Monday, April 20, 2009

Kejohanan Ragbi SMK Anderson 100 tahun

KSAH telah dipilih untuk bermain dalam kejohanan ini yang akan diadakan pada 8 dan 9 Mei 2009 di padang ragbi SMK Anderson, ipoh perak darul ridzuan. Seramai 15 orang pemain telah dikenalpasti untuk membawa cabatan KSAH. Pasukan sedang nmenjalani latihan bersama pasukan SAHOCA yang sedang bertandin di liga ragbi antara kelab kesatuan ragbi kedah darul aman. Latihan latihan dah. main belum lagi, jangan mengaku kalah, yang menanag itu sudah pasti.

Perlawanan Ragbi Persahabatan

Perlawanan ragbi persahabatan antara KSAH dengan SAINA bawah 14 tahun akan diakan hari 22 April 2009 di padang SAINA jam 4.30 petang. Perlawanan pertama ini akan menentukan hala tuju pasukan bawah 14. semuga perlawanan ini akan membawa kemenangan kepada pasukan bawah 14 tahun KSAH.

Saturday, April 11, 2009

PANDUAN MENJAWAB SOALAN KARANGAN (BAHAGIAN B)


JENIS KARANGAN BERFORMAT

1. Wawancara/dialog/temuramah
2. Berita
3. Ucapan/Syarahan/Ceramah/Pidato
4. Surat kiriman biasa/rasmi
5. Laporan aktiviti/minit mesyuarat
6. Perbahasan

JENIS KARANGAN TIDAK BERFORMAT
1. Perbincangan/pendapat/ulasan/komentar/Fakta
2. Deskriptif/cereka
3. Peribahasa/cogan kata

SKEMA PEMARKAHAN
1. Takrif (10)
2. Isi/Fikiran (25)
3. Bahasa (45)
4. Pengolahan/Penyampaian/Pemerengganan (20)
Jumlah (100)

PEMOTONGAN MARKAH
1. Kesalahan ejaan maksimum (5)
2. Kesalahan format maksimum (4)

PEMILIHAN TAJUK

1. Mengikut format baru 2004, terdapat 5 tajuk dikemukakan untuk pilihan.
2. Fokus tajuk ke-5 berkaitan dengan KOMSAS tetapi boleh ditanya dalam pelbagai jenis.
3. Semua tajuk itu meliputi perkara-perkara tertentu daripada soalan sosial, politik dan ekonomi.
4. Tajuk-tajuk tentang hal ehwal semasa terutamanya pada tahun lepas dan awal tahun ini perlu diberikan perhatian.
5. Tajuk-tajuk/isu-isu itu boleh dikemukakan dalam pelbagai jenis karangan sama ada yang berformat atau tidak.
6. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jenis perbincangan, fakta atau rencana banyak dikemukakan.
7. Hal ini mungkin kerana jenis-jenis tersebut lebih mencabar ditulis berbanding dengan jenis surat contohnya.
8. Pilih tajuk yang jenisnya anda kuasai format atau pendekatan menulisnya. Peperiksaan bukan medan untuk anda mencuba jenis yang belum pernah dibuat.
9. Pilih tajuk yang dapat dikemukakan lebih daripada 4 isi utama.
10. Pilih tajuk yang berkaitan dengan hal ehwal semasa kerana ingatan anda masih kuat.
11. Oleh sebab markah bahasa paling tinggi, pastikan tajuk pilihan anda boleh anda karang dengan bahasa yang cemerlang:
o Memuaskan dan lancar;
o Tiada kesalahan tatabahasa;
o Mengandungi pelbagai jenis ayat;
o Kosa kata yang sangat luas dan tepat penggunaannya; dan
o Penggunaan tanda baca yang betul dan tepat.


SUMBANG SARAN KENDIRI SEMASA MENYEDIAKAN RANGKA KARANGAN

1. Sumbang saran kendiri yang dimaksudkan ialah proses mencatatkan apa sahaja isi yang terlintas di fikiran tanpa mengira urutan kepentingan, isi utama atau isi sokongan dan apa sahaja yang boleh menyekat aliran fikiran.
2. Dalam bahasa yang mudah, tulis sahaja apa yang terlintas di kepala anda!
3. Hanya pelajar yang cukup terlatih dapat berbuat begitu dan untuk menjadi terlatih anda perlu selalu melatihkan diri dengan kaedah ini.
4. Setelah isi ditulis, barulah difikirkan susunannya mengikut urutan kepentingan, peristiwa dan pengelompokan isi-isi kecil menjadi isi utama yang jitu dan utuh.

