Wednesday, July 29, 2009

Soalan Ramalan Karangan SPM..Punca-punca dan Langkah-langkah Menangani Isu BULI

Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar.Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus.

Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.

Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.

Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri.

Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.

Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.

Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.

Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.

Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.

Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’. Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.

Dari blog Noor Azman Mahat

Karangan SPM 2009 Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan Dan Kepentingannya...

Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya.


Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.

Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.

Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.

Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?


Dari blog Noor Azman Mahat

Karangan SPM 2009... Masalah Disiplin Pelajar Meruncing?

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar.Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya.


Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggung jawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjerumus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibu bapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja terutama daripada pihak ahli politik. Begitu juga dengan pihak media massa yang hanya tahu menyiarkan sahaja berita sensasi tentang topik ini berulang kali . Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.


Dari blog Noor Azman Mahat

Saturday, July 25, 2009

Isu Karangan STPM 2009

Seperti biasa, isu karangan yang dijadikan fokus setiap tahun sentiasa berubah. Hal ini demikian kerana, ada isu yang sudah disoal dalam peperiksaan STPM pada tahun lepas atau tahun-tahun sebelumnya. Namun demikian, ada juga isu yang masih belum disoal dalam peperiksaan STPM pada tahun-tahun sebelumnya. Oleh hal yang demikian, isu tersebut mungkin masih relevan dengan keadaan semasa dan masih boleh dijadikan fokus oleh murid-murid Tingkatan 6 pada tahun ini.

Kebiasaannya, soalan-soalan yang pernah keluar dalam peperiksaan STPM akan berfokus kepada isu nasional atau negara, masyarakat serta remaja atau pelajar. Oleh hal yang dimikian saya telah menyediakan isu-isu yang boleh digunakan oleh murid-murid dan guru-guru untuk dibincangkan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid-murid bolehlah mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan isu tersebut sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan STPM pada tahun ini. Murid-murid perlu bersedia lebih awal dan perlu berlatih untuk mengolah isi karangan agar menjadi karangan yang mantap. Yang berikut disenaraikan isu-isu karangan tersebut

1. Penggunaan Bahasa yang Salah pada Papan Tanda dan Iklan Bercetak
2. Kemalangan Maut Menjelang Perayaan Utama
3. Demam Denggi/Chikungunya
4. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
5. Gengsterisme dalam kalangan pelajar sekolah
6. Kenaikan Harga Barang
7. Kebanjiran Bahan-bahan Berunsur Lucah, Tahyul dan Ganas
8. Kebanjiran Pendatang Tanpa Izin
9. Usaha untuk Memajukan Industri Pertanian di Malaysia
10.Kebanjiran Drama Bersiri Asing
11.Bangunan atau Tempat Bersejarah
12.Masalah Bencana Alam
13.Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan di Negara Kita
14.Internet dan Dasar Langit Terbuka
15.Jenayah Ragut dan Langkah untuk Menanganinya
16.Penggunaan Kad Kredit
17.Masalah Perumahan
18.Penyakit kanser
19. Sekolah Kluster


Oleh; Cikgu Khir

Panduan Menjawab Soalan Analisis Kesalahan Bahasa STPM

Bagi pelajar-pelajar prauniversiti yang berada di Tingkatan 6 Atas, soalan ini sudah biasa anda jawab, tetapi bagi pelajar-pelajar prauniversiti yang baru memulakan pengajian di Tingatan 6 Bawah, soalan ini sudah tentu agak asing bagi anda. Bagi pelajar-pelajar praunversiti yang baru, soalan ini tiada pilihan dan mesti dijawab iaitu Soalan 8. Walaupun jumlah markah bagi soalan ini cuma 15, tetapi calon-calon perlu memberikan perhatian juga terhadap soalan ini kerana boleh membantu calon untuk meningkatkan markah Kertas 2. Selain itu, soalan ini juga kebiasaannya agak mudah dan tidaklah terlalu sukar untuk dijawab. Jadi, para pelajar perlulah membuat latihan yang bersistematik dan berterusan terutamanya berdasarkan soalan yang pernah ditanya dalam peperiksaan STPM. Antara jenis kesalahan bahasa yang popular dan biasa ditanya dalam soalan STPM ialah kesalahan dalam aspek morfologi dan sintaksis iaitu:


• Pengimbuhan, termasuklah imbuhan pinjaman seperti pra, dwi, dan anti

• Kata Ganti Nama Diri Pertama, Kedua dan Ketiga, Kata Ganti Tunjuk, Kata Ganti Tak Tentu, pemilihan kata yang sesuai (Diksi), Kata Hubung, Kata kerja Transitif dan Tak Transitif, Kata Sendi, Kata Penguat, dan Kata Pemeri

• Kata Majmuk, Kata Ganda, Hukum D-M, dan penjodoh bilangan.

• Frasa Sendi, Frasa Kerja Pasif, dan ayat tiada subjek (ayat tergantung).




Panduan umum untuk menjawab soalan Analisis Kesalahan Bahasa adalah seperti yang berikut:


1. Baca ayat-ayat dalam petikan itu sepintas lalu dan kenal pasti kesalahan bahasanya. Tandakan kesalahan-kesaslahan bahasa yang telah anda kenal pasti itu. Kenal pasti kesalahan kata, frasa, dan ayatnya. Kesalahan yang popular ialah kesalahan kata.

2. Biasanya terdapat sekurang-kurangnya 5 kesalahan bahasa dalam ayat-ayat tersebut dan kadang-kadang terdapat 6 hingga 7 kesalahan. Walau bagaimanapun markah yang diperuntukkan cuma untuk 5 kesalahan sahaja.

3. Selepas kesalahan bahasa tersebut anda kenal pasti, buatlah jadual iaitu tiga ruangan atau lajur, iaitu untuk ruangan Kesalahan, Sebab Kesalahan, dan Pembetulan.

