Tuesday, May 26, 2009

SOALAN RUMUSAN - STRATEGI MENJAWAB

BAHASA MELAYU
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
KOD 1103/2
KERTAS 2

SOALAN 1: Rumusan
(30 markah)


STRATEGI MERUMUS KARANGAN

PETIKAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semngat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan petolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.

Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.

Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan
Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,
Utusan Malaysia, Jun 2003)

A: STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT

STRATEGI 1:

Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi sekurang-kurangnya 2 kali,
- Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran keseluruhan petikan.
(masa dicadangkan 2 minit)
- Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman.
(masa dicadangkan 5 minit)

STRATEGI 2:

Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan gariskan
perkataan-perkataan tersebut.
Fokus 1 = Isi tersurat
Fokus 2 = Isi tersirat

Sebagai contoh dalam petikan contoh 1 Fokus 1 iaitu faedah-faedah hidup berjiran merupakan fokus untuk isi tersurat manakala Fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan pula merupakan fokus untuk isi tersirat.

CONTOH 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang
faedah-faedah hidup berjiran [ISI TERSURAT] dan cara-cara memupuk
semangat kejiranan. [ISI TERSIRAT] Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.


STRATEGI 3:

Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemamtapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam (menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni). [ISI 1]


Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling (mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana) [ISI 2]. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. (Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan (memberikan manfaat yang besar kepada kita) [ISI 3]. Hal ini kerana (mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama).[ISI 3-PILIHAN 2] Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu (mampu menjamin keselamatan setempat) [ISI 4] daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.

Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

(Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah) [ISI 5] dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama jiran. (Gejala sosial) seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah (dapat dibendung) [ISI 6] jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya (dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat).[ISI 7] Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.


Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. (Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran). [ISI 8] Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya (memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka). [ISI 9] Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.


Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam (menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara) [ISI 10] Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.


STRATEGI 4:

Senaraikan Fokus 1 (isi-isi tersurat) yang terdapat dalam petikan tersebut dan
kira jumlah perkataannya.

Isi-isi Tersurat : faedah-faedah hidup berjiran

- Dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni [ 8 ]
- Mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. [ 8 ]
- Jiran yang berbeza latar belakang memberikan manfaat yang besar kepada
kita. [ 11 ]
Atau
- Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka [ 8 ]
- Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ]
- Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat. [ 9 ]
- Gejala sosial dapat dibendung. [4 ]
- Dapat menjana program yang menyumbang kabijakan kepada masyarakat
setempat. [ 9 ]
- Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ]
- Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan
perkongsian pintar sesama mereka. [ 11 ]
- Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. [ 6 ]


STRATEGI 5:

Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan yang lengkap.

PERINGATAN:
- Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlu
memasukkan kesemua isi kerana jumlah perkataan yang agak terhad.
Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk fokus 1 ialah 60 – 65 patah
perkataan.
- Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalam ayat pertama
perenggan isi tersurat.

CONTOH:

Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, dapat membendung gejala sosial serta melahirkan perpaduan sesama jiran.
[ 46 patah perkataan ]



B : STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT

STRATEGI:

- Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam
petikan yang diberikan. Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah: cara-cara
memupuk semangat kejiranan.
- Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan
isi tersurat dan Fokus 2 dalam arahan soalan.
- Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi
tersirat.
- Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan
isi tersirat.


STRATEGI 1:

Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkan fokus 2 iaitu cara-cara
memupuk semangat kejiranan.

CONTOH :

- Mengadakan majlis gotong royong / aktiviti kemasyarakatan / bersedia
memberi pertolongan / tolong menolong [ konsep: bekerjasama ]

- Mengadakan rumah terbuka / majlis keraian / ziarah menziarahi / perihatin
atau ambil berat hal ehwal jiran / bertanya kabar / pelihara hubungan
kejiranan / bertegur sapa / saling mengenali [ konsep : Interaksi tidak formal ]

- Membuat rondaan bersama pada waktu malam / rukun tetangga.

- Mengadakan tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan / tabung khairat.

- Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan sektor rukun
tetangga / persatuan belia / JKKK [ Konsep : Interaksi formal ]

- Mengadakan hari keluarga / sukaneka / riadah / pertandingan

- Mengikis sikap negatif dalam diri individu / jangan mementingkan diri / tidak
sombong / berbaik sangka dengan jiran .


STRATEGI 2:

Membina perenggan isi tersirat.

CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT

Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan.
[ 23 patah perkataan ]



C : STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN

STRATEGI :

- Fahami maksud keseluruhan petikan yang diberikan.
- Kenal pasti Fokus 1 petikan tersebut kerana berdasarkan Fokus 1 itulah
penfahuluan rumusan karangan dapat kita hasilkan.
- Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang anda bina itu
menjadi ayat anda sendiri.
- Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.
- Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan membincangkan /
membicarakan …….


CONTOH PENDAHULUAN:

Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran

Pendahuluan:

Petikan membincangkan peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat di
negara kita.

atau

Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat / hidup
berjiran dalam masyarakat


D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN

- Kaji semula fokus soalan sama ada Fokus 1 dan Fokus 2.
- Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan tersebut.
- Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda terhadap fokus tersebut
berserta kesan atau akibat cadangan / harapan tersebut.
- Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan / harapan dengan kesan
atau akibat cadangan dengan menggunakan kata hubung, ‘agar, supaya,
demi’.
- Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang menunjukkan
bahawa ayat tersebut merupakan ayat kesimpulan.
- Contoh : Kesimpulannya, ….Justeru, …

CONTOH KESIMPULAN:

Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang
sejahtera dapat diwujudkan

Atau

Justeru, semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab mereka dalam
masyarakat dengan berkesan agar sebuah komuniti yang sejahtera dapat
diwujudkan.



CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAP

Petikan membincangkan kebaikan hidup berjiran dalan sesebuah masyarakat.

Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, serta dapat membendung gejala sosial dan melahirkan perpaduan sesama jiran. Hidup berjiran juga dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan.

Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan.
[ 100 patah perkataan]



©2009 Zainudin bin Dirin
Sumber : http://www.cemerlangbm.com/spm_kertas2_1.html

Rumusan ( tip mudah menjawab soalan rumusan )


Jawab soalan ini dulu kerana inilah lubuk markah.

Saya cadangkan 10 patah kata untuk pendahuluan, 70 kata untuk isi tersurat, 25 patah kata untuk isi tersirat dan 15 patah kata untuk kesimpulan. Rancang perenggan anda dengan teliti.

Untuk pendahuluan, sila semak kata-kata sinonim untuk faktor, kepentingan, kesan dan sebagainya. Apakah makna perkataan ini? Natijah, kekangan, kemaslahatan, manfaat, gejala, strategi, . Sila cari makna yang tepat daripada kamus dewan.

Mulakan isi tersurat dengan (rujuk soalan, katakanlah faktor) Salah satu faktor keracunan makanan ialah (isi pertama). Selain itu, (isi ke-2), Seterusnya, (isi ketiga), Seperkara lagi, (isi ke-4), malahan (isi ke-5). Di samping itu(isi ke-6) dan juga, (isi ketujuh). Justeru bukan penanda wacana.

Kalau isi tersurat dah tulis 6, kira jumlah kata. Kalau baru 60, boleh tambah satu isi lagi. Kalau sudah 65 ke atas, semak semula kalau-kalau ada perkataan yang tak perlu untuk dibuang dan boleh tambah satu isi lagi. Kalau tidak, ada teruskan saja ke perenggan seterusnya iaitu menuliskan isi tersirat.

Mulakan isi tersirat dengan menuliskan kembali soalan untuk isi tersirat. contohnya usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan. Contoh: usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan ialah (isi 1) dan (isi 2). Kalau belum cukup 25 patah kata, boleh tambah isi. Selain itu, (isi 3).

Kesimpulan hendaklah satu ayat sahaja yang terdiri daripada 2 unsur. Unsur pertama ialah cadangan anda iaitu apa/siapa yang patut melakukan sesuatu. Unsur kedua ialah mengapa cadangan itu patut dilaksanakan/kesan daripada cadangan itu. Contoh: Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengelakkan keracunan makanan (unsur pertama) agar keselamatan awam terjamin. (unsur kedua).

Kira balik jumlah perkataan dan kalau sudah berpuas hati, tuliskan jumlah perkataan yang benar di bawah rumusan anda.