PENULISAN PENDAHULUAN

1. Pendahuluan perlu ditulis mengikut jenis karangan.
2. Karangan berformat harus mengikut format yang betul seperti yang telah dipelajari.
3. Karangan jenis perbincangan dan seumpamanya memerlukan pendahuluan ditulis dalam 1 perenggan sahaja.
4. Ia harus menarik dan boleh menggambarkan kandungan keseluruhan karangan.
5. Jika perlu, pendahuluan yang berciri provokatif juga boleh digunakan asalkan tidak keterlaluan.
6. Jangan masukkan isi dalam perenggan pendahuluan.


PENULISAN ISI

1. Untuk semua jenis karangan, jumlah isi minimum yang diterima ialah 3.
2. Walau bagaimanapun, disarankan anda menulis daripada 3 hingga 5 isi utama.
3. Setiap isi utama harus diikuti oleh isi sokongan, huraian dan contoh.
4. Isi sokongan mungkin 1 atau 2 mengikut kesesuaian tetapi tidak terlalu banyak.
5. Ia perlu ditulis dalam 1 perenggan atau beberapa perenggan kecil yang diikat oleh penanda wacana yang bersesuaian supaya kelihatan berkaitan.
6. Susun isi mengikut urutan peristiwa dan urutan kepentingan.

PENULISAN KESIMPULAN

1. Kesimpulan juga harus mengikut jenis karangan.
2. Pastikan ia ditulis dalam 1 perenggan sahaja dan tidak terlalu panjang.
3. Kesimpulan harus merupakan rumusan kepada isi karangan secara keseluruhan.
4. Ia mungkin merupakan penegasan atau cadangan terhadap fokus soalan.
5. Jika ingin memberikan pendapat, pastikan ia berbentuk umum tetapi menjurus kepada fokus soalan.

ASPEK KAJIAN SASTERA UNTUK TEKS KOMSAS

Sinopsis
1. Ringkasan cerita lebih kurang 100 -150 patah perkataan.
2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.
Tema dan Persoalan
1. Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
2. Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.


Watak dan Perwatakan

1. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
2. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
3. Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.
4. Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.
5. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
6. Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca.
7. Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.
8. Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir.
9. Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.
10. Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.
11. Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.


Plot
1. Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.
2. Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.
3. Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.
4. Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan peristiwa secara tidak kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.
5. Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.
6. Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
7. Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi).
8. Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.
9. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.

Teknik Plot
1. Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
2. Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut:
(a) Imbas kembali
1. Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
2. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman
(b) Imbas muka
1. Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
2. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
(c) Saspens
1. Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
(d) Konflik
1. Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.
2. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.
3. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?
(e) Kejutan
1. Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
2. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
(f) Dialog
1. Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.
2. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.


Latar
Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
Latar penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.
Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
(a) Latar tempat
Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.
(b ) Latar waktu atau masa
Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.
(c) Latar masyarakat atau citra masyarakat
Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.
(e) Latar peralatan cerita dan watak
Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.

Sudut Pandanqan (Aspek pilihan sahaja)
Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak yang men-ceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak.
Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya.
Teknik sudut pandangan:
(a) Sudut pandangan orang, pertama
Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita iru dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.
(b) Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas
Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak.
(c) Sudut pandangan orang ketiga terbatas
Pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja.
(d) Sudut pandangan objektif
Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut.


Gaya Bahasa
Jenis Gaya Bahasa Huraiannya
(a) Diksi • Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya
• Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej
(b) Ayat • Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang
(c) Personifikasi • Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan
• Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
• Contohnya: ...matahari pagi bangkit daripada selimut gunung, benaknya mendandan sejuta persoalan
(d) Simile • Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
• Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran
(e) Metafora • Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya
• Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran
(f) Hiperbola • Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya
• Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi
(g) Sinkope • Bermaksud penyingkatan perkataan
• Contohnya: "Apa dah jadi ni?"
(h) Rima • Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi
• Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir
(i) Asonansi • Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak
• Contohnya: pengulangan vokal “u” dalam baris Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
(j) Aliterasi • Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak
• Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan
(k) Pengulangan • Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak
• anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !
• epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
• repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga
(l) Perlambangan • merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam
• contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda

Nilai
Antara contoh nilai ialah:
1. Baik hati
2. Berdikari
3. Hemah tinggi
4. Hormat-menghormati
5. Kasih sayang
6. Keadilan
7. Kebebasan
8. Keberanian
9. Kebersihan mental dan fizikal
10. Kejujuran
11. Kerajinan
12. Kerjasama
13. Kesederhanaan
14. Kesyukuran
15. Rasional
16. Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian.