4. Untuk lajur Kesalahan, nyatakan kesalahan tersebut. Kemudian tulislah alasan kesalahan tersebut dalam lajur Sebab Kesalahan dan tulis pula pembetulannya dalam lajur Pembetulan.



Kesalahan Umum yang Biasa Dilakukan oleh Pelajar


Jawapan tidak mengikut format, iaitu tidak ditulis di dalam jadual.


• Terlalu banyak sebab diberikan pada ruang Sebab Kesalahan menyebabkan pemeriksa sukar memahaminya.

• Ada juga Sebab Kesalahan yang diberikan itu secara umum dan tidak jelas atau kurang tepat.

• Gagal menggunakan peluang untuk mencari kesalahan ayat yang lebih daripada 5 kesalahan yang diminta.

• Terlalu banyak kesalahan bahasa yang disenaraikan. Sebenarnya yang betulpun dikatakan salah.



Latihan 1 (Berdasarkan Soalan STPM 2008)


8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan


Seorang polis inspektor yang baru dua bulan bertugas telah menceritakan keadaan di daerah itu kepada pemberita. Beliau menyatakan bahawa banjir itu berpunca daripada sebuah empangan yang pecah akibat gempa bumi yang berlaku di negara jiran. Untuk memudahkan orang ramai mengikuti perkembangan terkini, sebuah jawatankuasa petugas telah dibentuk. Jawatankuasa tersebut dikehendaki bertugas setiap hari, sebaliknya pada Hari Jumaat.



Dalam kesibukan orang ramai membantu pihak keselamatan menyelamatkan mangsa, terdapat sesetengah pihak yang mengambil kesempatan mencuri barang-barang, terutamanya makanan dan pakaian. Pihak polis mensyaki kegiatan tersebut dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Untuk mengawal keadaan di daerah itu memerlukan sukarelawan yang lebih banyak. Walau bagaimanapun, ekoran tertangkapnya beberapa penjenayah, kegiatan mencuri dapat dikawal









Pelajar-pelajar prauniversiti diharapkan dapat melengkapkan jadual di atas dengan jawapan yang sesuai. Saya sudah menyediakan satu jawapan contoh di dalam jadual jawapan dan jawapan lain perlu dicuba dan dicari oleh pelajar sendiri. Pelajar-pelajar perlu berlatih dan berusaha untuk mencari jawapannya berdasarkan peraturan tatabahasa yang telah dipelajari. Cari jawapannya daripada bahan rujukan seperti Tatabahasa Dewan dan buku-buku rujukan tentang tatabahasa. Selepas mendapat jawapannya, dan jadual tersebut dilengkapkan, bincanglah jawapan itu dengan guru-guru anda. Cara itulah yang berkesan bagi pelajar untuk menjawab soalan ini.



Latihan 2


8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan


Kerajaan kita sentiasa berusaha untuk membantu penduduk miskin yang tinggal di luar bandar. Di antara usaha yang dilaksanakan adalah menyediakan peluang pekerjaan yang banyak di luar bandar. Langkah tersebut akan menjamin penduduk miskin tersebut memperoleh pendapatan. Bila ada pendapatan, mereka akan menumpukan dengan lebih banyak lagi perhatian terhadap usaha untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga. Walaubagaimanapun, usaha itu mestilah mendapat sambutan dari penduduk luar bandar tersebut. Kejayaan atau kegagalan usaha kerajaan itu amat bergantung pada kerjasama yang mereka berikan. Kesimpulannya, usaha tersebut memerlukan kerjasama dan penglibatan daripada kedua-dua belah pihak.


Selamat mencuba latihan Analisis Kesalahan Bahasa di atas.


Oleh Cikgu Mohd Khir Kassim


Wednesday, July 22, 2009

Isu-isu Penting Karangan SPM 2009

Oleh sebab banyak pelajar yang mengemukakan pertanyaan tentang topik atau isu-isu penting yang berkaitan dengan soalan karangan SPM tahun ini, elok sekiranya saya paparkan isu-isu tersebut kali ini. Isu-isu tersebut dirasakan penting kerana belum pernah disoal dalam peperiksaan SPM sebelum ini. Selain itu, isu-isu tersebut juga terdapat dalam buku teks Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Walau bagaimanapun, isu-isu tersebut dijangkakan sahaja akan disoal dan tidak semestinya akan disoal dalam peperiksaan SPM nanti. Jadi, selain isu yang dikemukakan ini, pelajar-pelajar juga perlu menumpukan perhatian kepada isu-isu yang lain. Hal ini demikian kerana, ada juga soalan yang dijangka disoal tetapi tidak disoal dalam peperiksaan dan begitu juga sebaliknya soalan yang tidak disangka-sangka akan disoal tetapi disoal dalam peperiksaan

Isu-isu yang dirasakan penting untuk diberikan perhatian pada tahun ini telah disesuaikan dalam bentuk soalan contoh karangan SPM.

1. Warisan Bangsa

Soalan contoh:
Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi.Jelaskan kelebihan-kelebihan bangunan bersejarah tersebut.

2. Dunia Semakin Canggih

Soalan contoh:
Penggunaan kad kredit dalam kalangan masyarakat pada masa ini semakin meluas kerana banyak memberikan kemudahan kepada penggunanya.
Huraikan implikasi-implikasi penggunaan kad kredit kepada masyarakat.

3. Pelaburan

Soalan contoh:
Negara-negara yang sedang membangun sangat bergantung pada pelaburan asing untuk membangunkan ekonominya.
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan pelaburan asing di sesebuah negara.

4. Kenaikan Harga Barang

Soalan contoh:

Masalah kenaikan harga barang yang berpunca daripada kenaikan harga petrol telah memberikan banyak kesan kepada para pengguna di negara kita.
Jelaskan kesan-kesan dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah itu.