Ingat, di samping itu dikira 2 perkataan. (di dan ke tidak dikira) Nama khas, walau panjang mana sekalipun dikira 1 perkataan dan kata ganda juga 1 perkataan.
Sumber: http://cikguliz.blogspot.com/search/label/SPM
Tugasan Karangan Untuk Pelajar 4 Alfa
1. Pilih 2 tajuk karangan di bawah dan tulis dalam buku karangan
2. Hantar kepada saya selepas cuti persekolahan
POIN-POIN RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN A & B

Berikut ialah beberapa poin ringkas yang dicatat hasil pembacaan melalui akhbar dan majalah.
Poin-poin yang tercatat boleh anda jadikan panduan untuk menghasilkan karangan Bahagian A Peringkat Cemerlang (26-30 markah ) dan Bahagian B Peringkat Cemerlang (80-100 markah )

Anda boleh menghasilkan poin-poin ringkas anda sendiri.

1. KEPENTINGAN NILAI MURNI

§ Masyarakat yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna dalam usaha memajukan negara agar mencapai kemakmuran dan kemajuan yang pesat
§ Individu dan masyarakat yang mempunyai nilai murni akan mempunyai budi pekerti yang mulia dan akan dihormati oleh orang lain.
§ Pelbagai gejala sosial yang kurang baik dapat dibanteras dan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan harmonis.
§ Imej negara di kaca mata dunia akan tinggi dan rakyat negara ini dikagumi oleh pelancong asing/ masyarakat dunia.
§ Individu yang mempunyai nilai murni akan dapat membuat pertimbangan secara rasional dalam menyelesaikan masalah



2. USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI BUAH-BUAHAN TEMPATAN

§ Memperkenalkan teknik penanaman moden dan teknologi yang baru dalam industri buah-buahan.
§ Menggiatkan kempen menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan.
§ Mempelbagai dan memperluas pasaran buah-buahan tempatan di luar negara.
§ Memperluas kawasan penanaman buah-buahan tempatan sebagai tanaman keempat terpenting selepas getah, kelapa sawit dan koko.
§ Memperkenalkan skim galakan dan memberi khidmat nasihat kepada pengusaha yang mengusahakan penanaman buah-buahan tempatan .



3. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERTANIAN TRADISIONAL
Kebaikan
§ Mengekalkan tradisi bergotong-royong yang diwarisi sejak turun-temurun (menanam, membersihkan sawah lading, menuai, dll).
§ Tidak memerlukan kos dan modal yang tinggi – proses penanaman dan tuaian
§ secara manual.
§ Mewujudkan suasana mesra dalam kalangan pengusaha.
§ Hasil pertanian tidak dicemari bahan kimia seperti racun serangga.
§ Menghasilkan pelbagai hasil pertanian seperti pisang, ubi kayu, ubi keledek , dll mengikut keperluan pengusahanya.
Keburukan
§ Memberi kesan negatif kepada kualiti alam sekitar (terutama pertanian pindah) kerana menyebabkan penerokaan hutan dan menyebabkan kehilangan kayu balak yang berharga.
§ Menyebabkan kawasan tanah terdedah dan penimbulkan masalah hakisan tanah.
§ Memerlukan masa yang lama untuk mengusahakan sesuatu kawasan kerana menggunakan peralatan lama/tradisional.
§ Tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan kerana pengeluaran hasil yang terhad.
§ Mewujudkan golongan petani yang kurang kreatif dan sukar untuk menerima perubahan.


4. KEBURUKAN PEMBALAKAN YANG TIDAK TERKAWAL

§ Kawasan hutan yang menjadi khazanah negara ( tempat pelbagai spesies tumbuhan dan habitat haiwan) musnah.
§ Spesies haiwan dan tumbuhan pupus.
§ Pembalakan menyebabkan kawasan tadahan air negara terjejas.
§ Pembalakan menyebabkan masalah tanah runtuh dan banjir kilat. Cth : pembalakan di Hulu Kelang menyebabkan tanah runtuh – tragedi Highland Towers).
§ Pembalakan yang tidak terkawal menjejaskan ekonomi negara. (bekalan kayu balak terhad)
§ Pembalakan yang berleluasa menyebabkan peningkatan suhu / udara semakin panas kerana kekurangan oksigen daripada tumbuh-tumbuhan.
§ Potensi sektor pelancongan melalui hutan dan kawasan rekreasi seperti air terjun terjejas.


5. PERANAN LEBUH RAYA

§ Lebuh raya dapat memendekkan masa perjalanan. (perjalanan tidak terganggu oleh lampu isyarat)
§ Lebuh raya dapat mengurangkan kos penggunaan petrol
§ Lebuh raya menyediakan perjalanan yang selesa kepada pengguna – jalan sehala, tempat rehat dan solat serta lain-lain.
§ Lebuh raya memudahkan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi – susur keluar disediakan untuk ke setiap bandar di setiap negeri).
§ Lebuh raya memperkembang ekonomi – menyingkatkan masa pengangkutan untuk pemasaran barang-barang perkilangan ke bandar-bandar utama. Cth : dari Bayan Lepas ke Kuala Lumpur.
§ Pembinaan lebuh raya juga membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas
§ Potensi sektor pelancongan kawasan rekreasi seperti air terjun ditingkatkan dengan adanya kemudahan perhubungan.


6. TABIAT PENGGUNA DI MALAYSIA

§ Hampir 70% bahan makanan dibeli secara mendadak atau tanpa sebarang perancangan.
§ Hampir 60% membeli-belah di sebuah pasar raya sahaja, 30% lebih daripada dua pasar raya dan bakinya mempunyai fikiran terbuka tentang kekerapan untuk ke kedai.
§ Hampir 40% pengguna membeli-belah hanya sekali seminggu, 20% dua kali seminggu, dan bakinya paling kurang, tiga kali seminggu mereka membeli-belah.
§ Hampir 95% pengguna Malaysia terlibat dalam belian mendesak. Kurang daripada 20% pengguna menggunakan dan menyediakan senarai belian sebelum membeli.
§ Terdapat perkembangan pengguna suka mengunjungi gedung membeli-belah daripada kedai runcit.
§ Pengguna selalunya berbelanja dalam minggu pertama selepas menerima gaji.
§ Pengguna biasanya membayar bil-bil yang diterima terlebih dahulu sebelum pergi membeli-belah.
§ Pengguna yang mempunyai kad kredit didapati berbelanja tiga kali ganda lebih banyak daripada mereka yang tidak memilikinya.
§ Pengguna lebih cenderung membeli melalui bayaran mudah atau ansuran daripada tunai. Dan, mereka jarang mempertimbangkan kos membeli dengan cara seperti ini.
§ Tidak ramai pengguna yang membaca label barangan yang hendak dibeli terlebih dahulu sebelum membelinya


7. POTENSI MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN


§ Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan.
§ Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi seperti hotel bertaraf lima bintang padang golf, pusat membeli-belah dan penukar wang asing.
§ Ketersampaian iaitu kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya, keretapi, jalan laut,, lapangan terbang dan pelabuhan
§ Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.
§ Peranan agensi seperti Tourism Malaysia/ Perbadanan Kemajuan Negeri
§ Peranan kerajaan seperti memperkenalkan iinsentif cukai dan mengadakan persidangan antarabangsa
§ Kerjasama serantau seperti Tahun Melawat ASEAN
§ Tahun Melawat Malaysia 2007
§ Kedudukan yang strategik dilaluan perdagangan timur-barat
§ Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet oleh pelabur tempatan dan pelabur asing
§ Kebudayaan tempatan yang kaya dengan seni dan pelbagai perayaan termasuk Citrawarna.
§ Harga barangan yang murah dan dikecualikan cukai untuk menarik pelancong
§ Keselamatan terjamin lantas pelancong berasa selamat.


8. CIRI-CIRI SEKOLAH YANG BERJAYA


§ Kepemimpinan pengetua dan jawatankuasa pengurusan yang dinamis dan berkesan
§ Guru dan kakitangan amanah,ikhlas, memiliki sifat kecindan dan tidak mementingkan diri sendiri.
§ Keadaan fizikal dan mental yang sihat ahli-ahli dalam komuniti sekolah
§ Kemahiran berkomunikasi oleh semua warga sekolah
§ Kebolehan pengurusan sekolah menganalisis masalah
§ Kebolehan pengurusan sekolah membuat keputusan
§ Keterampilan pemimpin pelajar
§ Pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sistematik
§ Pengurusan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang tersusun
§ Visi dan misi yang dinyatakan kepada semua warga sekolah dengan jelas
§ Keceriaan sekolah diberi keutamaan
§ Fokus ke arah pembinaan sahsiah dan peribadi pelajar


9. KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN


§ Menjanjikan pulangan lumayan kepada petani
§ Menjadi wahana dalam usaha merapatkan jurang pendapatan antara penduduk desa dan bandar.
§ Mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada negara asing untuk mendapatkan bekalan makanan
§ Meningkatkan eksport barangan makanan
§ Sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara
§ Menyediakan banyak peluang pekerjaan yang berkaitan dengan sektor ini
§ Meningkatkan dan meluaskan penggunaan bioteknologi
§ Menjadikan pengurusan persatuan-persatuan nelayan kawasan (PNK) dan pertubuhan peladang kawasan (PPK) ditadbir secara lebih sistematik
§ Menggalakkan petani dan penternak mempraktikkan amalan pertanian yang baik
§ Meningkatkan aplikasi teknologi moden
§ Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D)


10. PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA


§ Satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamat untuk membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda
§ Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
§ Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni
§ Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja
§ Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum
§ Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga
§ Tidak mengikut mana-mana model dari luar
§ Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003
§ Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
§ Pelaksanaan sejak tahun 2004.
§ Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama.
§ Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan
§ Latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan, disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan
§ Modul Kenegaraan ialah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluas pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan para peserta program terhadap negara
§ Modul Pembinaan Karakter ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negara.