Pengajaran
Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton.
Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung.
Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat jawapan anda dengan
- Kita hendaklah ……..
- Kita seharusnya…….
Jika nilai negatif, mulakan ayat jawapan anda dengan
- Kita jangan….
- Kita tidak boleh….
…diikuti dengan contoh dalam teks.

Analisis Kesalahan Bahasa

Analisis Kesalahan Bahasa

1. Dalam kertas Bahasa Melayu STPM, asepk ini dikemukakan dalam bahagian D. Anda dikehendaki membetulkan kesalahan sistem bahasa pada satu contoh teks yang diberi.

2. Dalam soalan jenis ini, calon akan dikehendaki:
i. mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam petikan
ii. menjelaskan sebab-sebab kesalahan berkenaan
iii. membuat pembetulan
Melakukan tiga perkara dalam satu teks wacana memerlukan anda menggunakan kaedah-kaedah sendiri untuk memudahkan kerja. Misalnya, anda menanda terus di atas kertas soalan kesalahan-kesalahan dengan pen pelbagai warna, misalnya merah, biru atau hitam. Hal ini penting kerana anda perlu membahagikan fokus kepada unsur-unsur bahasa seperti berikut:
i. ejaan dan tanda baca
ii. kosa kata
iii. imbuhan
iv struktur frasa dan struktur ayat

3. Para pelajar perlu terlebih dahulu mengetahui jenis-jenis kesalahan yang berlaku di sesebuah wacana: hal Ini boleh diringkaskan seperti berikut:
Jenis kesalahan
Contoh kesalahan
Pembetulan
1. keselarasan vokal akibat pengaruh dialek kata tiga suku kata tertutup akibat kekecualian bagi kata pinjam serantau sibar, hibuh, sebok, sinarai kelumpok, celotih, kelungsung calun, elancung, awit, bunglun sebar, heboh, sibuk, senarai kelompok, celoteh, kelongsong calon, pelancong, awet, bunglon

2. Ejaan kata pinjaman: akibat pengaruh ejaan bahasa sumber bagi kata yang sudah mantap
kekeliruan antara bunyi sebutan dengan sistem visual ejaan ejaan kata khusus yang engunakan nombor plan, gran, klas teknoloji, otomotik, karban, oksijen, abad ke20 tahun 60an pelan, geran, kelas teknologi, automatik, karbon, oksigen abad ke-20 tahun 60-an

3. Ejaan kata terbitan: awalan meN-, peN-, beR- akhiran -kan, -i mengaru, mensenaraikan
menggaru, menyenaraikan 4. Ejaan Kata Majmuk kata majmuk yang dieja sebagai stau perkataan kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan kata majmuk yang mendapat apitan
jawatan kuasa, antara bangsa, bagai mana ambilalih, ibubapa, kuatkuasa menguat kuasakan, menganak tirikan, menemu dugai jawatankuasa, antarabangsa, bagaimana ambil alih, ibu bapa, kuat kuasa menguatkuasakan, menganaktirikan, menemuduga


Kosa Kata
1.
Pemilihan kosa kata (merangkumi aspek diksi dengan maksud ujaran). Antara yang perlu diberi perhatian adalah perkara-perkara berikut:
i. kata-kata yang mempunyai konotasi
ii. penggunaan bentuk jamak
iii. kesesuaian penggunaan kata ganti nama diri