Saya ingin mengingatkan pelajar bahawa soalan-soalan contoh di atas cuma sebagai soalan panduan untuk membuat latihan penulisan karangan. Pelajar-pelajar boleh membina soalan sendiri dengan bimbingan guru masing-masing. Di samping itu, pelajar perlu berlatih untuk menulis karangan itu sendiri dan bukannya meminta karangan contoh atau menyalin karangan yang sudah siap sedia ditulis oleh orang lain. Janganlah mengharapkan karangan daripada orang lain sahaja. Pelajar perlu menulis karangan itu sendiri kerana pelajar yang cemerlang karangannya ialah pelajar yang bayak membuat latihan menulis karangan. Pelajar juga dinasihatkan untuk bertanya kepada guru bagi mendapatkan komen, pandangan dan bimbingan.

Oleh Cikgu Mohd Khir Kassim

Perenggan Penutup Karangan STPM dan SPM

Menulis Perenggan Penutup dengan Menggunakan Teknik KHPK dan KHH

Selepas memeriksa karangan pelajar-pelajar dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, pada bulan Mei lalu, cikgu mendapati masih terdapat kelemahan dalam penulisan perenggan penutup atau kesimpulan. Kebanyakan pelajar menulis perenggan penutup atau kesimpulan yang pendek iaitu satu atau dua ayat sahaja. Perenggan itu juga tidak diolah dengan baik dan tidak dimasukkan peribahasa atau ungkapan yang menarik. Oleh itu cikgu akan membincangkan cara atau teknik untuk menulis perenggan tersebut agar dapat membantu pelajar-pelajar untuk memantapkannya.

i. KHPK – (Kesimpulan, Huraian, Peribahasa, Kepentingan)

Perenggan Penutup Contoh 1

Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan kerjasama anggota masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen secara besar-besaran tentang keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat. (Huraian – Apa yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu perkara ini akan merosakkan jentera pentadbiran negara. (Huraian – Apa kesannya) Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum menjadi lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat dan negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah. (Kepentingan)

Perenggan Penutup Contoh 2

Oleh hal yang demikian, pelaburan asing memang penting untuk menjana ekonomi sesebuah negara. (Kesimpulan) Usaha-usaha yang serius hendaklah dipertingkat untuk menarik pelaburan asing agar hal ini akan menambahkan pelaburan ke dalam negara kita. (Huraian – Apa yang perlu dibuat) Sekiranya pelabur asing kurang membuat pelaburan di sesebuah negara sudah pastinya ekonomi negara tersebut sukar untuk berkembang. (Huraian – Apa kesannya) Hal ini demikian kerana, negara-negara tersebut mengalami masalah kekurangan modal untuk membangunkan negara mereka. (Huraian – Apa kesannya) Jadi, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang pelaburan ini hendaklah mencari jalan (Peribahasa) bagi menarik lebih banyak pelabur asing untuk membuat pelaburan. (Kepentingan)


ii. KHH (Kesimpulan, Hurai, Harapan)

Perenggan Penutup Contoh 3
Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk membanteras masalah jenayah yang berlaku di negara kita. (K) Dengan kata lain, anggota masyarakat perlulah berganding bahu dengan pihak berkuasa iaitu melaporkan kejadian jenayah yang berlaku itu dengan segera. (H) Dengan cara itu, masalah jenayah ini sudah pasti dapat dikurangkan dan dibanteras daripada terus berleluasa di negara kita. (H)

Teknik yang dibincangkan tadi diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar atau calon-calon STPM dan SPM untuk menghuraikan dan mengembangkan perenggan penutup atau kesimpulan dengan baik. Diharapkan juga murid-murid dapat membina setiap perenggan karangan dengan teratur dan seimbang. Perenggan pendahuluan, perenggan isi, dan perenggan kesimpulan akan seimbang jika olahan dan huraian dirancang dengan baik dan jumlah perkataan yang dikehendaki akan dapat dipenuhi oleh murid-murid. Selain itu murid-murid juga dinasihatkan supaya banyak berlatih untuk mengembangkan setiap perenggan karangan supaya tidak menghadapi masalah semasa berada di dalam dewan peperiksaan.

Selamat mencuba teknik ini dan selamat mengarang.