11. PEMBANGUNAN MESRA ALAM

§ Pembangunan yang seimbang antara pelaksanaan teknologi pembinaan dan alam semula jadi yang membolehkan kesesuaian habitat-habitat lain untuk hidup. (pengekalan ekosistem)
§ Mengekalkan kualiti air mengikut piawaian yang ditetapkan
§ Mengawal selia semua pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan swasta
§ Pelan kerja tanah dan saliran, serta pelan bangunan dengan mempraktikkan MSMA (Manual Saliran Mesra Alam) yang diluluskan dan dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri mulai 1 April 2001.
§ Melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir
§ Projek Penghijauan dan pengindahan sepanjang rizab sungai
§ Penyelenggaraan secara berterusan dengan membersihkan sampah sarap dan mengelakkan bahan cemaran toksid
§ Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat untuk menghargai sungai.
§ Pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya di samping berusaha untuk terus maju.
§ Menyediakan tapak perindustrian dengan kemudahan loji rawatan bahan cemar udara, air sisa industri dan sisa toksik mengikut peruntukan undang-undang.



12. KEPENTINGAN MENGUTAMAKAN KELUARGA


§ Keluarga menjadi asas membentuk zuriat dan keturunan yang bertamadun.
§ Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
§ Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni
§ Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja
§ Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum
§ Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga
§ Tidak mengikut mana-mana model dari luar
§ Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003
§ Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
§ Pelaksanaan sejak tahun 2004.
§ Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama.
§ Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan
§ Latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan, disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan
Selamat bercuti dan selamat mengarang
cikgu Anas

PENANDA WACANA

Bahagian 2

i) Penanda permulaan karangan

a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,e) Pada masa ini,
f) Kini,g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu
,j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu

a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan

a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan

a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti


v) Penanda menghuraikan contoh

a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi

a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

Contoh:Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup

a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa

a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ...........
.f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa .......

Sumber:
http://mindasasterabahasa.blogspot.com/search/label/Penanda%20W

PENANDA WACANA

Bahagian 1

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN
· Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …
· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….
· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …
PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN
· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….
· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN
· Kita dapat menyaksikan betapa…
· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
· Lazimnya, dalam keadaan …
· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
· Pada hemat saya …
· Pada pandangan saya …
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
· Sebagaimana yang kita ketahui· Sebagaimana yang kita maklumi
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini
· Selain itu, pada masa ini juga
· Seperti yang telah dinyatakan
· Umum mengetahui bahawa
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas
PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN
· Bagi sesetengah orang …
· Begitu juga dengan …
· Begitu juga halnya dengan …
· Bertitik tolak daripada itu …
· Bukan itu sahaja …
· Dalam hal ini …
· Dalam konteks ini ..
· Dalam zaman yang serba canggih ini …
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Dengan adanya …· Dengan berbuat demikian …
· Dengan perkataan lain ..· Disebabkan hal itu
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan
· Hal ini penting dalam
· Hal ini serupa dengan
· Hal yang serupa berlaku apabila
· Ini disebabkan· Ini membuktikan bahawa
· Ini menggambarkan bahawa
· Ini secara tidak langsung akan
· Ini semua meninggalkan kesan kerana
· Ini tentu sekali membuatkan
· Jadi kita perlu· Jadi kita hendaklah
· Keadaan ini tentunya
· Lantaran itu sehingga kini
· Kesemua ini menyumbang kepada
· Kita mengakui hakikat bahawa
· Kita sering menonton di kaca televisyen
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar
· Memandangkan keadaan yang sedemikian
· Namun sejak kebelakangan ini
· Oleh itu, bolehlah dikatakan
· Secara logiknya masa yang
· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
· Keadaan ini seharusnya boleh
· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
· Kendatipun demikian, kita masih
· Yang paling nyata ialah· Yang perlu kita pastikan ialah
PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK
Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………
PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH
· Sebagai contohnya· Biar kita lihat· Biar kita ambil contoh
· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
· Sebagai analoginya,
· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah
PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN
· Intihanya,
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
· Konklusinya,· Dengan ini diharapkan· Bukan itu sahaja
· Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …
· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama
KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN
01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77
07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18
08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Sumber:
http://mindasasterabahasa.blogspot.com/search/label/Penanda%20Wacana

Monday, May 25, 2009

Kesalahan Ejaan yang Kerap dilakukan oleh Pelajar

Dalam karangan pelajar yang saya semak, rata-rata melakukan kesalahan yang agak sama. Walau bagaimanapun, saya telah membuat satu kajian dan mendapat kesalahan tersebut berpunca daripada:
i) Kesalahan sejak sekolah rendah
ii) Tidak membaca karangan yang telah disemak oleh guru, terutamanya kesalahan ejaan.
iii) Membaca buku berbahasa Melayu yang salah sehingga mudah mempercayai dan menggunakan ejaan tersebut.
iv) Kesalahan sari kata dalam filem, drama , dan rancangan menerusi televisyen yang dibaca dan terus dipercayai.
v) guru subjek Bahasa Melayu sendiri membuat kesalahan sehingga anak murid mereka pun buat salah.
Berikut ialah kesalahan ejaan paling popular yang sering dilakukan oleh pelajar:
KESALAHAN..........................-->PEMBETULAN
i) *Kebanyakkan........................... kebanyakan
ii) *berkerjasama............................bekerjasama
iii) *kadang-kala..............................kadangkala
iv) *penyalah gunaan......................penyalahgunaan
v) * Disamping itu............................Di samping itu
vi) *kerosakkan...............................kerosakan
vii) *anti-merokok...........................antimerokok
viii) *serious...................................... serius
ix) *terguris........................................tergores
x) *seringkali .....................................sering kali
xi) *biadap.........................................biadab
xii) *television....................................televisyen
xiii) *penguatkuasa............................penguat kuasa
xiv) *dairi ............................................diari
xv) *barang kali...................................barangkali
xvi) *mengulangkaji.............................mengulang kaji
xvii) *menyosalsiasat...........................menyoal siasat
xviii) *bersatu-padu............................bersatu padu
xix) *ibu-bapa......................................ibu bapa
xx) *pasca kemerdekaan...................pascakemerdekaan

Kesimpulannya, insaflah wahai pelajarku! Janganlah membuat kesalahan kecil sebegini yang akhirnya menyusahkan adiri anda sendiri kerana setiap kesalahan ejaan dalam karangan akan ditolak markah.

Dari : Laman blog cikgu Tan CL

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BINA AYAT

1. Boleh bina ayat tunggal.
2. Boleh bina ayat majmuk.
3. Boleh bina ayat aktif.
4. Boleh bina ayat pasif.
5. Boleh bina ayat cakap ajuk tetapi perlu mematuhi peraturan tanda baca (tanda petik).
Pelajar dilarang :
1. Menambah atau menggugurkan imbuhan.
2. Jadikan perkataan diuji sebagai kata nama khas.
3. Jadikan perkataan diuji sebagai peribahasa.
4. Membina ayat yang tidak jelas/ tidak difahami maksud
Contoh soalan dan jawaban:

(i) Suka duka.
Ketika bertugas di kawasan pedalaman itu, saya terpaksa menempuh pelbagai suka duka sebelum saya berjaya membawa kejayaan untuk sekolah dan penduduk di kawasan itu. ( Ayat Majmuk )
(ii) Baik buruk.
Kejadian kesan buruk yang tidak disedari atau tidak dilaporkan akan hanya memberikan gambaran yang tidak tepat tentang baik buruk sesuatu ubat itu. ( Ayat Majmuk )

(iii) Penat lelah
Segala penat lelah beliau terbayar apabila beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan itu. ( Ayat Majmuk )

(iv) Melayari laman web
Pelajar-pelajar digalakkan supaya melayari laman web Kementerian Pngajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat tentang kemasukan ke Institsui Pengajian Tinggi Awam (IPTA). ( Ayat Majmuk )
(v) Pembangunan mesra alam
Kerajaan akan memastikan bahawa setiap pemaju perumahan mestilah mengutamakan pembangunan mesra alam untuk mengelakkan pencemaran dan kejadian tanah runtuh yang semakin berleluasa.
( Ayat Majmuk )

(vi) Semangat setia kawan
Walaupun kita terpaksa bersaing sesama sendiri untuk merebut jawatan itu, semangat setia kawan dan persahabatan perlulah dipelihara.
( Ayat Majmuk )


KESAN AYAT TIDAK GRAMATIS

Soalan 2 (a), 2(b), 2(c) dan 2(d).