iv. penggunaaan kata hubung dan kata sendi nama
v. penggunaaan kata yang tidak tepat
2.
Kata-kata yang mempunyai konotasi berkait rapat pula dengan aspek semantik dan denotasi.. Misalnya kata `terlibat' dengan `terbabit' dan kata `kesan' dan `akibat'.
3.
Penggunaan kata majmuk yang tidak betul seperti mereka-mereka ini, bangunan-bangunan yang tinggi-tinggi, enam orang pelajar-pelajar
4.
Penggunaan kata ganti nama diri. perlu dikaitan dengan kesantunan bahasa. Penggunaan betul ganti nama diri dia dengan beliau, awak dengan `datuk, anda dengan awak, dan sebagainya.
5.
Penggunaaan kata hubung dan kata sendi nama. Penggunaan kata hubung ada yang tidak sesuai dengan fungsi keterangannya kerana ada kata hubung yang merujuk kepada masa, syarta, sebab, akibat dan sebagainya. Contoh: Perlawanan bola keranjang dibatalkan apabila hujan lebat. (Kata hubung `apabila' iala kata hubung yang menerangkan waktu, sedangkan yang dimaksudkan ialah `sebab' pembatalan mesyuarat berkenaan. Kata hubung yang sesuai ialah `kerana'.)
Contoh: Kamu boleh pergi jika kamu berkelakuan baik.
Kata jika kurang sesuai kerana ia menunjukkan maksud `kemungkinan'. pada hal ayat ini menyatakan syarat untuk diberi cuti. Oleh itu, kata `sekiranya' atau `dengan syarat' lebih baik untuk menggantikan kata `jika'.
6.
Penggunaan kata tidak tepat. Jenis ini ketara sekali kesilapannya. Contoh: Pada pendapatan saya, kita perlu menggandakan usaha jika mahu mendapat lebih keuntungan.
7.
Imbuhan. Lihat contoh kesalahan-kesalahan pada imbuhan di bawah yang merupakan kelaziman.
1 Pelajar baru berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dalam ikrar mereka.
Berjanji ialah kata kerja tak transitif tetapi ayat merupakan ayat transitif. Oleh itu, imbuhan yang betul ialah menjanjikan.
2. Sebagai suami, Ali inginkan perhatian yang secukupnya daripada Halimah.
Ingin ialah kata adjektif dan memerlukan kata depan `akan'
3. Cadangan untuk memperbesarkan pejabat akan menelan belanja RM1juta.
`memper' ialah imbuhan kata kerja transitif dan tidak perlu akhiran `kan' untiuk menjadikan kata adjektif besar sebagai kata kerja transitif.
4. Hakim telah menjatuhkan pengedarkan dadah itu dengan hukuman gantung mandatori.
Akhir `-kan' menunjukkan bahawa `pengedar dadah' itu dijatuhkan tetapi maksud ayat ialah `hukuman gantung mandatori' dijatuhkan ke atas `pengedar dadah'.