Oleh Cikgu Mohd Khir Kassim

Wednesday, July 8, 2009


Saya memperkenalkan satu kaedah mengembangkan isi karangan. Kaedah ini saya namakan TFFP, dan merupakan satu komponen dalam kaedah mengarang menggunakan formula yang saya perkenalkan beberapa tahun yang lalu. Yang berikut ialah penerangan ringkas tentang penggunaan kaedah TFFP.
Makalah ini memperkenalkan satu kaedah menulis perenggan isi yang senang diikuti dan digunakan apabila menjawab soalan karangan jenis pendapat, perbincangan, atau fakta, mahupun jenis-jenis lain yang bercorak deskriptif. Malah jika dikuasai dengan baik, kaedah ini juga dapat membantu calon menulis karangan-karangan jenis lain termasuk karangan jenis syarahan, perbahasan, keperihalan, dan seumpamanya. Kaedah ini dinamakan Kaedah TFFP. Kaedah ini agak berlainan daripada panduan-panduan yang pernah diketengahkan sebelum ini. Hal ini demikian kerana penulisan ayat isi bagi sesuatu perenggan dipecahkan kepada empat bahagian iaitu:
i. Ayat Topik ( T )
ii. Huraian Frasa 1 (F1)
iii. Huraian Frasa 2 (F2)
iv. Penegasan/Rumusan Perenggan. (P)
Ayat Topik (T)
Ayat Topik ialah ayat untuk mengetengahkan isi bagi karangan. Isi pula ialah idea utama atau perkara penting yang merujuk kepada soalan karangan yang ditulis. Pelajar dinasihati menggarisi kata kunci dalam soalan sebelum menyenaraikan isi karangan. Amalan ini akan mengelakkan karangan yang ditulis itu terkeluar daripada tajuk perbincangan.Ayat topik digalakkan untuk ditulis dengan memasukkan dua unsur penting dalam dua frasa. Frasa pertama menjadi fokus isi. Frasa kedua pula merupakan pelengkap kepada fokus isi berkenaan. Ayat isi yang hanya menyertakan fokus sahaja tidak begitu baik kerana tidak lengkap dan tidak menampakkan kematangan fikiran orang yang menulisnya. Cuba bandingkan kedua-dua ayat yang yang berikut:
1(a) Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan melaksanakan kempen.
1(b) Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan melaksanakan kempen yang lebih berkesan.
2(a) Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas.
2(b) Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.
3(a) Antara kesan pelaksanaan sekolah satu sesi adalah pelajar mempunyai lebih banyak masa untuk belajar.
3(b) Antara kesan pelaksanaan sekolah satu sesi adalah pelajar mempunyai lebih banyak masa untuk belajar di bawah penyeliaan guru-guru.
Ayat 1(b), 2(b), dan 3(b) lebih mantap kerana lebih jelas dan lengkap. Semasa membuat huraian, ayat 1(b), 2(b), dan 3(b) memberi ruang yang lebih bagi pelajar menunjukkan kematangan fikiran mereka. Justeru pelajar mempunyai lebih banyak idea untuk dikembangkan. Perkara ini akan membantu pelajar untuk mengatasi masalah ketidakcukupan jumlah perkataan dalam karangan.Biasanya ayat topik atau isi utama ialah isi karangan yang telah ditetapkan oleh pelajar semasa membuat draf atau perancangan menulis karangan.
Cara inilah yang biasanya diajar oleh guru-guru di sekolah. Amalan merancang atau menulis isi terlebih dahulu sebelum menulis adalah baik kerana mengelakkan pelajar daripada lupa. Jadi, pelajar dinasihati supaya mengamalkan cara ini setiap kali menulis karangan. Yang penting, guru-guru perlu melatih pelajar supaya menulis ayat topik yang terdiri daripada dua frasa yang boleh dihuraikan dengan lebih panjang.
Frasa 1 dan Frasa 2
Seperti yang disarankan, ayat topik hendaklah terdiri daripada dua frasa.
Contohnya, cuba lihat ayat-ayat topik yang berikut:
i. Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan melaksanakan kempen yang lebih berkesan.
ii. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap orang yang mencuri air.
iii. Langkah lain yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi krisis bekalan air adalah dengan mengawal penebangan hutan di kawasan tadahan.
iv. Seterusnya, krisis bekalan air juga dapat ditangani dengan menggantikan saluran paip yang rosak dengan paip yang tahan lebih lama.
Jika diperhatikan ayat-ayat topik yang disenaraikan, setiap ayat dibina dengan menggunakan dua frasa yang utama dan boleh dihuraikan secara berasingan. Ayat (i) misalnya, Frasa 1 (F1) ialah melaksanakan kempen. Frasa 2 (F2) pula ialah yang lebih berkesan.
Dalam ayat (ii) F1 ialah mengambil tindakan tegas, dan F2 pula ialah orang yang mencuri air. Semasa membuat huraian, pelajar boleh menghuraikan kedua-dua frasa tersebut secara berasingan sebelum merumuskan kedua-dua dalam satu atau dua ayat yang lengkap. Contoh-contoh boleh disertakan semasa menghuraikan kedua-dua frasa berkenaan. Begitu juga halnya dengan isi-isi yang lain. Perkara penting yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah cara untuk membahagikan ayat isi mereka kepada frasa-frasa yang dapat dihuraikan dengan sistematik.
Penegasan/Rumusan Perenggan (P)
Setiap perenggan wajar disimpulkan dengan rumusan bagi perenggan berkenaan. Penanda wacana yang disesuaikan wajar digunakan bagi menunjukkan bahawa perenggan tersebut telah ditutup dengan baik.
Contohnya:
i. Jadi, dengan kempen yang lebih berkesan, krisis air yang berlaku sekarang dapat diatasi dengan lebih cepat.
ii. Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa wajar bertindak tegas terhadap orang yang mencuri air untuk memastikan krisis air dapat ditangani secepat yang mungkin.