Kesilapan calon ketika menjawab soalan pemahaman.
1. Isi jawaban dalam bentuk nota.
2. Ayat tidak lengkap kerana tiada subjek.

Sebab-sebab berlakunya kesilapan :
1. Pelajar degil dan cuai walaupun telah diberi ingatan.
2. Tidak belajar merancang masa untuk menjawab soalan.
3. Terikut-ikut dengan gaya penulisan dalam buku kerja pelajar.

Kesan kesilapan:
Contoh soalan 2(a)(ii) SPM 2008.

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa bukti yang menunjukkan penglibatan Malaysia dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Nyatakan bukti-bukti tersebut.KK : Nyatakan.

Jawaban contoh :
-Pembabitan Malaysia bermula pada awal tahun 1980-an.
-Melaksanakan program penghantaran angkasawan pertama ke angkasa lepas
-Pelancaran tiga buah satelit ke angkasa lepas.

Isi betul - 3
Ayat tidak gramatis
Markah : 2
Pelajar hilang 1 markah.

Contoh soalan 2(a)(ii) SPM 2008.

Jawaban contoh :- Persediaan dari segi fizikal supaya tubuh badan saya cukup sihat untuk menjalankan tugas sebagai angkasawan.

- Cari maklumat yang banyak berkaitan bidang angkasa lepas daripada internet, buku ilmiah mahu pun media massa supaya pengetahuan saya cukup mantap dalam bidang ini.

- Persediaan mental supaya sedia bersaing dan sanggup berkorban demi menjayakan tugas sebagai angkasawan.

Isi betul : 4 ( 2 isi dan 2 huraian )
Ayat tidak gramatisMarkah : 3
Pelajar hilang 1 markah.

Andaian :

Pelajar yang sama biasanya akan mengulangi setiap jawaban dengan cara memberi isi berbentuk nota ringkas. Pelajar mungkin akan kehilangan antara 6 hingga 8 markah untuk soalan 2(a) hingga 2(d) jika diandaikan pelajar ini dapat memberi isi dan huraian yang tepat tetapi ayat tidak gramatis.

Maka :
1. Jawab dalam bentuk ayat yang gramatis.
2. Ayat gramatis mempunyai subjek.
3. Subjek jawaban diperoleh daripada predikat soalan.
4. Gandingkan predikat soalan dengan isi jawaban lengkap.
5. Ayat gramatis boleh terdiri daripada ayat tunggal atau ayatmajmuk.

Sumber: http://galusbm.blogspot.

Friday, May 22, 2009

SYARAHAN: MEMUPUK MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis. Yang Arif lagi bijaksana, panel penilai dan rakan-rakan yang dihormati. Assalamualaikum dan selamat pagi.
Tajuk syarahan yang menjadi pilihan saya pada pagi ini ialah “Ke Arah Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Masyarakat”. Mengapakah saya memilih tajuk ini dan apakah yang ingin saya kupas daripada tajuk ini? Sebenarnya, beberapa hari yang lepas, saya baru selesai mengikuti jerayawara ke lima buah daerah di Johor untuk mengajar pelajar mengaplikaskan maklumat dalam karangan. Daerah terakhir yang saya kunjungi ialah daerah Pasir Gudang iaitu pada 3 Julai yang lalu. Di setiap daerah, saya akan bertanya kepada pelajar-pelajar, siapakah yang membaca surat khabar pada setiap hari? Tuan-tuan dan puan-puan tahu apakah jawapannya? Jawapannya amat mendukacitakan. Daripada lebih 100 orang peserta di setiap daerah, tidak sampai 10 orang yang membaca surat khabar pada setiap hari! Kalaupun ada yang membaca, mereka akan hanya membaca ruangan tertentu seperti ruangan sukan atau hiburan. Mereka juga tidak mengetahui nama-nama pemimpin negara apalagi isu semasa yang melanda negara. Inilah gambaran budaya membaca masyarakat kita yang sebenar. Oleh itu, tidak hairanlah jika, Perpustakaan Negara Malaysia mengumumkan bahawa purata membaca setiap rakyat Malaysia hanyalah dua buah buku setahun. Keadaan ini amat menyedihkan, tetapi itulah hakikatnya! Oleh sebab remaja hari ini merupakan pemimpin masa depan, maka usaha-usaha untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu dilakukan oleh semua pihak. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, pada hari ini saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memupuk budaya membaca dalam masyarakat.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu lebih agresif dalam menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Sebelum ini, banyak usaha dijalankan namun tahap pembacaan masyarakat masih rendah. Malahan, Kampung Buku di Langkawi yang diharapkan dapat menjadi daya tarikan untuk memupuk budaya membaca, dilaporkan terbiar dan tidak dimanfaatkan walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk membinanya. Oleh itu, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas, yang mahu menjadikan Malaysia sebagai “Negara Pembaca” perlulah disambut baik oleh semua pihak. “Negara Pembaca” yang dihasratkan ialah negara yang bukan sahaja memiliki rakyat yang suka membaca dan berasaskan ilmu pengetahuan, malahan diharapkan agar rakyat mempunyai kemampuan berterusan untuk belajar, membuat penyelidikan dan melakukan penemuan baru. Tuan-tuan dan puan-puan, dengan terealisasinya hasrat ini, maka terealisasilah juga “Dasar Buku Negara” yang berhasrat untuk menjadikan masyarakat Malaysia, bukan sahaja suka membaca malah berupaya untuk menghasilkan dan menerbitkan banyak buku yang sesuai dan berkualiti.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Selain dasar dan polisi kerajaan, prasarana yang sesuai dan mesra pengguna hendaklah dibangunkan. Kerajaan boleh membangunkan perpustakaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai dan mudah dikunjungi. Selain itu, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak juga perlu diperbanyak supaya gerakan ini dapat sampai ke seluruh ceruk rantau. Selain kerajaan, pihak swasta dan orang persendirian juga boleh membangunkan perpustakaan. Di Amerika Syarikat, lending library atau circulating library ini dibangunkan dan dijadikan sumber perniagaan, iaitu dengan menjadikannya sebagai perpustakaan pinjaman berbayar. Usaha ini telah pelopori oleh William Rind sejak tahun 1762 dan telah mendatangkan impak yang amat besar terhadap pembudayaan membaca dalam kalangan rakyat Amerika selepas itu. Oleh itu, jelas bahawa pembinaan prasarana yang banyak dan meluas, membantu masyarakat kita membudayakan membaca.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pihak swasta juga perlu memainkan peranan untuk memupuk masyarakat membaca. Selain syarikat penerbitan menerbitkan banyak judul menarik dan mengusahakan penterjemahan buku-buku yang berkualiti dari negara, media massa turut memainkan peranan yang penting. United Kingdom, merupakan sebuah negara yang sememangnya berbudaya membaca dan keadaan itu bukanlah sesuatu yang terbina dalam sekelip mata. Pada tahun 2004, mereka telah mengadakan program BigRead yang merupakan satu program untuk mencari 100 buah buku paling popular di United Kingdom. Yang terpenting ialah program ini telah dilakukan secara bersepadu oleh pihak-pihak media, seperti TV, radio, Internet dan juga usaha sama dengan beberapa buah kedai buku. Caranya mudah sahaja. TV UK, misalnya BBC 1, telah menyiarkan program yang mengulas 100 buah buku yang tersenarai pada setiap minggu. Pada masa yang sama, orang ramai akan mengundi buku-buku kegemaran mereka menerusi Internet. Toko-toko buku pula akan menjual buku yang tersenarai itu dengan melabel dan meletakkannya pada rak-rak khas yang tercetak BigRead di muka depannya. Cara ini umpama carta muzik di kaca TV kita. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, jika kita boleh menciplak banyak program tv realiti berbentuk hiburan dari negara Barat, apalah salahnya jika kita menciplak idea yang sangat membina ini? Jika semua pihak swasta menggembleng tenaga, saya yakin dan percaya, di samping mendapat keuntungan, akan terlunaslah satu daripada tanggungjawab sosial mereka kepada negara iaitu memupuk budaya membaca. Inilah yang dikatakan situasi menang-menang, tuan-tuan dan puan-puan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’. Apakah maknanya kata-kata itu, tuan-tuan dan puan-puan? Maknanya, Erasmus melebihutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan datang kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar masyarakat negara maju yang lain, membaca itu amat penting buat santapan minda. Oleh itu, sebagai langkah yang ke-4, kita perlulah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bahan bacaan. Masyarakat kita bukannya tidak mempunyai wang, mereka ada wang. Hampir setiap rumah, mempunyai radio dan televisyen, malah melanggan Astro. Bagi yang berkemampuan sedikit, mereka tidak lokek untuk berbelanja bagi memiliki produk penjagaan diri dan kesihatan, dan sebagainya. Cuma mereka tidak terbudaya untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku. Oleh itu, suatu gerakan besar-besaran perlulah dilakukan supaya, masyarakat kita, terbudaya untuk merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk pembelian buku. Diharapkan dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan masyarakat yang walaupun tidak kaya tetapi berminda kelas pertama. Sebenarnya, inilah modalnya untuk kita menjadi negara yang maju dan kaya menjelang tahun 2020 ataupun 2058 sebagaimana yang disasarkan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Akhirnya, ialah peranan ibu bapa. Bagaimana acuan begitulah kuihnya manakala melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita. Berdasarkan kajian, 80 hingga 88% ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca. Ibu bapa bukan sahaja menjadi penggalak, malah perlu menjadi suri teladan. Mereka mestilah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan tabiat membaca. Sebagai permulaan, anak-anak boleh dibacakan “bed time story” sebelum mereka tidur. Apabila usia bertambah, belikan buku-buku cerita yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik perhatian mereka. Menjelang usia remaja pula, ajaklah anak-anak berbincang tentang bahan bacaan yang dibaca oleh mereka atau yang dibaca oleh ibu bapa. Jika ini dilaksanakan, saya yakin dan percaya, anak-anak ini akan terus menghargai buku dan ilmu seterusnya merealisasikan gagasan pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama yang mampu menggegarkan dunia dengan tahap keilmuan yang tinggi.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Ini bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun! Bermakna, setiap hari, begitu banyak ilmu yang ditemukan lantaran ilmu tersebut semakin berkembang dari hari ke hari. Oleh itu, jika tidak disemaikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, kita akan ketinggalan dan menjadi masyarakat seperti katak di bawah tempurung. Bertepatan dengan bulan Julai iaitu Bulan Membaca Negara, marilah sama-sama kita menyemai budaya membaca supaya cabaran Wawasan 2020 yang ke-6 iaitu ”mewujudkan masyarakat yang maju dan progresif..” bukan fatamorgana semata-mata.Sekian, terima kasih.
Portal Pn Zanariah Abdol ( Guru Cemerlang Bahasa Melayu

