Thursday, June 4, 2009

Latihan Cuti: Latihan Analisis Kesalahan Bahasa Tingkatan Pra U 2 Sigma


Cuba buat latihan di bawah ini
Latihan 1

Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.
[15 markah ]

Kerajaan kita sentiasa berusaha untuk membantu rakyat yang miskin di negara ini. Di antara usaha yang dilaksanakan ialah menyediakan peluang pekerjaan yang banyak di luar bandar. Melalui langkah tersebut dapat menjamin penduduk memperolehi pendapatan. Bila ada pendapatan, mereka dapat menumpukan dengan lebih banyak lagi perhatian kepada usaha menjaga kesihatan diri dan keluarga. Walaubagaimanapun, usaha ini mestilah mendapat sambutan dari golongan yang miskin itu sendiri. Berjaya atau gagalnya usaha tersebut amat bergantung kepada kerjasama yang mereka berikan. Tegasnya, kejayaan usaha tersebut tidak hanya bergantung kepada kerajaan sahaja.

Latihan 2

Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.
[15 markah ]

Dalam isu Maybank, ia menegaskan bahawa pemilihan firma guaman terus dibuat berasaskan merit dan kenyataan itu seharusnya membantu melenyapkan sebarang kontroversi berpanjangan. Kita sedar ada pihak juga mahu kerajaan mempertahankan tindakan Maybank mengenakan syarat pemilikan 50 peratus kepentingan Bumiputera dalam firma guaman yang mahu menjadi panel bank terbabit, dengan alasan ia selari dengan dasar kerajaan untuk mengagihkan secara adil kekayaan negara, khususnya kepada kaum Bumiputera yang masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi berbanding kaum lain. Kita harus menerima hakikat mengenai semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) masih wujud dan diperlukan selagi kemiskinan antara kaum belum seimbang.

Latihan 3

Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.
[15 markah ]

Cadangan untuk mengharamkan iklan makanan segera merupakan tindakan yang drastik, namun kami kurang pasti sama ada ia berkesan atau tidak. Ini kerana, mengharamkan iklan tidak akan memberhentikan pengguna daripada mengambil makanan segera, sebab makanan segera telah lama bertapak di Malaysia dan menjadi sebahagian makanan harian. Bagi saya, jalan penyelesaiannya ialah melalui pendidikan. Kita perlu beritahu kepada pengguna apa sebenarnya makanan segera dan kandungan yang terdapat dalam makanan segera iaitu komposisi nutrient. Setelah pengguna mendapat semua maklumat yang penting mengenai makanan segera, terpulanglah kepada pengguna untuk membuat pilihan yang bijak. Kita tidak perlu mengharamkan iklan kerana ia bukan tindakan yang baik. Contohnya iklan rokok dan arak telah diharamkan tetapi masih ramai yang menghisap rokok walaupun sudah tahu keburukannya.

Latihan 4

Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.
[15 markah ]

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat prihatin sangat dengan kenaikan mendadak harga cili merah yang dijual disekitar pasar Pulau Pinang. Tinjauan CAP ke pasar yang dilakukan pada 9 Mei lalu menunjukkan harga cili merah tempatan meningkat dari RM7 kepada RM15 sekilogram. Peningkatan ini adalah lebih daripada 100 peratus sejak seminggu lalu dan telah menyebabkan kekurangan yang besar di pasaran. Pemborong mempersalahkan penuaian hasil cili merah yang rendah di kawasan terbabit menyebabkan harganya meningkat 100 peratus. Aduan biasa yang diterima dari surirumah ialah harga tiga biji cili adalah kira-kira RM1.50 yang lebih mahal berbanding nasi lemak. CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyiasat bekalan dan harga cili. Bekalan cili perlu ditingkat dan mengurangkan harganya.

Latihan Tatabahasa Tingkatan 4 Alfa

Baca dan cuba buat latihan di bawah dalam buku tatabahasa


a)cakap Ajuk kepada cakap pindah

i) "Kau buat apa semalam Amrin?" tanya Lim.
ii) "Pak Ali jangan mencabar saya," tegas Pak Dol.
iii) "Apa, kau ingat aku ni kuli engkau ke?" marah Osman kepada Jidin.