8.
Frasa dan Ayat
Perhatikan contoh-contoh ayat di bawah mengenai kesalahan frasa dan ayat yang kerap ditemui.
i. Dia menyerahkan buku banknya kepada anaknya kerana dia amat percayakan anak bongsunya itu.
ii. Nenek saya amat suka buah-buahan tempata seperti mangga, betik, jambu, dan nanas.
iii. Turut menghadiri perjumpaan itu ialah Menteri Besar dan ketua-ketua jabatan kerajan.
iv. Masalah itu mereka bincangkan hingga satu penyelesaian ditemui.
v. Surat rayuan itu saya belum sempat baca lagi; tunggu esok.
Kesalahan
Sebab
Pembetulan
i. amat percayakan anak bongsunya itu.
kata adjektif `percaya' tidak mendapat akhiran tetapi diikuti oleh sendi nama `akan'
amat percaya akan anak bongsunya itu.
ii. amat suka buah-buahan tempatan
kata adjektif `suka' perlu diikuti oleh kata sendi `akan'
amat suka akan buah-buahan tempatan
iii.Turut menghadiri perjumpaan itu
Struktur ayat tidak sesuai dengan struktur struktur subjek-predikat bahasa Melayu
Yang turut menghadiri perjumpaan itu ialah menteri Besar dan ketua-ketua jabatan kerajaan atau
Menteri Besar dan ketua-ketua jabatan kerajaan turut menghadiri perjumpaan itu.
iv. masalah itu mereka bincangkan
Struktur pasif untuk pelaku ganti nama diri ketiga tidak sesuai
masalah itu dibincangkan oleh mereka
v. Saya belum sempat baca lagi
Struktur pasif untuk pelaku ganti nama diri pertama tidak sesuai.
belum sempat saya baca lagi
Pemahaman Komsas
- 26 markah [35 - 9 daripada Pemahaman Umum]Walaupun markahnya 26 sahaja dengan 8 -9 soalan daripada 3 bahagian, namun kalau anda peka dan tahu teknik untuk mendapatkan markah atau menjaga markah supaya tidak diambil @dipotong @didenda oleh pemeriksa, senang-senang sahaja anda akan mendapat markah penuh. Tak percaya? Ikut nasihat ini:
Baca soalan dan jawab berdasarkan kehendak soalan. [mungkin anda akan kata, memanglah... tapi ketahuilah murid-murid sekalian, banyak pelajar yang tersilap kerana tidak menjawab soalan yang ditanyakan.]
Jangan pula tak jawab soalan dan dibiarkan kosong. Sah 0 markah; dapat juga markah kan? Tapi kosonglah.
Apabila menjawab soalan, pastikan anda menjawab soalan itu dengan lengkap. Tatabahasa mesti betul. Ejaan dan tanda baca mesti betul. Jangan nak cepat, tulis tu main tarik saja, sampai n jadi u dan sebagainya. Jangan pula buat ejaan seperti yang biasa dalam dunia siber atau sms. Nahas tu! [Nampak remeh kan? Tapi perkara ini semua sangat penting. Kadang-kadang kerana kelalaian kita, percuma saja kita buang markah yang amat berharga]
Soalan 1 biasanya akan bertanya tentang makna kata atau frasa atau maksud perenggan. Bagi makna kata atau frasa, berikan kata sinonim yang lain. Bagi puisi moden atau tradisional - apabila anda menjawab, sila gunakan bahasa prosa moden. Gunakan ayat anda sendiri. Jangan cedok bulat-bulat ayat pantun, seloka atau sajak itu. Berikan maksud mengikut pemahaman anda (sebagaimana yang anda telah pelajari). Begitu juga dengan prosa tradisional. Guna ayat sediri iaitu bahasa moden. (jangan pula guna bahasa sms - parah)
Soalan kedua biasanya soalan kbkk. Jawaban bagi soalan ini hendaklah daripada calon sendiri @ pendapat calon. Sekiranya calon menuliskan isi-isi atau perkara-perkara yang yang ada dalam petikan, markah 0 akan diberikan. [tak jawab soalan- anda didenda]. Namun demikian, jawaban bagi soalan ini hendaklah berkaitan dengan topik, jangan suka-suka hati nak beri pendapat sendiri tetapi tak ada kaitan.
Sekiranya soalan yang ditanyakan itu wajar atau tidak, anda harus bijak. Walaupun anda boleh memilih sama ada wajar atau tidak, tetapi anda haruslah bijak memilih yang mana lebih baik, yang sepatutnya, dan yang mudah untuk ditanda oleh pemeriksa atau yang pemeriksa selesa. (ini pendapat saya sahaja)
Pastikan anda memberikan pendapat yang dihuraikan. Kalau boleh berikan beberapa pendapat. Tulis lebih tak apa asal tatabahasa terpelihara. Saya selalu bercakap kepada pelajar-pelajar saya bahawa kalau seseorang itu mahu mandapat A dalam BM, dia hendaklah rajin menulis, menulis dan menulis. Jangan lupa, serlahkan kematangan anda dalam huraian pendapat anda itu.
Soalan ketiga biasanya berkaitan dengan unsur komsas. Dalam prosa tradisional, jarang ada soalan aspek komsas. Tahun ini tak tahulah.
Aspek Komsas yang biasa ditanyakan ialah tema, persoalan, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, nilai dan sebagainya sebagaimana yang anda telah pelajari. Kadang-kadang ada soalan begini:
Jelaskan 2 nilai berdasarkan petikan dan dua nilai berdasarkan keseluruhan cerpen. Bagaimana nak jawab? Dua nilai daripada petikan ialah nilai kasih sayang dan tabah. Mama Zel amat menyayagi Zel dan memberikan hadiah sebuah komputer bersempena hari lahirnya. Mama Zel tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup sebagai ibu tunggal yang perlu mencari sara hidup sendiri manakala dua nilai daripada keseluruhan cerpen pula ialah nilai tekun dan nilai yakin diri. (kemudian berikan contoh kedua-dua nilai tersebut).
Nampak macam panjang kan? Tapi tak apa, lebih baik bagi lebih daripada beri kurang. Objektif kita ialah untuk mendapatkan markah yang diperuntukkan itu.
Jangan keliru antara nilai dan persolan kerana kadang-kadang ada nilai yang juga merupakan persoalan. yang pentingnya bagaimana anda menuliskan nilai itu sebagai persoalan. Contoh: kasih sayang ialah nilai, bagaimanakah kasih sayang menjadi persoalan? Salah satu caranya ialah dengan meletakkan perkataan persoalan di hadapan kasih sayang >>> persoalan kasih sayang atau tambahkan perkataan lain contoh antara keluarga. Persoalan kasih sayang antara ibu dan anak dsb. Yang pentingnya, apabila anda menjawab soalan persoalan, jangan sesekali samakan persoalan dengan nilai kerana pemeriksa akan keliru untuk memberikan anda markah. Jangan kelirukan pemeriksa.
Apa lagi ya? Oh ya, jangan seronok sangat menulis hingga anda mengabaikan masa. Rancang masa anda dengan baik dan jawab semua soalan. Saya doakan anda semua akan berjaya dengan cemerlang dalam SPM khususnya dalam BM. Malam ini tidurlah dengan lena selepas berdoa semoga kerja keras anda selama ini akan membuahkan hasil yang cemerlang. Esok, bangun dengan segar dan penuh semangat dan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan hak anda