Wednesday, May 20, 2009

Kejohanan Ragbi Cross Stright 2009

Kejohanan Ragbi Cross Stright 2009 akan diadakan di Melaka Bandaraya Warisan Dunia pada 30 hingg 31 Mei 2009 bersamaan hari sabtu dan ahad.
Kejohanan ini melibatkan pasukan dari Malaysia dan juga pasukan ragbi dari negara jiran Singapura.
Pasukan Ragbi KSAH akan menghantar 2 pasukan untuk bertanding dalam kejohanan kali ini iaitu pasukan bawah 13 tahun dan pasukan bawah 14 tahun.
Pasukan kini sedang giat menjalani latihan dibawah bimbingan dua orang jurulatih bekas pelajar KSAH iaitu pedu dan che puan. Latihan akan berjalan sehingga hari rabu depan dan pasukan dijangka akan bertolak ke Melaka pada hari jumaat.
Terima kasih kepada Pengetua dan Pk kokurikulum kerana merealisasikan impian pemain-pemain bawah 13 tahun dan bawah 14 tahun untuk bermain dengan pasukan dari luar negara.
Harapan agar kedua-dua pasukan akan bermain bersungguh-sungguh dan dapat menghasilkan keputusan yang membanggakan seluruh warga KSAH.
Selamat bertanding.

Sunday, May 17, 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Kepada semua pelajar 4 Alfa dan Pra U 2 Sigma

Selamat menghadapi peperiksaan pertengahan tahun 2009 semuga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Baca apa yang telah kita bincangkan semasa P & P dan gunakan panduan sepanjang P & P dan
pelajar akan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Selamat berjaya

Thursday, May 14, 2009

Penggunaan kata `dan’ dan `serta’

Banyak pengguna bahasa yang keliru tentang penggunaan kata `dan' dan `serta'. Sebenarnya, kedua-dua kata itu tidak dapat bertukar ganti dalam penggunaannnya walaupun kedua-dua kata itu ialah kata hubung gabungan.
Hal ini dikatakan demikian kerana fungsi dan maknanya berbeza.Kata `dan’ ialah kata hubung gabungan.
Dari segi fungsi, kata ini menghubungkan dua perkataan, frasa atau ayat.
Contoh:
(i) Ibu dan ayah akan ke Mekah pada tahun ini.
(ii) Saya akan mencipta lagu sekolah kita dan menulis liriknya.
(iii) Dalam majlis itu, ada orang yang menyanyi dan ada orang yang menari.
Kata `serta’ ialah kata hubung gabungan juga. Walaupun berfungsi sebagai kata yang menghubungkan kata atau frasa, namun makna yang didukungnya lebih luas daripada kata `dan’.
Dengan maksud yang lebih mudah, makna `dan` terkandung dalam kata `serta’. Lihat beberapa makna kata `serta’ seperti yang di bawah ini:
(i) dan juga atau dan:Ayat contoh:
1a. Puan Salmah merupakan guru Bahasa Melayu yang baik serta rajin.
1b.Puan Salmah merupakan guru Bahasa Melayu yang baik dan juga rajin.
1c.Puan Salmah merupakan guru Bahasa Melayu yang baik dan rajin.
(ii) bersama dengan atau dengan:
Ayat contoh:
1a.Puan Nurlina serta 40 orang murid akan melawat ke Langkawi.
1b.Puan Nurlina bersama dengan 40 orang murid akan melawat ke Langkawi.
1c.Puan Nurlina dengan 40 orang murid akan melawat ke Langkawi.
(iii) mengikut bersama sebagai teman atau sebagai pembantu; mengiringi; menemani:
1a. Beberapa orang pegawai telah serta beliau ke persidangan itu.
1b. Beberapa orang pegawai telah mengikut bersama beliau ke persidangan itu.
1c. Beberapa orang pegawai telah mengiringi beliau ke persidangan itu.
1d. Beberapa orang pegawai telah menemani beliau ke persidangan itu.
(iii) ikut atau turut bersama:
Ayat Contoh:
1a. Pada hari tersebut, saya tidak serta kerana saya telah membuat janji temu dengan doktor.
1b. Pada hari tersebut, saya tidak ikut kerana saya telah membuat janji temu dengan doktor.
1c. Pada hari tersebut, saya tidak turut bersama kerana saya telah membuat janji temu dengan doktor.Kesimpulannya, kata `dan’ dan `serta’ berbeza dan segi fungsi dan makna.
Oleh itu, kedua-dua perkataan ini tidak boleh bertukar ganti dengan sewenang-wenangnya. Walaupun kata `dan’ bermaksud serta, namun kebanyakan kata `dan’ tidak boleh digantikan dengan kata `serta’. Tegasnya, kata `serta’ bukan sahaja sebagai kata hubung gabungan, malah kata ini juga berfungsi sebagai kata lain, iaitu kata kerja dan juga kata sendi nama.
Dari : Cikgu Abd Ghalib Yunus
(Sumber: Ruangan Soal Jawab Bahasa oleh Munsyi Dewan Majalah Pelita Bahasa, Februari 2009)