iii. Justeru, penebangan hutan di kawasan tadahan perlu dikawal agar krisis air tidak terus mengancam kehidupan masyarakat.
iv. Jadi, penggantian saluran paip yang lama perlu disegerakan agar krisis air yang berlaku sekarang tidak berterusan.
Menulis perenggan isi
Setelah mengenal pasti perkara-perkara tersebut, maka pelajar boleh menulis perenggan mengikut kaedah yang dicadangkan iaitu kaedah T, F1, F2, dan P. Dalam setiap perenggan, keempat-empat perkara tersebut perlu dititikberatkan supaya perenggan yang ditulis itu lengkap dan menarik. Selain itu calon dapat menulis dalam jumlah perkataan yang lebih banyak.Ayat (i) dapat dihuraikan dengan mudah apabila pelajar menghuraikannya mengikut frasa yang telah ditetapkan. Frasa 1 boleh dihuraikan seperti yang berikut:
Huraian F1 (melaksanakan kempen)
Kempen merupakan cara yang paling mudah untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pelbagai media boleh digunakan oleh menyalurkan maklumat tentang kepentingan amalan penjimatan air. Contohnya, surat khabar, radio, dan televisyen ialah media yang sentiasa dekat dengan masyarakat. Selain itu kempen secara langsung dari rumah ke rumah juga wajar dilaksanakan.
Huraian F2 (yang lebih berkesan)
Selama ini kempen yang dilaksanakan kurang berkesan kerana tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Pihak yang berkenaan melaksanakannya tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga. Kini tibalah masanya pihak-pihak nyang terbabit bertindak dengan lebih agresif agar kempen penjimatan air mencapai matlamat yang diharapkan.
Kedua-dua huraian ini dicantumkan dalam satu perenggan bersama-sama ayat isi dan juga rumusan perenggan. Maka perenggan tersebut akan menjadi sebuah perenggan yang lengkap seperti yang berikut.Satu langkah untuk menjimatkan air adalah dengan melaksanakan kempen yang lebih berkesan. Kempen merupakan cara yang paling mudah untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pelbagai media boleh digunakan untuk menyalurkan maklumat tentang kepentingan amalan penjimatan air. Contohnya, surat khabar, radio, dan televisyen ialah media yang sentiasa dekat dengan masyarakat. Selain itu kempen secara langsung dari rumah ke rumah juga wajar dilaksanakan. Selama ini kempen yang dilaksanakan kurang berkesan kerana tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Pihak yang berkenaan melaksanakannya tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga. Kini, tibalah masanya pihak-pihak yang terbabit bertindak dengan lebih agresif agar kempen penjimatan air mencapai matlamat yang diharapkan. Jadi, dengan kempen yang lebih berkesan, krisis air yang berlaku sekarang dapat diatasi dengan lebih cepat.
(110 perkataan)
Dengan berdasarkan penjelasan yang diberi, pelajar-pelajar boleh mencuba untuk membahagikan ayat-ayat topik yang berikut kepada F1 dan F2. Selepas itu cuba huraikan setiap frasa itu dengan jelas dan cantumkan huraian-huraian itu supaya menjadi perenggan isi yang lengkap
.a. Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sisa toksik oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
b. Aktiviti kokurikulum mendidik pelajar supaya menjadi lebih berdisiplin
.c. Salah satu cara untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya adalah dengan menguatkuasakan undang-undang yang tegas terhadap pengguna jalan raya yang ingkar.
Perenggan contoh
Ayat topik : Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.
F1 : tidak ada tindakan yang tegas
F2 : terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.
Huraian lengkap
Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat. Selama ini tindakan yang dilaksanakan bersifat mengikut musim. Pegawai yang diamanahkan untuk bertindak memiliki sikap tidak ubah seperti pahat dengan pemukul. Tindakan hanya dilakukan dalam tempoh yang terhad. Selain itu tindakan yang dijalankan juga tidak begitu tegas dan hanya untuk memenuhi rutin kerja pegawai-pegawai yang terbabit. Ada juga unsur-unsur penyelewengan yang berlaku sehingga menyebabkan gejala ini tidak dapat diatasi. Satu bentuk tindakan yang menyeluruh patut dikuatkuasakan terhadap semua pihak yang menyebabkan gejala ini berlaku. Tindakan patut dikenakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang bahan-bahan cetak rompak. Ketiga-tiga golongan ini merupakan penyebab utama berlaku gejala tersebut. Tindakan terhadap satu pihak sahaja tidak akan meninggalkan kesan yang diharapkan. Oleh yang demikian satu bentuk tindakan yang lebih tegas patut dilaksanakan meliputi semua pihak yang terbabit dalam gejala ini. (140 perkataan)
Rasionalnya, jika satu perenggan isi mengandungi lebih daripada 100 perkataan, karangan calon sudah pasti dapat memenuhi kehendak jumlah perkataan seperti dalam soalan. Oleh itu calon layak mendapat markah yang tinggi dengan syarat isi-isi tersebut adalah mantap, bahasa baik dan bervariasi, menepati tajuk, dan dipersembahkan dengan baik. Selain itu contoh-contoh dapat diberi dengan lebih banyak iaitu semasa menghuraikan kedua-dua frasa dalam ayat topik secara berasingan. Maka cara ini dapat membantu calon mengatasi beberapa kelemahan dalam menulis karangan, terutama dari aspek jumlah perkataan.
Disisip daripad blog Ghazali Lateh