Kesalahan ejaan dan imbuhan
a)
i) Sejumlah RM10 juta akan dibelanjakan untuk mebina saluran paip di seluroh negara berikutan masalah bekalan air yang semakin meruncing.
ii) Kadar temiskin negara semakin menurun setelah pelbagai program dijalankan olih pihak kerajaan.
iii) Nenas merupakan hasil pertanian negara yang penting kerana telah menyumbang sejumlah pendapat kepada negara.


b)
i) Rumahtangga yang porak-peranda akan memberikan kesan buruk kepada anak-anak.
ii) Jabatan Pertanian Selangor telah mempromosikan minuman jus bunga raya sempena menyambut Hari Peladang seMalaysia.
iii) Pelajar-pelajar hari ini begitu menekan untuk mencapai keputusan cermelang bagi memenuhi impian ibu bapa mereka


c)
i) Anika juadah telah disediakan oleh pemaju itu untuk menarik orang ramai datang melihat rumah contoh dan keistimewaan rumah-rumah yang akan dibinakan oleh mereka.
ii) Sering kali menjelang Hari raya Aidilfitri ada sahaja kanak-kanak dimasuk ke hospital akibat kemalangan bermain mercon.
iii) Ibubapa digalak membawa anak-anak melawat saudara mara supaya hubungan silaturahim mereka tidak putus.


Pisahkan ayat di bawah menjadi enam ayat tunggal

a) Industri desa dijalankan di desa, menggunakan bahan-bahan semula jadi tempatan dan menggunakan kemahiran tradisional. Industri desa dapat menambahkan pendapatan penduduk desa dan mengurangkan pengangguran di desa kerana wujud pelbagai peluang pekerjaan berkaitannya.
b) Iklan memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran kepada pengguna dan memberitahu tentang adanya barangan dan perkhidmatan tertentu di pasaran serta mempengaruhi pengguna supaya membelanjakan wang mereka untuk memberi barangan yang dijual.

Wednesday, June 3, 2009

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM

Pra U 1 Sigma

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Pengetahuan Tentang Bahasa Melayu dan Kecekapan Berbahasa.

Tajuk-tajuk dalam kedua-dua bahagaian itu adalah seperti mana skema berikut:

KERTAS 1 (910 / 1 )
v Kertas satu mengandungi 60 soalan aneka pilihan yang meramkumi pemahaman , sejarah dan perkembangan Bahasa Melayu, dinamka Bahasa Melayu dan sistem Bahasa Melayu
v Masa yang diperuntukan untuk kertasa inilah dua jam ( 2 jam )
v Markah yang diperuntukan ialah 1 markah bagi setiap soalan.


Pengetahuan Tentang Bahasa Melayu

Tajuk 1: Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu
Asal Usul Bahasa Melayu (Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Moden) (latihan 1)
Unsur Asing dalam Bahasa Melayu (latihan 1)
Tajuk 2: Dinamika Bahasa Melayu
Variasi Bahasa Melayu (latihan 1)
Laras Bahasa (latihan 1)
Wacana (latihan 1)
Retorik (latihan 1)
Kesantunan Berbahasa (latihan 1)

Tajuk 3: Sistem Bahasa Melayu
Fonologi (latihan 1)
Tatabahasa (morfologi dan Sintaksis) (latihan 1)
Semantik (latihan 1)

KERTAS 2 ( 910 / 2 )

v Kertas ini mengandungi empat Bahagian , iaitu Bahagian A, B, C dan D
v Calon dikehendaki menjawab 1 soalan daripada setiap bahagian
v Masa untuk menjawab ialah tiga jam.

Kecekapan Berbahasa

Bahagian A

Tajuk 1: Karangan (latihan 1)
v Peruntukan markah - 50 markah
v pilih satu daripada 4 tajuk yang diberi
v panjang karangan ialah antara 650 hingga 700 patah perkataan

Tajuk 2: Rumusan (latihan 1)
v peruntukan markah - 20 markah
v merumus petikan yang panjangnya antara 450 hingga 500 patah perkataan
v rumusan hendaklah tidak lebih daripada 3 perenggan dan panjangnya antara 170 - 180 patah perkataan

Tajuk 3: Alih Bentuk Teks (latihan 1)
v peruntukan markah - 15 markah
v 2 teks dikemukan pilih Satu
v panjang teks yang dikemukan antara 120 - 150 patah perkataan


Tajuk 4: Analisis Kesalahan Bahasa (latihan 1)
v peruntukan markah - 15 markah
v satu petikan yang mengandungi kesalahan bahasa akan dikemukakan
v kenal pasti kesalahan bahasa, nyatakan sebab-sebab dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut.

Tajuk 5: Pemahaman (latihan 1)


Ehsan daripada Portal Pendididkan Utusan