Thursday, April 14, 2011

Siri A 108 - Pasangan apitan me---kan/me—I

Rumus:
me-…-kan ---Objek Bergerak,
me-….-I –Objek Tidak Bergerak
Huraian:
Apitan men-…-kan dan men-…-I yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek kebanyakannya diikuti oleh objek bergerak dan objek tidak bergerak. Dalam situasi ini, apitan men-…kan diikuti oleh objek bergerak, manakala apitan men-…-I diikuti oleh objek yang tidak bergerak.

Contoh:
Dia menghadiahkan sehelai kain batik kepada ibu. (Kain batik bergerak).
Dia menghadiahi ibu sehelai kain batik. (Ibu tidak bergerak)

Latihan :
Nyatakan ayat-ayat di bawah ini sama ada betul [ / ] atau salah [ x ]

(1) Nenek membekalkan Najwa pisang goreng. [ ]
(2) Nenek membekali pisang goreng kepada Najwa.[ ]
(3) Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman mati. [ ]
(4) Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah itu. [ ]
(5) Guru menghadiahkan Salima sebuah buku rujukan. [ ]
(6) Guru menghadiahi sebuah buku rujukan kepada Salima. [ ]
(7) Cikgu Zamilah mengajarkan kami mata pelajaran Matematik. [ ]
(8) Cikgu Zamilah mengajar mata pelajaran Matematik kepada kami. [ ]
(9) Saya memberi anak-anak yatim wang sebanyak RM5.00. [ ]
(10) Saya memberikan wang kepada anak-anak yatim sebanyak RM 5.00. [ ]

(Dipetik daripada Buku Esensi Bahasa Malaysia PMR2009 terbitan Pearson-Longman Malaysia Sdn. Bhd)

Siri A 109 - Pasangan apitan me---kan dan awalan me- ….

Rumus:
Me---kan --> Objek Bernyawa
Me-… --> Objek Tak Bernyawa
Huraian:
Apitan me----kan dan awalan me- yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek sahaja kebanyakannya diikuti oleh objek bernyawa dan objek tidak bernyawa. Dalam situasi ini, apitan men-…-kan diikuti oleh objek bernyawa dan awalan me- .. diikuti oleh objek tidak bernyawa.

Contoh:
Ibu menjahitkan adik sehelai baju kurung. (Adik ialah objek yang bernyawa).
Ibu menjahit sehelai baju kurung untuk adik. (Baju kurung ialah objek yang tidak bernyawa)

Latihan:
Nyatakan ayat-ayat di bawah ini sama ada betul [ / ] atau salah [ x ]
(1) Kakak membuatkan secawan kopi untuk ayah. [ ]
(2) Kakak membuat ayah secawan kopi. [ ]
(3) Ibu memasakkan ayah sup kambing. [ ]
(4) Ibu memasak sup kambing untuk ayat. [ ]
(5) Pelayan itu mengambilkan saya makanan. [ ]
(6) Pelayan itu mengambil makanan untuk saya. [ ]
(7) Reza menuliskan sepucuk surat untuk neneknya. [ ]
(8) Reza menulis neneknya sepucuk surat.[ ]
(9) Mereka akan membelikan kami cenderamata. [ ]
(10) Mereka akan membeli cenderamata untuk kami. [ ]

Sumber: Buku Esensi Bahasa Malaysia PMR2009 terbitan Pearson-Longman Malaysia Sdn. Bhd)
dan Blog penulisnya, http://agy7500.blogspot.com/

1 comment:

  1. terima kasih kerana terus update blog - banyak manfaat kepada pelajar. Teruskan ...

    ReplyDelete