Tip Untuk Rumusan STPM


Baca petikan dengan teliti. Pastikan idea utama digarap dengan jelas berdasarkan tema petikan. Idea-idea sampingan biasanya tercetus apabila timbulnya 'isi lain'. Misalnya, ketika membaca petikan, tiba-tiba hal lain pula yang dibangkitkan dalam ayat. Jadi, hal lain itu akan menjadi isi sampingan yang baharu. Jadi setiap kali perkara ini berlaku, isi sampingan baharu dalam dicetuskan.

Walau bagaimanapun, ada antara huraian isi sampingan yang berfungsi seperti isi dan boleh dijadikan isi sampingan yang tersendiri. Hal ini wajar diambil kira untuk memastikan syarat jumlah perkataan yang ditetapkan dapat dipenuhi. Jika tidak rumusan akan menjadi pendek dan tidak mencapai jumlah perkataan yang dihasratkan.

Latihan Rumusan 3 STPM (Latihan daripada blog Cikgu Khir Kassim, GC Bahasa Melayu)
Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannnya.
Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 170 - 180 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [ 20 markah ]

Jenayah yang melibatkan kes ragut kini dikategorikan sebagai jenayah rompak dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun dan sebatan. Polis juga sudah mengambil beberapa langkah dengan memudahkan mangsa ragut membuat laporan di semua balai polis, pondok polis dan polis peronda dengan tujuan untuk mengatasi masalah kesukaran membuat aduan mengenai kejadian berkenaan. Namun, yang membimbangkan kita ialah peragut kini sanggup melakukan kekerasan sehingga menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa. Contoh yang terbaru, kes yang membabitkan pelajar di Wangsa Maju baru-baru ini bukan lagi dianggap kes ragut tetapi kes bunuh. Kejadian yang bermula dengan rompakan harta benda sudah bertukar menjadi kes jenayah kekerasan hingga menyebabkan kecederaan dan kematian. Apakah dalam kemelut sebegini, kita selaku anggota masyarakat hanya mampu melihat perkara ini berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan? Walaupun kita tidak boleh bertindak bersendirian, kita masih boleh menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi membantu pihak berkuasa untuk menangani kes yang semakin menjadi-jadi ini. Masyarakat boleh membuat aduan di balai polis yang terdekat atau menghubungi polis dengan segera jika mereka melihat ada kelakuan orang tertentu yang boleh menimbulkan syak. Kebanyakan kes ragut ini berlaku di kawasan bandar-bandar besar dan juga di kawasan yang lengang. Peragut juga biasanya melakukan aktiviti mereka itu apabila menyedari bahawa mangsa mereka bersendirian. Sebenarnya kes ragut berpunca daripada sikap individu yang ingin mendapat wang dengan jalan yang mudah. Selain itu juga mereka hendak mendapatkan wang dalam jangka masa yang singkat. Oleh itu mereka terpaksa meragut beg tangan atau barang-barang kemas yang dipakai oleh kaum wanita.
Kebiasaannya juga peragut tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Hal ini menyebabkan mereka tidak mempunyai pendapatan yang tetap untuk menyara hidup mereka. Selain itu mereka juga malas untuk melakukan kerja yang halal kerana pendapatannya tidak lumayan. Perkara ini menyebabkan mereka akan meragut beg tangan mangsa yang lemah.Antara cara untuk menangani kes ini daripada menjadi lebih serius adalah dengan mengadakan kawalan dan rondaan yang lebih ketat. Kawalan tersebut patut dilakukan oleh anggota polis dalam usaha untuk mencekup peragut yang bermaharajalela. Selain itu anggota polis yang berpakaian biasa perlu ditempatkan di tempat awam agar mudah bagi mereka untuk menangkap peragut yang tidak bertanggungjawab itu.Bagi kita, adalah lebih baik menghalang sesuatu perbuatan jenayah itu sebelum jenayah itu berlaku. Kita bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa tanggungjawab untuk membanteras jenayah termasuk curi dan ragut tidak seharusnya diserahkan kepada polis semata-mata. Polis tidak mungkin dapat mengatasi masalah jenayah ini sepenuhnya memandangkan wujudnya jurang atau nisbah yang begitu besar antara jumlah anggota polis dengan bilangan penduduk. Justeru, semua pihak perlulah memainkan peranan untuk mencegah kejadian jenayah seperti kes ragut, rompakan, pecah rumah, dan pecah kereta dengan memberi maklumat kepada pihak berkuasa. Tanpa kerjasama daripada semua pihak dalam masyarakat sudah tentu usaha untuk menangani kes ragut menjadi semakin sukar. Oleh hal yang demikian, marilah kita menjadikan angka kes ragut yang begitu tinggi itu sebagai satu kejutan untuk kita memerangi jenayah ini bersama-sama. Semoga masalah ini akan dapat ditangani dengan berkesan dalam usaha menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat negara ini.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada‘Rakyat Kena Bantu Polis Perangi Kes Jenayah Ragut’,Berita Harian, 7 Ogos 2006)

Dipetik daripada blog Ghazali Lateh

Biodata Penulis

PERLUMBAAN KEDUA

Novel ini dikarang oleh Marwilis bin Haji Yusof. Beliau dilahirkan di Ulu Bernam, Selangor pada 5 Jun 1944. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Setapak. Kemudian beliau meneruskan pelajaran di Sekolah Rendah Cina Lee Rubber. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Chong Hwa, Jalan Gombak sehingga lulus peperiksaan Senior Middle Three. Pendidikan tertinggi beliau ialah Sijil Tinggi Persekolahan.
Dalam bidang kerjaya pula, beliau pernah menjadi guru. Beliau juga pernah menjadi kerani di sebuah institusi kewangan. Beliau kemudian menjadi wartawan di Utusan Melayu. Ketika menjadi wartawan, beliau mula melibatkan diri dalam bidang penulisan.
Marwilis juga pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada Dato’ Harun Idris. Pada tahun 1977, beliau dilantik menjadi Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Dato’ Musa Hitam. Pada tahun 1982, beliau telah menjadi wakil rakyat setelah memenangi pilihan raya. Beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor selama sepenggal hingga tahun 1986. Selepas itu beliau membuka perniagaan sendiri.
Antara karya-karya Marwilis termasuklah novel Izin Dalam Paksa, Jalan Seribu Kirai, Bukan Kail Kita Yang Dinantikan, Terbuang Tapi Terbilang, Buai Diayun Anak Dicubit, Bila Rindu Berputik, Bila Kompang Berbunyi, dan lain-lain. Beliau pernah menerima hadiah penghargaan melalui novel Bila Kompang Berbunyi, iaitu pertandingnan sempena ulang tahun GAPENA 30 tahun.
Dipetik daripada blog Ghazali Lateh

Friday, July 3, 2009

Lagi Frasa menarik



-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri-mengundang kontroversi-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi-pewujudan masyarakat madani
-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
-kita perlu mengorak langkah-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting-melupakan cita-cita yang lebih luhur-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu

Jumaat, 2009 Mei 15 Di karang oleh Mohd Dihazra Azira Pada 08:43 kategori

10 tabiat boleh merosakkan otak anda


1. Tidak mengambil sarapan pagi- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.
10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak

Di karang oleh Mohd Dihazra Azira Pada 08:32 kategori

Faedah Melancong

Di karang oleh Mohd Dihazra Azira Pada 06:35 kategori

Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan. Tambahan pula, ia memberi banyak mantaat. Semua manusia mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa cuti bersama keluarga setelah penat menjalani kerja seharian. Negara kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan destinasi percutian.
Dengan melancong kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan meluaskan pandangan ke tempat-tempat yang belum pernah kita lawati. Contohnya kita akan dapat melihat kebudayaan yang diamalkan di sesebuah tempat yang jauh berbeza dengan tempat kita. Selain itu, melancong juga dapat melapangkan fikiran. Fikiran kita perlu juga direhatkan daripada terus bekerja.
Melancong juga mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dengan melancong kaum keluarga dapat beramah mesra dan bersenda gurau sambi berhibur. Hal ini amat digalakkan oleh kerajaan memandangkan institusi kekeluargaan kini semakin longgar. Ibu bapa yang sibuk bekerja serta anak-anak yang sibuk dengan urusan pelajaran dapat bertemu dan bersatu serta mengukuhkan hubungan yang kian longgar.
Dengan melancong juga kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Anak- anak terhindar daripada melakukan perkara negatit terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan remaja yang rosak akhlak. Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana sepanjang waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama mereka.
Melancong juga akan dapat memajukan industri pelancongan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia, hendaklah melancong ke seluruh Malaysia dahulu sebelum melancong ke luar negara. Malaysia tidak kurang hebatnya, kaya dengan destinasi-destinasi yang menarik. Contohnya Pulau Langkawi, Melaka Bandaraya Bersejarah, pantai Port Dickson, Tasik Kenyir, Air Terjun Sekayu, Pulau Tioman, Cherating, Zoo Negara, dan sebagainya.
Melancong bersama keluarga banyak taedahnya. Jadikan aktiviti ini untuk mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga dan merehatkan tikiran yang dipenuhi dengan bebanan kerja.


Disisip dari blog Minda.Sastera.Bahasa

Karangan Peribahasa : Katak Di Bawah Tempurung

Di karang oleh Mohd Dihazra Azira Pada 21:18 kategori


Orang Melayu mempunyai pelbagai cabang seni bahasa yang patut dibanggakan. Antaranya ialah kemahiran dan kebijaksanaan membina dan mencipta kata-kata bidalan, perumpamaan, pantun, peribahasa, dan lain-lain. Tentu kita banyak mendengar dan melihat peribahasa orang zaman dahulu. Antaranya ialah ‘kacang lupakan kulit’, ‘bagai isi dengan kuku’, ‘air dicincang tidak akan putus’, dan lain-lain. Semuanya sudah sinonim dan terkenal dengan masyarakat masa kini.

Salah satu peribahasa yang amat terkenal ialah ’seperti katak di bawah tempurung’. Peribahasa ini rnembawa maksud orang yang tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Peribahasa ini amat berguna dan bermakna kerana ia membawa maksud orang seperti ini tidak mengetahui kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Maka jadilah seperti seekor katak yang berada di bawah tempurung yang tidak tahu apa yang berlaku di luar tempurung tersebut. Ia seolah-olah terkurung dan tidak dapat rnembezakan keadaan di dalam dan di luar.

Peribahasa ini bolehlah dikaitkan dengan satu kisah yang berlaku pada diri seorang wanita bernama Aminah. Dia tinggal seorang diri setelah ibu bapanya meninggal dunia lebih kurang tiga tahun yang lain. Dia tidak hidup melarat kerana ayah dan ibunya telah meninggalkan harta yang banyak. Aminah seorang yang agak pendiam dan tidak mempunyai ramai kenalan. Dia cuma mengharapkan wang daripada harta yang ditinggalkan oleh ibu bapanya untuk menyara kehidupannya. Wang daripada pajakan tanah sawah seluas lima relong, tanah kebun seluas lima hektar, rumah sewa sejumlah lima buah, serta rumah sendiri memberikan pendapatan yang lumayan. Aminah seorang yang pendiam dan jarang berbual. Dia tidak stika menonton televisyen atau membaca surat khabar. Oleh itu, sudah tentu dia tidak rnengetahui hal-hal yang berlaku di sekelilingnya.

Hari-hari yang dilalui oleh Aminah berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu hari dia didatangi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Osman. Dia datang menemui Arninah kerana dia hendak menjual tanah seluas empat hektar kepada Aminah. Alasannya ialah dia tidak mahu tanah itu jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Aminah yang berminat untuk rnembeli tanah tersebut telah meminta Osman menyerahkan geran tanah yang hendak dijual itu. Osman bersetuju lain pulang ke rumahnya Aminah berasa gembira kerana dia memang berhajat untuk membeli tanah itu untuk menambahkan hartanya. Malah, bagi Aminah dengan pembelian tanah itu dia rnampu untuk menambah pendapatan bulanannya.

Dua hari kemudian, Osman datang lagi bersama-sama dengan geran tanah yang dipinta oleh Arninah tempoh hari. Setelah ditunjukkan kepada Aminah, mereka berbincang tentang harga yang dipersetujui. Osman ingin menjual tanah tersebut sebanyak RM75,000.00 tetapi Aminah meminta dikurangkan kepada RM70,000.00 sahaja. Osman bersetuju lalu meminta bayaran sebanyak RM50,000.00 sebagai pendahuluan. Aminah memberitahu bahawa wangnya ada di bank. Lalu, Osman mencadangkan mereka pergi ke bank bersama-sama untuk mengambil wang tersebut. Aminah bersetuju dengan cadangan Osman untuk memberikan RM50,000.00 kepada Osman sebagai pendahuluan.

Bakinya pula akan diberi semasa membuat pertukaran nama pada geran nanti. Osman yang amat gembira dengan pemberian wang tersebut berjanji akan datang dengan segera untuk menyelesaikan hal pertukaran nama pada geran tanah tersebut. Aminah pun pulang dengan rasa senang hati kerana sudah harnpir pasti dia akan memiliki tanah itu.

Apabila hari yang dijanjikan, Aminah menunggu Osman di perkarangan Pejabat Tanah. Dia rnenanti dengan penuh harapan agar Osman muncul untuk menyelesaikan perkara itu. Tetapi hampir empat jam Aminah menunggu, namun bayang-bayang pun tidak kelihatan. ilia cuba menghubungi nombor telefon yang diberi oleh Osman namun ternyata nombor itu adalah palsu. Dia yang berasa tidak senang hati telah masuk ke dalam Pejabat Tanah dan meminta salah seorang daripada pegawai di situ rnenyemak geran tanah yang dikatakan milik Osman itu. Ternyata geran tanah itu adalah palsu. Pegawai itu menyatakan bahawa semua kakitangan sudah diberitahu tentang seorang lelaki yang menjalankan aktiviti penipuan penjualan tanah di serata tempat. Pihak mereka juga telah mengiklankan kegiatannya di akhbar-akllbar, televisyen, dan majalah.