Wednesday, May 13, 2009

Pendahuluan Karangan SPM dan STPM

Cara Menulis Pendahuluan Karangan dengan Menggunakan Teknik FACLK

Cikgu mendapati bahawa masih banyak anak murid cikgu yang kurang faham dan menghadapai masalah untuk menulis perenggan pendahuluan yang mantap. Jadi, kali ini cikgu akan membincangkan cara atau panduan untuk menulis pendahuluan karangan. Hal ini perlu diberi perhatian kerana terdapat juga murid yang tidak mementingkan aspek pendahuluan dalam karangan. Buktinya, ada murid yang menulis dua ayat sahaja dalam pendahuluan karangannya. Selain itu, ada juga murid yang menulis dua ayat tanya dalam perenggan pendahuluannya. Jadi, siapakah yang akan menjawab soalan tersebut? Jika perkara ini berlaku sudah pastilah markah pendahuluan akan kurang dan markah keseluruhan karangan akan terjejas terutamanya dalam peperiksaan STPM. Karangan yang baik seharusnya mempunyai pendahuluan yang diolah dengan baik dan seimbang dengan perenggan-perenggan yang lain.
Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk menulis pendahuluan karangan seperti yang terdapat dalam buku-buku panduan menulis karangan di pasaran. Ada penulis yang menyarankan pelbagai cara seperti pendahuluan jenis definisi, sejarah, berdasarkan pandangan tokoh-tokoh, dan sebagainya. Jadi, dalam paparan kali ini saya mencadangkan satu cara lagi untuk memudahkan murid berfikir dan menulis pendahuluan karangan tersebut dengan menggunakan teknik FACLK. Diharapkan teknik ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid untuk menulis pendahuluan karangan, selain teknik yang biasa digunakan oleh murid-murid sebelum ini.
Teknik FACLK (Fokus, Akibat, Contoh, Langkah, Kepentingannya)
Teknik ini memerlukan murid-murid membina ayat pertama dengan merujuk kepada fokus penyataan (F) dalam soalan. Kemudian, ayat kedua iaitu akibat (A) daripada ayat pertama tadi. Selepas itu, bina pula ayat ketiga iaitu contoh (C) yang boleh dikaitkan dengan penyataan soalan. Seterusnya, murid-murid perlu membina ayat keempat, iaitu langkah (L) dan ayat kelima ialah kepentingannya (K) berdasarkan langkah yang telah diambil tadi. Kemudian, masukkan peribahasa atau gunakan ungkapan menarik, yang dirasakan sesuai dalam mana-mana ayat pendahuluan itu tadi. Jika murid-murid dapat menulis ayat yang ada pertalian rapat antara satu ayat dengan ayat yang lain, sudah pasti pendahuluan itu menjadi satu pendahuluan yang menarik dan mantap serta menepati kehendak skema pemeriksa
Soalan Contoh 1
Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud.Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?
Perenggan Pendahuluan Contoh 1
Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. (F) Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. (A) Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. (C) Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan. (L) Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit. (K)
Soalan Contoh 2
Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi.Jelaskan kelebihan bangunan bersejarah tersebut
Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan memang banyak terdapat di negara kita yang perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. (F) Bangunan tersebut boleh dijadikan fakta sejarah yang menarik pelancong asing ke negara kita. (A) Oleh itu, Pulau Pinang dan Melaka yang telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO baru-baru ini masih banyak memiliki bangunan bersejarah seperti di Fort Cornwalis di Pulau Pinang dan Bangunan Stadhuyst di Melaka. (C) Jadi, kerajaan kedua-dua buah negeri tersebut perlulah mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah tersebut jika tidak mahu perisyhtiharan itu ditarik balik. (L) Oleh itu, langkah yang diambil oleh UNESCO itu perlu disokong kerana hal ini pasti meningkatkan imej negara. (K)
Murid-murid harus menyedari bahawa perenggan pendahuluan sama pentingnya dengan perenggan isi dan perenggan penutup. Perenggan pendahuluan juga akan memberikan gambaran atau impression awal tentang keseluruhan karangan murid-murid. Oleh hal yang demikian, cubalah berlatih untuk menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik ini. Sebenarnya, banyak cara lagi untuk menulis pendahuluan karangan dan cikgu mendangkan satu lagi teknik tambahan kepada murid-murid. Jadi, murid-murid mempunyai banyak cara yang boleh dipilih untuk menulis perenggan pendahuluan. Bagi calon-calon STPM, biasakan diri dengan menulis perenggan pendahuluan karangan yang panjangnya lebih kurang 90 hingga 100 perkataan. Bagi calon-calon SPM pula, biasakan diri dengan menulis pendahuluan karangan yang panjangnya lebih kurang 50 hingga 60 perkataan. Bagi calon-calon STPM, ingatlah bahawa markah perenggan pendahuluan sudah ditetapkan sebanyak 3 markah, dan kelemahan perenggan pendahuluan sudah pasti akan menjejaskan markah aspek relevan (R) dan juga mempengaruhi markah pengolahan (P).
Oleh Cikgu Mohd Khir Kassim

Teknik untuk Memikirkan Isi Karangan SPM dan STPM

Teknik (InKeMaNeTekA)Bagaimanakah cara untuk memikirkan isi-isi karangan? Terdapat beberapa cara untuk memikirkan isi-isi karangan yang berkaitan dengan soalan atau fokus soalan karangan. Ada orang yang menggunakan teknik berfikir mengikut bidang iaitu faktor ekonomi, sosial, dan politik. Selain itu ada cara lain yang boleh digunakan iaitu dengan menggunakan cara atau teknik (InKeMaNeTekA) Individu (In), Keluarga (Ke), Masyarakat (Ma – Kawan, jiran dan Sekolah), Negara (Ne), Teknologi (Tek), dan Antarabangsa (A).
Sekurang-kurangnya apabila menggunakan teknik ini, murid-murid tahu apa yang hendak difikirkan berbanding dengan sebelum ini, iaitu mereka berfikir dengan cara yang tidak sistematik dan berharap idea muncul secara tiba-tiba atau mengharapkan isi karangan terlintas dalam fikiran. Perkara ini menyebabkan mereka terpaksa memakan masa yang lama untuk memikirkan sesuatu isi itu. Oleh itu teknik ini diharapkan dapat membantu calon-calon untuk memikirkan isi-isi yang berkaitan dengan soalan karangan itu
Biasanya banyak soalan yang meminta calon SPM menghuraikan punca-punca dan langkah-langkah terhadap sesuatu masalah. Teknik ini (InKeMaNeTekA) memang sesuai untuk mencari isi bagi punca-punca dan langkah-langkah bagi sesuatu masalah. Sebagai contohnya, bagi masalah demam denggi, punca-puncanya boleh difikirkan berdasarkan teknik ini, iaitu faktor individu. Individu yang tiada kesedaran dan tidak mementingkan aspek kebersihan sudah tentu menjadi punca berakunya demam denggi. Seterusnya, faktor keluarga juga boleh menyebabkan penyakit demam denggi, jika ibu dan bapa tidak menitikberatkan aspek kebersihan. Selain itu, faktor masyarakat turut menjadi puncanya jika jiran-jiran tidak mengambil berat aspek kebersihan. Faktor negara juga memainkan peranan penting iaitu melalui kempen dan usaha kementerian yang berkaitan. Sebenarnya masalah lain, seperti masalah disiplin dalam kalangan pelajar, ragut, penculikan kanak-kanak, rasuah, dan sebagainya juga boleh menggunakan teknik ini untuk memikirkan isi-isinya.
Selain faktor sesuatu masalah, langkah untuk mengatasi masalah tersebut juga boleh menggunakan teknik ini bagi memikirkan isi-isinya. Sebagai contohnya, masalah demam denggi, langkah-langkah untuk menanganinya juga boleh menggunakan teknik ini untuk memikirkan isi-isinya. Bagi individu, sudah tentu kesedaran individu tentang aspek kebersihan persekitaran itu penting untuk menangani penyakit demam denggi. Seterusnya, keluarga juga memainkan peranan penting iaitu ibu bapa perlu mendidik anak-anak dan menunjukkan contoh untuk menjaga kebersihan persekitaran. Masyarakat juga tidak terkecuali, iaitu jiran, kawan, dan sekolah perlu bertindak untuk menangani penyakit tersebut. Bagi negara pula, kita kaitkan dengan peranan kerajaan iaitu, pihak Kementerian Kesihatan dan Kementerian Penerangan hendaklah menjalankan kempen dan usaha-usaha lain untuk menanganinya. Selain itu, peranan NGO juga boleh dikaitkan dalam olahan karangan. Tidak ketinggalan, aspek teknologi juga penting iaitu melalui teknologi maklumat dan media massa seperti media elektronik yang memang memainkan peranan penting untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat bagi menangani penyakit demam denggi. Kadang-kadang aspek antarabangsa juga boleh dikaitkan sekiranya ada negara lain atau pertubuhan antarabangsa yang berkaitan, seperti WHO (World Health Organisation) yang menjalankan kajian atau berusaha untuk menangani penyakit terebut.
Cubalah teknik ini semasa membuat latihan karangan seperti yang diarahkan oleh guru. Mudah-mudahan murid-murid tidak menghadapi masalah untuk memikirkan atau mencari isi-isi karangan.


