramah/Ucapan
 Perbahasan
 Rencana
 Laporan
 Wawancara/Dialog
 Perbincangan
 Surat
 Surat Tidak Rasmi
 Berita
 Penerangan Fakta
 Komentar
 Minit Mesyuarat
 Ulasan/Kritikan

JENIS KARANGAN KREATIF
 Cerpen
 Skrip Drama
 Sketsa
 Cerita berdasarkan peribahasa

BAGI PERINGKAT MENENGAH ATAS ( TINGKATAN 4 DAN 5 )

EMPAT PELUASAN PERLU DIBERI PENEKANAN

1.Bahasa yang gramatis
 Tatabahasa Dewan
 Daftar Ejaan Rumi
 Kamus Dewan terkini

2.Laras yang tepat
 Variasi bahasa
 Bahasa klasik, bahasa istana, bahasa perundangan
3.Pertautan idea
 Perhubungan yang erat ( kohesi )
 Kejelekitan
 Kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang berikut
( koheren )

4.Wacana yang kemas
 Sebuah karangan yang lengkap
 Terdiri daripada perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup

PERTAUTAN IDEA DARI SEGI

1. PERTAUTAN NAHUAN
2. PERTAUTAN LEKSIKAL
3. WACANA YANG KEMAS IAITU
“ Satuan bahasa yang lengkap dan bukan hanya susunan kata atau kalimat”
-Harimurti Kridalaksana, 1978

WACANA YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD
“ Satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar dengan koherensi dan kohesi yang tinggi, berkesinambungan awal dan akhir serta disampaikan secara lisan atau bertulis”
-Taringan, 1987

WACANA YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD
“ Satu kesatuan perenggan-perenggan, setiap perenggan berfokus kepada satu isi. Setiap ayat bertautan antara satu sama lain. Pertautan membawa kesinambungan yang logik antara satu ayat dengan ayat yang berikutnya.Teks penulisan terbentuk sebagai satu satuan yang jitu”
– Khatijah binti Abdul Hamid, 1996

PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN

TIGA PILIHAN PERENGGAN :
 Perenggan Deduktif
- ayat topik diikuti oleh ayat huraian
 Perenggan Induktif
- ayat huraian diikuti oleh ayat topik
 Perenggan Deduktif-Induktif
- ayat topik -> ayat huraian -> ayat simpul

SOALAN CONTOH

Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua pihak terutamanya institusi keluarga.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusan oleh anggota keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini.

FOKUS SOALAN
Cara atau usaha-usaha anggota keluarga ( ibu, bapa dan anak-anak ) untuk menangani masalah yang melanda negara kini (kemelut ekonomi).

RANGKA KESELURUHAN

Pendahuluan Ayat Rangsangan
Ayat Fokus
Ayat Arah
Perenggan Isi Usaha 1 : Menabung
Perenggan Isi Usaha 2 : Merancang perbelanjaan
Perenggan Isi Usaha 3 : Mencari sumber kewangan baru
Perenggan Isi Usaha 4 : Mengelakkan pembaziran
Perenggan Isi Usaha 5 : Memantapkan disiplin keluarga
Penutup Pendirian, pandangan, harapan

JENIS-JENIS PENDAHULUAN

PENGEMBANGAN ISI

Untuk mengembangkan isi, cubalah guna formula atau rumus amalan saya.

FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI
ATAH (5W 1H 1I) ACAS pb

AT ( Ayat Topik ) Isi utama
AH ( Ayat Huraian ) apa, siapa, bila, di mana, mengapa
( 5W ), bagaimana (1H) dan sekiranya (1I)
AC ( Ayat Contoh ) Contoh yang berkaitan dengan isi
AS ( Ayat Simpul ) Penutup perenggan

1I ( SEKIRANYA )
 Merujuk kepada KBKK
- Kaitan atau perhubungan
- Membanding atau membeza
- Meramal
- pb merujuk kepada peribahasa

CONTOH APLIKASI RUMUS
 Menabung

(AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza.

(AH 1) Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara. (Apa yang harus dilakukan ?)

(AH 2) Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai.
( Mengapa? )

(AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan. ( Bagaimana ?)

(AH 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi. ( Bila ?)

(AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung.
( Siapa ? )

(AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi. ( Sekiranya )

(AC) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu. ( Di mana ? )

(AS) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.(Sisipan peribahasa)

CONTOH APLIKASI RUMUS

 Merancang perbelanjaan

(AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masing-masing, sudah tiba masanya untuk setiap anggota keluarga merancang perbelanjaan sewajarnya.

(AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mewujudkan buku catatan perbelanjaan peribadi untuk merekodkan setiap pengeluaran wang. ( Apa yang patut dilakukan ? )

(AH 2) Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja barang yang perlu dibeli pada setiap hari, minggu atau bulan dengan harganya sekali. ( Bila ? )

(AH 3) Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita akan saling mengingat semua anggota keluarga agar berjimat cermat dan memikirkan kemampuan keluarga. ( Bagaimana ? )

(AH 4) Sebenarnya , kenaikan harga barangan utama kini memaksa setiap anggota keluarga merancang dan mengatur perbelanjaan dengan cara yang bijaksana.(Bagaimana?)

(AH 5) Seandainya amalan menyenarai barangan keperluan yang patut dibeli dilaksanakan setiap kali membeli belah, tentulah masalah berbelanja melebihi kemampuan dapat dielakkan. ( Sekiranya )

(AC) Bagi ketua keluarga, misalnya utamakanlah barang makanan, ubat-ubatan dan buku-buku pendidikan yang menjadi keperluan asas setiap keluarga.

(AS) Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan dapat kita aturkan dan wang selebihnya dapatlah disimpan sebagai tabungan kerana kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENGEMBANGAN ISI KARANGAN CEMERLANG IALAH :

ISI CUKUP DAN BERKEMBANG
 SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI SEBAIK-BAIKNYA 5 ISI
 GUNAKAN FORMULA YANG DICADANGKAN
ATAH (5W + 1H + I ) ACAS pb
 SUSUN ISI IKUT KEUTAMAAN
 BERIKAN CONTOH ATAU BUKTI
 PERENGGAN SEIMBANG
 ADA UNSUR KEMATANGAN ( KBKK )
 SATU ISI -SATU PERENGGAN

KESIMPULAN
Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara sistematis.
- Proses yang tersembunyi perlu dizahirkan.
- Konsep kohesi dan koheren perlu ditekankan.
- Formula atau rumus hanyalah kreativiti untuk memudahkan pelajar mengingat langkah-langkah pengembangan isi agar huraian menjadi jelas.

PENUTUP KARANGAN
 Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau kesimpulan terhadap isi-isi yang telah dikemukakan terdahulu. Jadi, pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi-isi yang telah dibincangkan.

 Bahagian ini juga menjadi ruang pengukuh bicara dan pengunci pendirian pelajar terhadap isu yang telah dibincangkan.
 Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk memberi gambaran bahawa karangan sudah tiba ke penghujung.

 Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untuk mengindahkan kesimpulan dan memberi kesan.

 Ramalan, bayangan masa hadapan atau soalan yang mencabar daya fikir pembaca juga boleh diutarakan.

 Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan yang hampir seimbang dengan perenggan terdahulu iaitu antara lima hingga tujuh ayat.

SEKIAN

SELAMAT MENULIS

TERIMA KASIH



Sumber: http://bmmgcm.wordpress.com/pena-gc-bm-gkc/datin-mariam/penulisan/

Sunday, January 17, 2010