Sunday, April 5, 2009

Perlawanan Ragbi Persahabatan

Pasukan Ragbi KSAH bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun akan menyiapkan diri bagi menghadapi kejohanan ragbi premier musim 2009. Untuk itu antara persiapan awal ialah mengadakan pertandingan persahabatan dengan pasukan ragbi SAINA pada hari Rabu 8 April 2009 di SAINA.

Outing yang kedua bagi pasukan bawah 16 ialah pertandingan ragbi 4 penjuru yang akan diadakan di SM Teknik jalan satdium yang akan melibatkan 4 pasukan iaitu pasukan ragbi SMKDSO, KSAH, SAINA dan TEKNIK. Melalui perlawanan-perlawanan ini akan mendedehkan pasukan bawah 16 tahun.

Outing yang ketiga ialah kejohanan ragbi jemputan Piala Ketua Polis Perlis pada 9 dan 10 Mei di kangar.

selamat maju jaya

Mesyuarat Agung PIBG KSAH Kali Ke-33

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 telah berlangsung pada 26 mac 2009 di Dewan Iskandar. Saya bagi pihak PIBG ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua waris yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Kesempatan ini juga saya ambil untuk mengucapakan terima kasih kepada semua guru KSAH atas kerjasama menjayakan mesyuarat agung kali ini. Semua kita akan terus berganding bahu demi anak didik KSAH.

Senarai AJK PIBG 2008-2010

Yang Dipertua - Tn Hj Mohd Fakharuddin b Abdullah
Naib Yang Dipertua - En Azizan b Pakwanteh
Setiausaha - En Anas b Ishak
Pn Setiausaha - Pn Aidayati bt Abdullah
Bendahari - Tn Hj Umar Bahky b Ghazali

Ajk Waris - En Asri b Abdul
- Tn Hj Ismail b Mustafa
- En Azhar b Md Hashim
- Pn Azizah bt Mohd Ali
- YM Tunku Munirah bt Tunku Mukhtar
Ajk Guru - En Zulkifli b Mahamadan
- En Segaran a/l Kunjuraman
- En Azhar b Md Arshad
- Pn Hjh Anisah bt Omar
Juruodit - En Koay Kheng Kooi
- YM Tengku Zaidah bt Tengku Rodzi

Selamat Datang

Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pelajar IT 4 Alfa KSAH kerana membantu saya untuk menyiapkan blog ini, isyallah blog ini saya akan gunakan untuk kebaikan semua pelajar kolej. Melalui blog ini juga saya akan memuat turunkan segala bahan pengajaran dan pembelajaran dan blog ini juga akan saya gunakan untuk prkembangan pasukan ragbi dan juga PIBG KSAH.
Kepada yang ingin berkenalan sila layari blog ini

Terima kasih.