Seorang sahabat pena anda telah mendapat tahu tentang usaha-usaha gigih Malaysia dalam mengatasi masalah perkauman. Beliau ingin mengetahui dengan lebih lanjut berhubung dengan langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah tersebut. Jawab surat sahabat anda itu selengkapnya.
110, Taman Kencana
Jalan Matahari Terang,
O5300 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Jalan Matahari Terang,
O5300 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
24 April 2009
Menemui sahabatku yang diingati, Mohd Ariff semoga berada dalam keadaan sihat selalu hendaknya.
Saudara Mohd Ariff,
Saya berasa gembira menerima surat daripada saudara dan telah pun memahami isi kandungannya. Seperti yang saudari maklum, kerajaan Malaysia berusaha dengan gigih untuk mengatasi masalah perkauman, namun sebenarnya memupuk perpaduan secara total amatlah rumit. Hal ini demikian kerana Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk dan mereka pula sudah lama diajar hidup berpuak-puak sejak zaman imperialisme dahulu. Tambahan pula, amalan hidup, kepercayaan, adat, dan cara hidup yang berbeza menyebabkan terhalangnya kegiatan hidup bersama.
Saudara Mohd Ariff,
Menemui sahabatku yang diingati, Mohd Ariff semoga berada dalam keadaan sihat selalu hendaknya.
Saudara Mohd Ariff,
Saya berasa gembira menerima surat daripada saudara dan telah pun memahami isi kandungannya. Seperti yang saudari maklum, kerajaan Malaysia berusaha dengan gigih untuk mengatasi masalah perkauman, namun sebenarnya memupuk perpaduan secara total amatlah rumit. Hal ini demikian kerana Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk dan mereka pula sudah lama diajar hidup berpuak-puak sejak zaman imperialisme dahulu. Tambahan pula, amalan hidup, kepercayaan, adat, dan cara hidup yang berbeza menyebabkan terhalangnya kegiatan hidup bersama.
Saudara Mohd Ariff,
Selepas merdeka, kerajaan menyedari bahawa wujudnya perpecahan kerana terdapat kegiatan ekonomi mengikut kaum dan sektor. Umpamanya, kaum Cina dengan aktiviti perniagaan, hidup mewah serta tinggal di bandar. Orang Melayu pula terlibat dalam bidang pertanian, miskin, dan tinggal di luar bandar. Manakala, kaum India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet-estet. Jurang perbezaan ekonomi ini menjadi punca masalah perkauman. Ekonomi negara yang hanya dikuasai oleh sesuatu kaum akan menimbulkan perasaan curiga dan iri hati di kalangan kaum-kaum yang lain.
Keadaan yang sedemikian menyebabkan kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Selepas tamat tempoh DEB tahun 1990, langkah-langkah tersebut memerlukan susulan, lalu kerajaan mewujudkan pula Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang antara lainnya bertujuan untuk menyusun ekonomi secara lebih sistematik.
Saudara Mohd Ariff,
Melalui langkah-langkah sosial pula, kerajaan berusaha mewujudkan kegiatan sosial secara bersama seperti sukan, permainan, pertubuhan belia, rukun tetangga, dan terkini melalui program Rakan Muda. Kerajaan juga menekankan pentingnya semangat kejiranan, bergotong-royong dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan. Pada musim-musim perayaan pula, kita digalakkan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Pendekatan sosial ini diharap dapat mewujudkan sikap saling memahami, menghormati, dan toleransi antara sesama kaum.
Langkah seterusnya yang dilakukan oleh kerajaan adalah melalui sistem pendidikan. Melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan terutamanya, telah dirancang satu sistem yang seragam dan menyeluruh berteraskan cita-cita kebangsaan. Ini termasuklah menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, diikuti sukatan pelajaran dan corak peperiksaan yang sama. Dengan ini, akan lahirlah masyarakat yang sama dan seragam dan seterusnya tersemailah semangat perpaduan di kalangan penduduk.
Untuk pengetahuan saudari, sistem politik negara ini berasaskan konsep Demokrasi Berpalimen. Ini bererti kita bebas bercakap, mengeluarkan pendapat, dan bebas berpolitik. Namun kebebasan ini hendaklah tidak sampai menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh menyentuh isu perkauman. Tambahan pula perkara-perkara yang sensitif yang akan menyemarakkan lagi semangat perkauman. Oleh yang demikian, kerajaan boleh mengenakan tindakan terhadap mereka yang terlibat mengikut Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri OSA dan (ISA).
Saudara Mohd Ariff,
Sebenarnya, usaha-usaha mengatasi masalah perkauman adalah amatlah sukar.
Walau bagaimanapun, melalui usaha yang bersungguh-sungguh, cita-cita tersebut pasti akan tercapai. Di samping itu, rakyat yang bernaung di bawah langit Malaysia hendaklah sanggup berkorban, saling memahami, dan turut bekerjasama bagi menjayakan cita-cita perpaduan negara.
Sekian sahaja coretan saya untuk kali ini. Jika umur panjang, kita jumpa lagi.
Yang Ikhlas,
....................................................
(MOHD THORIQ B OTHMAN)
asal alamatnye kat sebelah kiri?bkan kat sebelah kanan ke
ReplyDeleteUntuk surat kiriman tidak rasmi; alamat pengirim dan tarikh terletak pada sebelah kanan surat...untuk surat kiriman rasmi; alamat pengirim, alamat penerima dan tarikh terletak pada sebelah kanan surat...
DeleteSalam... saya pun keliru ~> berzaman tak tulis surat ;)
ReplyDeletebkn alamat kat sebelah kanan ke???
ReplyDeletewow ! panjang dan hebat!
ReplyDeleteasal kiri plak alamat?
ReplyDeletesbb ni krgn surat tak rasmi
Deletetak phm la .. adoi
ReplyDeletealamat n sign belah kiri tu surat rasmi la.....
ReplyDeletealamat belah kanan la aduh
ReplyDeletekiri ,yang rasmi
ReplyDeletekanan yang tak rasmi kan
hhhhmmmmm........
tak la aduh bodo gila kau ni
ReplyDeletesurat tidak rasmi alamat dia belah kanannnnn
ReplyDeleteTerima kasih sekarang saya boleh menulis surat. Tidak rasmi
ReplyDeleteTq
ReplyDelete