Oleh; Cikgu Khir

Monday, May 11, 2009

Panduan Menjawab Alih Bentuk Teks STPM

Bagi calon-calon STPM, soalan Alih Teks ini menawarkan pilihan iaitu sama ada Soalan 6 atau Soalan 7. Anda perlu memilih satu soalan sahaja iaitu setelah membuat keputusan tentang teks yang anda rasakan dapat dijawab dengan baik. Walaupun jumlah markah bagi soalan ini cuma 15 markah, tetapi calon-calon perlu memberikan perhatian juga terhadap soalan ini kerana soalan ini berupaya untuk meningkatkan markah anda untuk Kertas 2. Jadi, janganlah anda membuat tanggapan bahawa soalan ini tidak penting, sebaliknya anda perlulah membuat latihan yang sistematik dan berterusan berdasarkan jenis teks yang telah dipilih dan pernah digunakan dalam peperiksaan STPM. Selain itu, anda juga perlu mencuba jenis-jenis teks yang lain sekiranya ada dan belum pernah ditanya dan digunakan dalam peperiksaan STPM sebelum ini. Oleh itu, berbincanglah dengan rakan-rakan dan guru anda tentang jenis-jenis teks tersebut. Jenis-jenis teks yang pernah digunakan dalam soalan STPM sebelum ini ialah teks iklan, undang-undang, prosa klasik, sajak, dialog drama dan cerpen.
Selepas meneliti jenis-jenis teks yang pernah digunakan dalam STPM itu, saya mendapati teks puisi tradisional tidak pernah digunakan lagi. Oleh itu, calon-calon STPM tahun ini perlulah memberikan perhatian yang lebih terhadap jenis teks puisi tradisional ini. Puisi tradisional ini pula terbahagi kepada beberapa jenis, seperti pantun, syair, gurindam, dan seloka.
Panduan umum untuk menjawab soalan Alih Teks adalah seperti yang berikut:
1. Baca teks asal itu sepintas lalu dan fahami maksudnya. Cuba fahami maksudnya dengan membaca teks tersebut dengan teliti agar anda mendapat gambaran awal untuk mengalih bahasa teks seperti syair kepada bentuk prosa bahasa Melayu Moden.
2. Alih teks tersebut kepada bentuk prosa biasa (ayat penyata) iaitu dengan menggunakan bahasa Melayu yang betul (baku) dalam bentuk prosa bahasa Melayu moden. Jangan terpengaruh oleh struktur bahasa Melayu klasik dan elakkan penggunaan struktur ayat pasif.
3. Tulis semua isi atau fakta yang terdapat dalam teks asal tersebut. Jika ada isi atau fakta yang tertinggal atau terpesong, sudah pasti anda akan memperoleh markah yang kurang. Pastikan isi atau fakta tersebut menepati isi teks yang asal.
4. Kekalkan penggunaan nama khas dan juga perkataan yang tidak perlu diubah seperti perkataan daripada bahasa istana.
5. Jangan buat ulasan atau memberikan pendapat semasa mengalih teks asal tersebut. Ingatlah bahawa bahawa anda cuma memindahkan bahasa teks tersebut sahaja, bukannya memberikan pendapat atau ulasan. Elakkan ayat yang berbentuk ulasan seperti ini, Petikan tersebut menerangkan...., kerana ayat tersebut dianggap sebagai ulasan.
6. Jangan salin keseluruhan teks asal kerana perkara itu tidak menunjukkan anda telah mengalih teks asal tersebut. Sekiranya anda melakukan perkara itu sudah pasti anda akan memperoleh markah yang minimum.
7. Tulislah ayat-ayat yang telah anda alihkan bahasanya itu dalam beberapa perenggan, mengikut kesesuaian kandungannya (biasanya tidak melebihi 3 perenggan).

8. Elakkan kesalahan bahasa yang lazimnya dilakukan oleh calon-calon STPM. Sekiranya calon melakukan kesalahan bahasa yang banyak, sudah tentu markah persembahan akan terjejas.
9. Selain markah bahasa, calon-calon juga perlu menitikberatkan aspek jalinan ayat yang telah dibina itu agar persembahannya menjadi lebih kemas, jelas dan mudah difahami oleh pemeriksa.
Jadi, kali ini saya akan memaparkan petikan Syair Singapura Terbakar untuk dijadikan latihan.ahannya menjadi lebih kemas, jelas dan mudah difahami oleh pemeriksa.
Bahagian C
6. Alih bentuk bahasa syair di bawah kepada bentuk prosa biasa.
Syair Singapura Terbakar
Serta terpandang api menjulang,
Rasa arwahku bagaikan hilang,
Dijilatnya rumah serta barang-barang,
Seperti anak ayam disambar helang.
Seberang-menyeberang rumah habis rata,
Apinya cemerlang tak dapat buka mata,
Bunyi gempar terlalu gempita,
Lemahlah tulang sendi anggota.
Pakaianku menyalahi seperti kertas,
Limau manis pun meletup seperti petas,
Orang menolong pun terlalu pantas,
Merebut barang-barang terlalu lekas.
Ringgitpun hancur seperti timah,
Habis meleleh ke bawah rumah,
Tiadalah tentu barang yang dijamah,
Pencuri pun mengangkut sama termengah-mengah.
Barang yang hendak kubawa pulang,
Beberapa pinggan mangkuk,
cawan dan dulang,
Sekaliannya itu habislah pulang,
Harapnya hatiku bukan kepalang.
Abdullah Munsyi
Puisi Melayu Klasik,
1996
Oscar Book International.
Selepas membuat latihan dengan mengalih teks syair tersebut, bincangkanlah jawapannya dengan rakan-rakan anda. Anda perlu mendapatkan komen dan pandangan daripada guru dan rakan-rakan anda sendiri untuk membaiki kesilapan yang telah dilakukan. Dengan cara tersebut, diharapkan jawapan soalan Alih Teks anda akan menjadi lebih mantap dan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan nanti.
Litihan diperoleh daripada Cikgu Mohd Khir Kassim

Contoh Karangan Jenis Peribahasa

“Bersatu Teguh Bercerai Roboh” seterusnya menjadi amalan berguna untuk menentukan kejayaan sesebuah negara.
Huraikan pandangan anda terhadap pernyataan di atas.