Nyatalah Aminah ditipu dan dia menyesal kerana tidak mahu mengambil tabu tentang perkara yang berlaku di sekelilingnya. Osman merupakan seorang penipu dan orang kampung sudah pun dimaklumkan mengenai kegiatannya. Aminah hampir pengsan mengenangkan nasibnya yang ditipu oleh Osman.

Kesimpulannya, kita perlulah mengambil iktibar tentang kejadian yang berlaku ke atas diri Aminah. Dari kisah tersebut, dapatlah kita rumuskan bahawa keadaan ini merupakan satu kerugian kepada kita. Biarlah kita menjadi seorang yang tabu segala yang berlaku di sekeliling kita. Janganlah menjadi seperti ‘katak di bawah tempurung’, kelak kita juga yang akan rugi.

Dipetik dari Blog Sastera.Minda.Bahasa

Wednesday, July 1, 2009

Analisis Kesilapan: dari Sudut dan Lai-lain

Dalam Bonus Dewan Siswa keluaran Julai 2008 terdapat makalah yang bertajuk “Analisis Kesalahan Ayat (Siri 1)”. Makalah itu ditulis oleh Nik Nor Ahmarizam Nik Ahmad dan ditujukan kepada calon Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Calon PMR dan pengguna bahasa Melayu masih dapat memanfaatkan kandungan makalah itu.
Dalam makalah itu Nik Nor Ahmarizam menyenaraikan 20 ayat yang salah. Setiap ayat yang salah itu diikuti dengan sebab kesalahan dan ayat yang betul. Empat contohnya adalah seperti yang di bawah. Saya mengemukakan ulasan ringkas bagi dua contoh.
Contoh 1
Ayat yang Salah
Gaya bahasa pantun sudah ditinjau dari pelbagai sudut oleh pengkaji kesusasteraan.
Sebab Kesalahan
Kesalahan penggunaan kata sendi nama dari.
Ayat yang Betul
Gaya bahasa pantun sudah ditinjau daripada pelbagai sudut oleh pengkaji kesusasteraan.
Ulasan
(a) Ini ialah ayat contoh dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat (halaman 268):
Mereka memulakan kerja pembersihan dari sudut kanan dewan itu.
(bukan: Mereka memulakan kerja pembersihan *daripada sudut kanan dewan itu.)
Perbincangan tentang perkara ini ada di sini. Kita masih boleh membincangkan lagi perkara ini. (b) Ada pendapat mengatakan frasa dari pelbagai sudut kurang tepat. Frasa yang tepat ialah frasa dari sudut yang pelbagai.
Contoh 2
Ayat yang Salah
Hal ini kerana seseorang pemimpin mestilah dapat mengutarakan idea yang bernas untuk meyakinkan orang ramai.
Sebab Kesalahan
Ayat huraian ini tidak gramatis kerana tidak ada predikat.
Ayat yang Betul
Hal ini demikian kerana seseorang pemimpin mestilah dapat mengutarakan idea yang bernas untuk meyakinkan orang ramai.
Ulasan
(a) Kita wajar memikirkan sebab ayat ini dikatakan “salah”.
(b) Sudah ada pendapat yang mengatakan ungkapan “hal ini demikian kerana” silap.
Ungkapan yang dikatakan betul ialah “hal ini dikatakan (berlaku, terjadi) demikian kerana”
Klik di sini atau di sini. Namun beberapa pihak yang berwibawa masih menggunakan ungkapan ini. Klik di sini.
Contoh 3
Ayat yang Salah
Didoakan semoga anda berjaya dengan cemerlang.
Sebab KesalahanAyat ini tidak gramatis kerana tidak ada subjek dan predikat.
Ayat yang Betul
Didoakan kejayaan yang cemerlang untuk anda.
UlasanSila catatkan ulasan tuan dalam ruangan ulasan.
Contoh 4
Ayat yang Salah
Kakak Liyana membantu emak menanak nasi.
Sebab Kesalahan
Ayat ini tidak gramatis kerana tidak disisipkan kata hubung pancangan komplemen untuk sebagai unsur keterangannya.
Ayat yang Betul
Kakak Liyana membantu emak untuk menanak nasi.
Ulasan
Sila catatkan ulasan tuan dalam ruangan ulasan.
Senarai yang di bawah ini pula ialah sedutan daripada makalah itu.
Saya hanya menyedut frasa yang salah dan diikuti dengan frasa yang betul.
1. di atas sebab → atas sebab
2. koleksi kamus-kamus → koleksi kamus
3. mengingatkan kita terhadap kepentingan masa → mengingatkan kita tentang kepentingan masa
4. di dalam aktiviti → dalam aktiviti
5. membincangkan tentang → membincangkan
6. terlalu baik sekali → terlalu baik atau baik sekali
7. daun-daun kering berguguran → daun kering berguguran
8. ada pelajar-pelajar sekolah → ada pelajar sekolah
9. Hakimin dihadiahkan beberapa naskhah majalah → Hakimin dihadiahi beberapa naskhah majalah
10. Puan Hazama bertemu Puan Rajini → Puan Hazama bertemu dengan Puan Hazimi
Dipetik daripada :
SAMBUNG-MENYAMBUNG ﺴﺎﻤﺒﻭڠ۔ﻤﭙﺎﻤﺒﻭڠ
Sulap Mohd Isa bin Abd Razak ... "Pancarkan Akhlak Mulia dalam Penulisan Kita"