“Bersatu Teguh Bercerai Roboh” merupakan satu cogan kata yang dalam maknanya untuk diamalkan oleh manusia sejagat demi mencapai kesejahteraan hidup. Cogan kata ini menggesa seluruh masyarakat bersatu dan berganding bahu dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau menyelesaikan sesuatu masalah supaya mereka dapat hidup dalam suasana yang sejahtera, utuh, dan harmoni. Sebaliknya, jika kita bercerai-cerai, berpecah-belah, dan mementingkan diri sendiri, kita akan mengalami huru-hara dan kehancuran.
Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, kita haruslah menghayati peribahasa ini dengan hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama, dan adat resam. Untuk mencapai kemajuan nagara, masyarakat harus hidup dalam suasana aman dan damai.
Semangat bersatu padu boleh disemai dan dipupuk di kalangan jiran tetangga melalui semangat kejiranan, khususnya di kawasan bandar yang semangat kejiranannya dikatakan semakin luntur. Kita yang tinggal di kawasan bandar sering berjauhan dengan keluarga dan kaum kerabat. Jadi, jiranlah yang menjadi saudara mara kita yang terdekat. Melalui hubungan sedemikian, masalah-masalah sosial seperti kecurian dan rompakan dapat dikurangkan. “Jiran sepakat membawa berkat” juga dapat diperhatikan melalui suasana kemesraan, tolong-menolong, dan saling menjaga kebajikan sesama mereka.
Semangat gotong-royong, iaitu dengan melakukan kerja secara beramai-ramai juga akan mempererat hubungan sosial antara anggota masyarakat dan seterusnya dapat melahirkan perasaan kekitaan dan kesedaran kebangsaan. Selain itu, dengan adanya aktiviti bergotong-royong, masa, tenaga, dan perbelanjaan individu, masyarakat, dan negara dapat dijimatkan. Ini juga bermakna, sesuatu kerja berat akan menjadi ringan apabila dilakukan bersama, bak kata pepatah “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Dalam bidang pentadbiran, sama ada di sektor swasta atau di sektor kerajaan, semangat bersatu di kalangan pekerjanya juga harus dipupuk. Sekiranya semangat ini diabaikan, maka sesebuah organisasi itu tidak akan maju. Hal ini terjadi kerana tidak ada kerjasama antara semua pihak untuk memajukan organisasi tersebut. Jika hanya pihak tertentu sahaja yang bekerja bertungkus lumus, sedangkan pihak yang lain tidak memberi komitmen, maka kejayaan cemerlang tidak akan tercapai. Oleh yang demikian, semangat seperti “aur dengan tebing” perlu dijadikan panduan demi meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.
Di peringkat nasional, memang tidak dinafikan lagi tentang kepentingan semangat bersatu itu. Misi dan visi yang dirancangkan oleh kerajaan untuk memajukan negara bukan setakat memerlukan kerjasama semua rakyat, malahan kerajaan dan rakyat harus bersatu dan berganding bahu untuk menjayakannya. Usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat tidak akan menjadi realiti, sekiranya tidak ada tindak balas positif daripada rakyat keseluruhannya. Jika segelintir sahaja yang menyahutnya, maka kempen-kempen dan program-program kerajaan seperti inflasi sifar, cintai alam sekitar, budaya membaca, dan lain-lain akan gagal.
Tambahan pula, negara sekarang sedang mengalami masalah ekonomi. Oleh sebab itu rakyat harus bersama-sama membantu memulihkan keadaan supaya tidak bertambah teruk. Rakyat dan kerajaan tidak boleh mementingkan diri sendiri kerana masalah yang melanda negara dirasai bersama-sama.
Oleh yang demikian, dapatlah kita katakan bahawa pepatah “Bersatu teguh bercerai roboh” amat penting untuk dijadikan teras dalam mencapai kejayaan. Jika masyarakat berpecah-belah dan bercerai-berai, sudah pasti berbagai-bagai masalah negara akan timbul seperti kes jenayah, pengangguran, kemiskinan, rusuhan kaum, dan lain-lain. Sesungguhnya keadaan sosial yang tidak stabil akan membantut usaha kerajaan untuk memajukan negara. Oleh itu, marilah kita beramal dan berpegang teguh dengan peribahasa “Bersatu teguh bercerai roboh” demi kebahagiaan kita semua.

Contoh Karangan Jenis Berita

Anda pemberita dari sebuah akhbar tempatan. Anda diminta menulis rencana yang berkaitan dengan keracunan makanan. Tulislah rencana tersebut selengkapnya.


Bahaya Keracunan Makanan.
Oleh: Khairul Faizin Ahmad

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar berita tentang berlakunya kes keracunan makanan. Lebih malang lagi, apabila berlakunya kematian yang berpunca daripada keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

Menurut sumber-sumber daripada Kementerian Kesihatan, dari Januari hingga Ogos tahun ini, terdapat tiga belas kes kerecunan makanan yang melibatkan 801 orang termasuk satu kematian. Daripada jumlah tersebut, 601 mangsa terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah.
Ini jelas menunjukkan bahawa golongan pelajar merupakan golongan paling tinggi yang terlibat dengan keracunan makanan. Hal ini berlaku kerana golongan pelajar khususnya yang tinggal di asrama sering terdedah kepada penyediaan makanan yang tidak sempurna di kantin atau di asrama sekolah. Selain golongan pelajar, golongan kanak-kanak yang sememangnya mempunyai daya ketahanan baban yang lemah juga sering diserang oleh keracunan makanan.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak kes yang tidak dilaporkan. Hal ini demikian kerana sebahagian daripada masyarakat masih kurang mempunyai pengetahuan tentang wabak ini. Golongan ini, biasanya terdiri daripada masyarakat luar bandar.

Menurut Doktor Ramlah Yaakub, dari Hospital Universiti Petaling Jaya, punca keracunan makanan adalah akibat daripada proses penyediaan makanan yang tidak sempurna seperti makanan yang kotor, tidak dimasak dengan baik, dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah C. Di samping itu, terdapat juga buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dicuci serta tangan pemakan itu sendiri yang tidak berbasuh sebelum memegang makanan.

Beliau menjelaskan lagi bahawa kebanyakan kes keracunan makanan disebabkan oleh bekteria, mikroorganisma, virus racun atau toksin, dan bahan-bahan kimia. Makanan yang sering dijangkiti oleh bakteria dan keracunan ialah susu atau keju, masakan berlemak seperti nasi lemak dan mi, roti, kuih-muih, daging, ayam, dan ikan. Makanan-makanan lain adalah seperti makanan dalam tin, makanan basah, dan berair yang didedahkan di tempat panas. Tin yang kemek membolehkan mikroorganisma menyerang makanan di dalam tin melalui lubang-lubang halus di bahagian yang kemek itu. Keracunan juga disebabkan oleh kulat atau cendawan beracun yang membiak pada makanan serta haiwan-haiwan beracun seperti siput, katak, dan ular.

Tanda-tanda umum keracunan makanan ialah rasa mual, muntah, cirit-birit, pening-pening, dan gangguan perut. Selain tanda-tanda umum, pesakit juga mungkin mengalami demam, kelesuan, dan tiada selera makan. Kesan daripada keracuan makanan ialah kehilangan air dalam badan pesakit. Sekiranya tubuh pesakit kekurangan air yang terlalu serius, pesakit mungkin berkeadaan kritikal. Bagi kes yang lebih parah, kerosakan hati dan sistem saraf boleh berlaku dan boleh membawa maut.

Walaupun kesan keracunan makanan sering menyerang banyak orang, namun kesedaran secara menyeluruh tentang bahaya keracunan ini belum wujud. Kita sebenarnya mempunyai Akta Makanan 1983 yang bertujuan melindungi orang ramai tentang kesalahan penipuan dalam penyediaan dan penjualan makanan. Walau bagaimanapun, setakat ini, jarang kita dengar mereka didakwa kerana kesalahan tersebut.

Oleh sebab kes keracunan makanan khususnya di sekolah merupakan satu masalah yang serius, semua pihak termasuk pengetua, guru-guru, ibu bapa, dan anggota masyarakat yang lain mestilah memberi kerjasama untuk mengatasi masalah tersebut. Pihak sekolah boleh bertindak dengan menarik balik tender yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha kantin atau asrama yang tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Ibu bapa pula boleh memberikan didikan kepada anak-anak tentang betapa pentingnya makan makanan yang bersih dan berkhasiat di samping menggalakkan mereka membawa bekal ke sekolah.

Contoh Karangan Jenis Laporan

Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru –baru ini. Anda sebagai setiausaha persatuan itu dikehandaki menulis satu laporan lengkap tentang lawatan tersebut. Tulis laporan itu.



Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.


Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu, 29 April 2009 disertai oleh sebanyak 40 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP, mengetahui cara-cara buku diterbitkan, dan untuk menimba pengetahuan selaras dengan konsep lawatan sambil belajar.

Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa di sana. Selepas mendengar pesanan beliau, barulah rombongan kami bertolah dari sekolah.

Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00 pagi. Rombongan kami disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memberi penerangan tentang sejarah penubuhan DBP dan tujuan penubuhannya. Kami juga diberi taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskah majalah Pelita Bahasa keluaran DBP secara percuma.

Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran. Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru. Buku-buku tersebut ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi, dan bahasa. Kami juga berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis majalah seperti majalah Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga diberi beberapa maklumat tentang buku-buku dan majalah-majalah tersebut terutamanya apabila timbul beberapa kemusykilan.

Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan jelas cara-cara buku dan majalah dicetak. Kami perhatikan buku-buku tersebut dicetak dengan begitu pantas dengan menggunakan alat-alat yang canggih, teknik-teknik yang sistematik, yang diusahakan oleh pekerja-pekerja yang mahir dan cekap. Kami juga dapat melihat dengan jelas cara buku-buku itu dijilid, disusun, dan sebagainya.

Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku bagi kegunaan kami. Hal ini demikian kerana kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00 petang, selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak keluar dari perkarangan DBP. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak faedah kepada kami. Antara faedah-faedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP. Buku-buku tersebut didapati telah menjadi bahan rujukan utama sama ada oleh para pelajar, mahasiswa, mahupun orang perseorangan.

Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca di kalangan pelajar. Sekurang-kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami tentang betapa pentingnya membaca untuk menambah pelbagai maklumat dan pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan.

Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami, namun lawatan ini sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak pelajar di sekolah ini menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.




Dilaporkan Oleh, 12 Mei 2009.

Farid Asfar
………………………………
(FARID ASFAR B ABD GHANI)
Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.